Promosi Menarik!

Thursday, December 26, 2013

Beberapa perkara yang ANDA perlu TAHU tentang KOLAGEN ??

                   



                        Assalamualaikum W.B.T kepada semua peminat dan pembaca tegar blog suhaimi ni... Dalam kesempatan ini juga, suhaimi ingin meminta maaf jikalau tidak berapa kerap sangat laaa kan meng'update" entry dalam blog... AND now! I've come up with something new and memang korang pun dah familiar sangat tentang "benda" ni.. Tema memang tentang KESIHATAN dan KECANTIKKAN kita tetapi suhaimi nak juga selitkan info2 berkaitan islamik sikit supaya you alls ALERT dengan perkembangan teknologi pembuatan kolagen serta istilah2 dan konsep yang penting tentang kolagen..




      WHAT IS COLLAGEN ?

 Okay! Seperti yang korang tau, asal sebut je pasal KOLAGEN mesti korang bayangkan muka perempuan cantik macam ni! 



Paling tak pun asal dengar je pasal KOLAGEN memang akan terbayang benda ni ....



WELL... WELL... WELL.... That's NORMAL! Tapi lagi luar dari NORMAL kalau KOLAGEN pun x pernah dengar kan... hahaha.. Mungkin orang tu tinggal kat zaman batu kot... hehe GURAU je... Back to Main TOPIC, Kolagen atau "Collagen" ni sebenarnya ialah sejenis "Fibrous Protein" ataupun Protein berwayar.. hahaha macam pelik je jenis protein tu dalam bahasa melayu.. Lagipun belajar BIOLOGY dalam ENGLISH.. so, term2 melayu ni taklah tau sangat..hehe... Asal sebut je pasal protein memang tak lain dan tak bukan gabungan 20 amino asid yang berbeza la kan? Sebenarnya bukan Protein itu sendiri suhaimi nak terangkan, tetapi struktur Protein Kolagen serta pembuatannya yang ingin diterangkan... Kolagen terdiri daripada 4 AMINO ASID yang disusun secara spesifik iaitu glycine, proline, hydroxyproline dan arginine.  Takut korang pening dengan istilah sains yang berbagai, suhaimi hanya guna istilah simple dan ringkas supaya korang paham THE MAIN POINT~ Thats all... Kalau korang dah paham, memang korang automatik tau kenapa suhaimi letak gambar besar pasal "Fibrous Protein" kat atas tu untuk memberi sedikit pendedahan.. :)




 
SOURCEs OF COLLAGEN (SUMBER KOLAGEN).

       Seperti yang suhaimi dah bagitau, Kolagen itu ialah sejenis Protein. So, Klau Protein... Macam biasa lah korang akan bayangkan ikan2, telur, daging dan yang sama waktu dengannya... Sebelum pergi lebih jauh, dalam badan kita dengan sendirinya "synthesis" atau memproses kolagen pada sel2 kulit (Epithelial Tissue) untuk membantu penegangan dan sokongan mekanikal (Structural Support) pada kulit untuk membantu kita kekal anjal dan nampak muda dan kulit tampak BERSERI! Tetapi semua itu akan berkurangan jikalau anda mula memasuki alam 30-an dimana "synthesis" kolagen dalam tubuh anda akan berkurang dengan mendadak sehingga 50% ... Sebab tu laa certain orang dah mula nampak kerepot dan berkedut pada umur 25 keatas .... Lebih malang lagi dah nampak lain pada umur seawal 20-an... Mungkin masalah bilangan kolagen dalam badan la tu.. Lebih2 lagi, kolagen menyumbang 30% protein dalam badan dan dijumpai merata2 dalam sel seperti tissue otot, darah, lapisan kulit, mahupun tulang kerana memang fungsi sebagai "mechanical support" untuk badan.


      Kolagen kebiasaannya terdiri daripada pelbagai jenis sekitar 28 mengikut fungsi dan specialitinya... Cuma ingin diterangkan ialah sumber2 serta penghasilan kolagen itu sendiri.. Kolagen sintetik (Kolagen luaran dihasilkan sendiri dr makmal atau kilang) selalunya dihasilkan dengan kaedah "Hydrolysis" yang mana bilangan serta susunan Amino Acid yang tertentu akan membentuk protein yang dinamakan kolagen.. Lain jenis protein mempunyai struktur amino asid yang berbeza dan sebab itulah Protein amat penting kepada badan sebab "variasi Amino Asid inilah yang PENTING kepada badan kita" .. 


