Promosi Menarik!

Monday, July 15, 2013

#~ Fadhilat dan Keistimewaan Bulan Ramadhan ~#



      
      Assalamualaikum  W.R.T kepada saudara muslimin dan muslimat yang ketika ini mungkin tengah berpuasa, ada yang mungkin tengah bersahur, malah ada juga para pembaca yang dirahmati Allah sekalian yang tengah menunggu berbuka puasa tidak lama lagi.

        Entry saya pada kali ini juga masih berkisarkan tentang Bulan Ramadhan ataupun dalam bahasa arab "syahru Ramadhan" (شهر رمضان) yang mana perkataan ini juga seringkali diulang-ulang dalam Al-Quran antaranya ialah Surah Al-Baqarah yang mana selalunya kita akan dengar Ustaz2 dan ustazah2 menyebutnya dalam tazkirah ramadhan. Oleh itu, apakah persiapan dan amalan kita sudah cukup untuk memakmurkan penghulu segala bulan ini? Adakah kita sudah membina satu hubungan yang erat dengan ALLAH S.W.T dengan seikhlas-ikhlasnya yang mana dinamakan TAQWA?

        Tentu sekali hanya diri kita sendiri yang hanya mengetahui jawapannya. Tanyalah diri tepuk dada tanya selera apakah kita sudah memakmurkan bulan ini? ATAU apakah kita telah mensia-siakan bulan ini? Di sini saya juga ingin memberi nasihat kepada saudara dan saudari sekalian sekaligus peringatan kepada diri saya agar kita bersama-sama mengumpul saham yang amat bernilai di bulan penuh barakah ini.

         Mari kita kenali Ramadhan dengan meninjau apa yang tersirat di sebalik Ramadhan ini....


  • Ramadhan merupakan Penghulu segala bulan dan di dalamnya terdapat Malam Al-Qadar (Lailatul-Qadar) (لىلة القدر).
  • Peristiwa Pembukaan Kota Mekah ( فته المكه) yakni kejayaan Rasulullah menawan Kota Mekah tanpa berlakunya pertumpahan darah pada tahun 630M bersamaan 10 Ramadhan 8H.
  • Peristiwa Nuzul Al-Quran yakni Ayat pertama daripada Al-quran turun pada 18 Ramadhan.
  • Peperangan pertama orang Islam dalam perang Badar Al-Kubra pada 17 Ramadhan.
  • Berlakunya perang Khandak yang mana strategi Rasulullah membina parit memberi kejayaan kepada umat Islam.
  • berlakunya perang Tabuk.
Banyak lagi peristiwa2 yang menarik yang terjadi pada bulan Ramadhan selain daripada zaman Rasulullah.


       GANJARAN DI BULAN RAMADHAN


http://hasnulhadiahmad.com/wp-content/uploads/2011/08/Ganjaran-Puasa-Ramadhan.jpg
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


         Daripada hadis kat atas ni..... agak2nya berapa kebaikan yang kita dapat yerr?? Sebagai contoh kita solat jemaah kat masjid dapat antara 25 - 27 kali ganda pahala orang yang solat bersendirian.. belum darab dengan 700 kali ganda lagi .. Hah! Banyak ker x banyak tu? baru 1 solat fardhu.. Klau lima amacam? Countless kn?? belum masuk pahala amalan2 sunat lain dan amal kebajikan yang kita buat dalam bulan ramadhan kan.. Jadi memang betul la bulan ramadhan ni dianggap bulan yang sesuai untuk kita beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T ... TAPI!!! Kita harus dan wajib ingat bahawa Allah itu Maha mengetahui segalanya.. Korang lari la kat mana sekali pun even kat lubang cacing pun Allah dah tau kita akan kat situ.. Subhanallah... Maha suci dzat mu.... Yang penting kita IKHLAS mengerjakan ibadah...








APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MALAM AL-QADAR?


http://3.bp.blogspot.com/-YINqlZAdDp8/Thb8emKgFUI/AAAAAAAACDU/HXf-TfojrAE/s400/lailatul%2Bqadr.jpg
               



                  Malam Al-Qadar ataupun "LailatulQadr" (لىلة القدر) tersebut dalam Al-quran terutamanya dalam Surah Al-Qadr yang mana ianya malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

               Menurut sumber yang kuat daripada hadis2 Sahih, malam al-Qadr selalunya muncul pada malam2 ganjil seperti malam 21,23,25,27 dan 29. Ada juga sebahagian kecil mengatakan malam Al-Qadr juga muncul pada malam genap seperti malam 20,22,24,26,28 dan 30. Sungguhpun begitu, Malam Al-Qadr ini dalam rahsiah Allah yang mana Para Nabi dan Rasul pun tidak mengetahuinya bahkan hanya diberi petanda sahaja. Sabda Rasulullah : Barangsiapa yang terlepas malam Al-Qadr maka dia termasuk golongan yang RUGI. Apa tidaknya, bayangkan pendapatan harian anda ialah RM1000 kemudian majikan anda menaikkan gaji anda mengikut jam tambahan berkerja sebanyak 700 kali ganda. Agak2nya ada tak orang yang sanggup melepaskan peluang tersebut? Mestilah tidak.. Samalah dengan malam Al-Qadr yang mana kebaikkan yang Allah limpahkan kepada makluknya amat luas dan banyak pada malam ini. Para Malaikat juga akan turun ke bumi untuk bersama-sama dengan orang yang beribadat pada malam ini serta meng"amin"kan doa mereka. Menakjubkan bukan?? Ada juga nas yang mengatakan malam ini lebih baik daripada seribu bulan, maka beribadat pada malam ini ibarat beribadat selama seribu bulan. Hah?! Korang dah tau kan serba sedikit pasal malam yg tersangat ISTIMEWA ni??? Tunggu apa lagi jom kejar MALAM LAILATUL-QADR.



Doa Meminta Keampunan pada malam Al-Qadr









Antara amalan-amalan sunat di bulan ramadhan.




 Klau tak dapat buat mcm kat atas tu pun xper.. Buat sikit2 lama2 jadi bukit asalkan kita ISTIQAMAH.. Klau buat yang berat2 tapi tak istiqamah sama jer tak ke mana pun amal korang tu....  Jadi, saya ucapkan selamat beribadah dan berpuasa dalam bulan Ramadhan.



Syukran Jazillan ~

No comments:

Post a Comment

Rakan Iklan!