Berikut merupakan Sumber Kolagen selain yang dihasilkan oleh sel manusia :


  1. Daging Khinzir atau Lembu
  2. Hidupan Marine terutamanya Tuna, gamat, Jerung serta Tilapia 
  3. Daging haiwan daratan seperti Ayam, Arnab atau burung yang kaya dengan protein
  4. Plasenta Manusia
  5. Buahan atau sayuran

                Mengikut carta yang dipaparkan, mesti anda panic nampak "khinzir dan placenta" manusia kan.. Yup memang itu yang patut dirisaukan ... Mostly produk2 murah yang mengandungi kolagen di pasaran sekarang mengandungi extract kolagen daripada benda2 haramkan.. Nauzubillah... Sebab itulah kaji dan selidik dahulu produk yang berkolagen yang ingin anda guna demi keselamatan serta mematuhi syarak pengguna islam..



                         Ramai yang tertanya-tanya kenapa Rumpai Laut ataupun "seaweed" tak tersenarai dalam carta sumber kolagen? Ternyata dalam kajian para saintis pun membuktikan Rumpai Laut TIDAK PERNAH mengandungi kolagen malah ianya hanya sekadar sumber nutrisi untuk badan disamping sebagai "fiber" untuk badan.. Tetapi jangan kecewa dulu laaa...  Sebab Rumpai Laut inilah yang kaya dengan Nutrisi membantu serta menggalakkan PENGHASILAN Kolagen dalam tubuh kita kepada tahap maksima.. Dengan kata lain, Rumpai Laut tidak mengandungi kolagen tetapi bahan2 bio yang terhasil secara semula jadi dalam rumpai laut membantu kandungan kolagen dalam tubuh seseorang itu KEKAL dan mengelakkan pengurang secara drastik... Tujuan lain juga rumpai laut banyak dikomersialkan kerana ianya selamat dimakan dan digunakan.. Hebat kan? Sebab itulah anda digalakkan menyelidik dahulu barangan yang ingin dipakai kelak..  So, anda telah diberi dua pilihan sama ada memilih untuk consume produk yang menambah kuantiti kolagen dalam badan ataupun mengguna produk yang menggalakkan penghasilan kolagen dalam badan secara semula jadi... Renung2kanlah~



   
 Khasiat Lain KOLAGEN/ Rumpai Laut.


  1. Membantu tulang lebih kuat serta flexible pada tendon2 serta ligament
  2. Menganjalkan serta menyihatkan kulit
  3. Mengelakkan penuaan
  4. Menjaga Gusi serta gigi daripada jangkitan dan kecederaan
  5. Rumpai laut dipercayai boleh menyahtoksik bahan2 tidak diingini daripada badan
  6. Rumpai laut kaya dengan vitamin dan mineral
  7. Mengaktifkan Fibroplast badan untuk menghasilkan lebih kolagen.





Segalanya di Tangan ANDA!! Kaji, Fikir dan Pilih akan produk yang anda ingin guna pada tubuh badan anda~ Akal minda yang sihat terletak pada Tubuh yang sihat~

BERIKUT MERUPAKAN PRODUK YANG SUHAIMI GUNA SEKARANG HEHE :








FOR YOUR INFORMATION, PRODUK INI MERUPAKAN PRODUK SELAMAT DIGUNAKAN DAN DIPROSES DI NEGERI KELANTAN.. SUHAIMI BELI PRODUK NI FRESH OUT FROM FACTORY SEMASA LAWATAN KE KILANG PROSES IAITU INTAN BIOTECHNOLOGY.. AND COLLAGEN YANG DIGUNAKAN 100% EXTRACT FROM TILAPIA FISH.. hehe.. Klau nak beli boleh PM suhaimi kat blog ini atau sms ke 013-8982096 ataupun 017-3427119... 










Wednesday, November 20, 2013

Info Yang Anda PERLU TAHU tentang SABAH Negeri Di Bawah Bayu~



                       Assalamualaikum W.B.T kepada pembaca2 setia blog suhaimi ni.. Mungkin ada yang diantara pembaca2 sekalian sudah mengenali suhaimi yang memang suka sangat STALK blog ni kan? hehehe.. x payah la nak tipu hehe... Yang first time lawat blog ni pun suhaimi nak ucap A very BIG Welcome!! haha.... Hah! mesti korang memang dah tau kan apa yang suhaimi nak ceritakan ni... YES!! Tentang SABAH la... Mesti ada yang curious sangat nak tau apehal la suhaimi beriya-iya sangatt nak tulis pasal ni? Okay.. Mungkin ada yang rasa perkara ni memang tak penting sangat pun... Tapi pada suhaimi, YES! IT IS... Kenapa?? Sebab suhaimi kan belajar kat semenanjung Malaysia and tambahan pula memang first time duduk lama kat semenanjung tu.. So, memang banyak cabaran serta liku-liku yang di perlu dihadapi la terutamanya orang2 KL and Selangorians serta negeri2 lain yang memang tak tahu sangat tentang condition negeri SABAH tu... Pengalaman yang suhaimi pernah rasa dan Soalan2 yang memang "POWER" yang pernah dilontarkan oleh rakan2 mahupun kenalan2 semenanjung ialah seperti berikut :

1) Eh, eh... Kat Sabah tu ade airport tak? Klau ade... Besar ke?

2) Kat Sabah tu ade Shopping Mall macam Setia City Mall ni ke?

3) Kat Sabah ada makanan apa ek? I mean yang sedap2 and famous...

4) Eh... KK tu selamat ke? Takde pemberontakkan?

5) Orang Sabah banyak MUSLIM ke?

Hah!! itu merupakan soalan2 yang pernah dilontarkan oleh kawan2 semenanjung ni.. Tapi Suhaimi taklah ambik hati sangat pun.. Diorang memang tak tahu kan.. Diorang just percaya apa yang pihak MEDIA sebarkan tentang Sabah ni.. So disini, suhaimi ingin perbetulkan pemahaman2 orang2 semenanjung tentang apa yang ada di SABAH ni especially yang merancang untuk CUTI2 Malaysia la kn...



1. Lapangan Terbang


 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal 1 dan 2
Pandangan dari ATAS


Pandangan Luar KKIA TERMINAL 2

KKIA dari sudut tepi (Terminal 1)



Hah! besar tak Airport kat Sabah ni? Cantikkan? sama je dengan KLIA tu... takde beza langsung ... yang beza penghuni airport la hahaha...




2. HOTEL Dan RESORT



Beringgis Resort terletak lebih kurang 15km dari KKIA


Sutera Harbour Resort (Kat dlm ni ada hotel lagi ye..)



Shangri-La Hotel and Resort Tanjung Aru, Kota Kinabalu





Promenade Hotel Kota Kinabalu
Le Meridien Hotel Kota Kinabalu
Nexus Hotel Karambunai Resort, Sepanggar



Sebenarnya banyak lagi hotel dan resort nak diperkenalkan cuma tangan2 suhaimi dah sakit dan pening cari gambar2 ni hehe... well suma resort dan hotel ni memang best jika bawa keluarga sekali kerana almost all of them ada swimming pool hehe and dekat laut pula tu~






3. SHOPPING MALL COMPLEX


One Borneo Complex Mall (Largest in Sabah)
Shopping mall ni juga ada Hotel ye.. Lebih kurang macam MidValley kat KL tu..





Suria Sabah Complex Mall Kota Kinabalu (ada hotel juga)




Center Point Complex Mall, Kota Kinabalu 



Warisan Square, Kota Kinabalu



Star City Complex, Kota Kinabalu



Wawasan Plaza dan Tang Dynasty Hotel



KK PLAZA, Kota Kinabalu



Karamunsing Complex Mall, Kota Kinabalu



Fuh... penatnya mencari gambar2 ni..ahaha... sebenarnya banyak lagi shopping complex yang tak disebut sbb terlampau banyak dan yang di atas ni merupakan yang terkenal dengan Penduduk Kota Kinabalu~






4. Tempat2 Menarik di Sabah


Masjid Bandaraya Likas (Masjid TERUNIK di  Sabah)




Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu




Gerai Jus Buah-Buahan Superb Tanjung Aru (Macam2 Jus ada!!)


Gerai Jeruk Buah-Buahan Tanjung Aru


Pulau Tunku Abdul Rahman Park ( Gabungan 5 buah PULAU)






Pulau Sipadan, Semporna



Simpang Mengayau, Kudat (The Tip of Borneo)



Tuaran Crocodile Farm (Taman Buaya Tuaran)



Taman Orang Utan, Sepilok





Taman Kinabalu (Kinabalu Park) Kundasang
Salah satu gate untuk daki gunung Kinabalu


Canopy Walk, Poring, Ranau




Poring Hot Spring (Kolam Air Panas Poring) Ranau




Mesilau Nature Resort, Kundasang



Taman Botani, Tenom





Lok Kawi Wildlife Park (Zoo Lok Kawi)






Kota Kinabalu Seafood Restaurant

Nampak tak restoran seafood yang cantik tu? itu lah antara penarik hebat Sabah... Klau pelancong datang Sabah, mereka tertarik dengan kesegaran Seafood yang dihidangkan... Fresh tangkap dari laut lagi tau... (Dah memang KK dekat dengan laut..) Ini lah yang tak ada kat KL... KL xde laut so ikan2 serta seafood susah nak dapat..

Dah Puas dah nmpk tempat2 menarik kat SABAH ni? hah! apa pendapat anda tentang sabah? bina rumah atas pokok lagi??? Orang kolot je macam tu.. Orang Sabah pun dah maju okay.. setaraf dengan hidup Kuala Lumpur and even more better xde jerebu and banyak hutan hujan tropika hehe.. And yang paling penting Sabah xde TOL!!! hahh!! Special kan...  yelah.. dah barang banyak yang import daripada semenanjung dah kena cukai yang mahal.. takkan nak tol kan?? Hidup di sabah memang enjoy.. Lepas ni kepada kengkawan or sesape yang nak datang Sabah tu maii je la.. tak rugi pun.. semua ada.. hehe.. Orang Sabah kebanyakkan Islam juga cuma banyak campuran bangsa... Walauapa pun kita semua saudara sesama islam walaupun berlainan bangsa.. Pasal kes pemberontakkan tu, sekarang alhamdulillah dah aman dah hehe..~


Walauapa pun, Suhaimi ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa ataupun menyinggung perasaan korang especially yang baca article ni... Hope korang enjoy membaca~ Assalamualaikum....






                     wish me luck for this upcoming MUET~

Tuesday, October 8, 2013

Thanx for being my companion ~

Kenangan dengan Aniq, Nizam, fikri dan yayan ...


               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..... Alhamdulillah... Final Exam Asasi Sains/Kejuruteraan UiTM Puncak Alam Semester 1 telah melabuhkan sayapnya... Well, hidup dekat Universiti ni memang BEST klau kita enjoy dengan rakan2 ... hehe.. no serious NERD here..

               Untuk entri kali ini, suhaimi ingin bercerita tentang someone yang change my life throughoutly.. yes... What I mean is my adopted brother... Mungkin should I call him close friend? Mungkin istilah adik angkat tu tak sesuai sebab suhaimi pun bukan tinggal serumah dengan dia kan... Cuma istilah tu digunakan to show how close we are not long ago... Suhaimi pun just getting along with him awal tahun ni and kenal2 dengan keluarga dia waktu cuti sekolah bulan Mac yang lalu... But now, things have changed so do with the people.. Sebelum suhaimi berhenti sekolah sebagai Pra-U and also berhenti sebagai KETUA PELAJAR untuk SMA TOH PUAN HAJJAH RAHMAH bulan Mei tu, things not getting well with both of us... Yes between me with Aniq my dearest adopted brother..

                Maybe I should not mention his full name here for our sake too .... Cerita kami mula kenal macam ni, pada awal tahun 2013, skolah suhaimi membuat pengambilan Pelajar Tingkatan 1 untuk tahun tu.. So, sebagai preparation skolah pun ntah xder ribut semua tu lantik suhaimi ni jadi ketua pelajar.. Time tu announcement LIVE from pengetua waktu perhimpunan sekolah without those form 1.... Diorg blm dftar lagi pun just kitorg yang sdh berdaftar ni ni assemble kat pdg perhimpunan untuk dengar ucapan guru2 dan especially PENGETUA pada hari tersebut.. This year suhaimi jadi form 6 in that school with other my batchmates.. and some of them tgh latihan Khidmat negara lepas SPM tu... So, I'm the one yang tak terpilih masuk khidmat negara then dipendekkan cerita masuk form 6 ambik pengalaman belajar ILMU untuk STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) ..


                         Waktu perhimpunan trsebut, memang nmpk sangat banyak ibu bapa yang datang especially untuk yang mendaftar form 1 la kan.. Lps mendaftar, anak2 diorg tu akan masuk ASRAMA yang memng sudah prepare khas untuk diorg hasil pengorbanan senior2 yang baik hati ... Asrama sekolah kitorg tu mmg limited so terpaksalah senior2 yang sacrifice bg tmpt tido diorg kan..alahaiii... memang best la FORM 1 tahun ni dapat layanan VIP daripada kami... Waktu pendaftaran FORM 1 tu, semua pengawas yang diketuai  suhaimi bertungkus lumus layan angkat beg pelajar, and tunjukkan bilik mereka.. memang penat jugak lah.. Berbalik kepada cerita asal, orang yang first suhaimi nampak ialah c aniq tu... time tu just nampak daripada belakang jer dengan ayahnya disebelah aniq... suhaimi pun just hang around kat dalam bilik pendaftaran tu kalau2 ada parents student form 1 yang memerlukan bantuan...

                      Memang betul!!! Tak sampai berapa minit ada orang yang tegur suhaimi... and that person is Aniq's dad... memang kekok la ckp dgn org tua kan igtkan diorg minta tolong ke, tanya apa2 ke... rupa2nya ayah dia memang dah kenal aku ketua pelajar kat situ... so he just introduced me with his innocent face son... Ayah dia minta tlg tgk2kn anak dia kat asrama... Aku pun buat deerr je lah first2 sbb time tu blm ada hasrat lg nak rapat dgn junior... Memang sebelum tu aku nak tegur anak dia tp malu la byk orang kan... Lagipun suhaimi memang tak biasa tegur budak2 junior... Maklumlah bukan pure sangat tinggal asrama.. Start tinggal asrama pun form 5 sebab pindah bangunan baru yang jauh dari rumah... terpaksalah tinggal asrama....

                        Nak diceritakan balik serba sedikit sblm masuk form 6, memang first tak biasa tinggal asrama kan sbb.. hmmm tau lah asrama pn ada peraturan and makan pn kena beratur... tp lama2 mmg dah biasa lah... Lagi satu, suhaimi memang x rapat sgt dgn junior2 mahupun bdk2 time tu.. ntahlah, mungkin x biasa or suka dengan budak kot... time tu hanya rapat ngn Batchmate and certain form 4 and 6 jer... Tahun tu jugak memang rapat dengan buddies2 aku diorg Nizam, shahnazirul and raffandi time kat asrama... memang kami jer la buat heboh kat bilik tu ahaha.... tambahan lagi dgn gelagat diorg Haziq,, syukrie, syafie idris, farid and fikri nah memang riuh lh satu bilik dikuasai form 5 yang x pernah masuk asrama hahaha... memang best la... time tu c razlan mmg blm asrama lg...hehehe.. mcm2 la kmi ckp kt dia pujuk masuk asrama balik sbb dia kluar asrama pasal dia tu anak manja hehehe.... then one day, c nizam ni ada adik angkat la namanya fikar... I dont know mcm mna dia terpikir nak ada adik angkat ni.. mcm2 la yg kluar dari mulut aku ni ..tau lah mulut laser main hentam jer klau berckp... Start from there maybe diorg terasa kot dgn apa yg aku ckp trs Allah uji suhaimi pulak dengan dugaan yang sama iaitu ada adik angkat....

                First, memang diorg terkejut lah jgk dpt tahu aku ni rapat dgn junior yg bernama aniq tu... Mcm kna curse la plak... Obviously mmg kmi rapat sangat mcm adik beradik la pulak.. kami start rapat bukan time pendaftaran tingkatan 1 tu, but during the Orientation session with them... Kebetulan pula suhaimi jadi mentor untuk kumpulan diorg aniq.. so mmg byk masa la bercerita ttg dia then rapat smpai la dlm sebulan mcm tu ..satu mlm tu suhaimi bagitau kat aniq yang nak jdkan dia adik angkat sbb lama dh xder org yg suhaimi senang bercerita mcm kt dia..Entah mcm mna belum declare dia jd adik angkat, satu sekolah dah heboh. Memang malu la jwb nya KP ada adik angkat..adooii... x lama kemudian aniq mula lah rasa macam sejuk jer tgk muka suhaimi.. tak tau knp..asal nampak muka suhaimi dia mcm xder mood... Pernah sekali suhaimi ajak dia bercerita but dia just buat layan jer.. memang sakit hati jugak la kan kena buat mcm tu... Tahan x tahan, suhaimi tanya la punca dia layan suhaimi mcm tu... rupanya dia x suka klau suhaimi jumpa dia selalu.... semua tu pun suhaimi terima dgn pasrah walaupun jarang dpt berckp dgn dia sampai lah skrg... sbb waktu awal tahun tu byk kawan yg rapat ngn suhaimi sibuk dgn kerja masing so mybe thats why influence suhaimi nak cari kawan yang blh dibawa cerita sambil dibawa bergurau sedar2 dpt adik angkat...

                 
                   Actually, sejak menengah rendah lagi suhaimi menginginkan kawan yang rapat sentiasa dengar masalah dan cerita yang suhaimi luahkan... Alhamdulillah dapat jugak best buddy Nabil jiran rumah jgk.. x lama kmudian nabil pun pindah semenanjung... Mmg lonely la kat rumah main game pun sorang2 wlaupun ada adik perempuan sorang and adik kecik dua orang tapi perasaan ttp lain... mmg nak juga lah dgn kawan sebaya lelaki yg blh dibawa bercerita... Pernah sekali gara2 kawan pnya psl sanggup pergi rumah nizam kat kepayan jalan kaki plak tu.. weeii jauh tu... smnjk dr itu, suhaimi mmg perlukan kawan yg senang didekati dan dibawa cerita... Alhamdulillah, dpt adik angkat pun sedikit sebanyak jadi PENAWAR HATI yang telah lama impikan teman yang sentiasa membuatkan suhaimi gelak ketawa... Walaupun aniq skrg x brp tegur suhaimi sangat, mungkin dia ada alasan sndiri untuk bersama rakan2 dia... skrg pun dkt Uitm puncak alam alhamdulillah dpt rakan2 yg pelbagai ragam blh buat suhaimi ketawa jugak... Harap Aniq maafkan kesalahan abang SELAMA INI ... Abang  anggap aniq sebagai kawan rapat abang yang telah abang hilang... Syukur alhamdulillah aniq dpt menceriakan hari abang sebelum tinggalkan sekolah... Belajar rajin2 ok..!

             Mungkin ada hikmah juga suhaimi jadi anak sulung kan... Memang berat bebanan untuk dipikul especially jadi anak first... pernah juga suhaimi terpikir mcm mna rasanya kalau ada adik lelaki or abang yang  boleh dibawa main game or cerita sama2? Walauapapun, insyaallah klau ada masa nanti boleh lawat keluarga aniq which is Keluarga angkat suhaimi kat keningau.... Insyaallah..

 Gambar kenangan semasa sukan sekolah




FRIENDS ARE PRECIOUS TO ME ... Only some of them can understand how hard to find a true friend... Thnx being my companion... 

Wednesday, September 25, 2013

A Final Battle Of Foundation Students UiTM PALAM

         


                    Hai.... Assalamualaikum semua... Hari ni ialah... HARI PERTAMA final exam asasi sains/kejuruteraan UiTM Puncak ALAM semester 1 sesi2013/14 huhu... And paper untuk hari ni subjek yang wajib untuk masuk ke DEGREE atau Ijazah nanti which is MAT093 or nama lainnya Mathematics For Foundation ... Paper ni ada 5 soalan tapi setiap soalan ada anak2 soalan yang menantikan kehadiran kami untuk dicabar haha... Ada soalan yang memang tough la tapi ada juga yang senang dikalahkan walaupun jerat2 yang dipasang HAMPIR mengalahkan pencabar soalan tu huhuhu... Adedeh... berkias pulak suhaimi hahh..... And masa yang diperuntukkan untuk mencabar soalan2 yang pelbagai ragam dan jenis tu ialah 3 jam yang mana sebahagian daripada pencabar seperti kami memerlukan masa tambahan untuk menyempurnakan pertarungan tersebut.... Maklumlah soalan2 yang keluar bukan macam SPM ada masa yang panjang and banyak untuk berlatih... Kami di sini ada 14 minggu untuk sesi pengajian untuk sem 1 dan lepas tu EXAM!!! hah.... memang DEAD la klau tak istiqamah and fokus time lecturer bagi syarahan kat dalam dewan hehehhe... tapi klau yang genius and GILA2 sangat tentang nombor2 dan logik tu memang seang jer TACKLE soalan2 final ni... And suhaimi memang tak termasuk dalam golongan tu hahaha mungkin kurang logik or pemalas buat soalan maths hahahaha...



Dugaan Di hari pertama Final Exam~

               Dugaan??? fuh ... Memang dahsyat dugaan yang suhaimi dapat time pagi exam tu.. Belum masuk dewan peperiksaan lagi dah rasa lain semacam jer... Perut memulas tapi tak pulak rasa nak buang air..okay .. "This is not good for me.. seriously!!" hanya Allah jer yang tau perasaan suhaimi time tu.. Apa tidaknya, boleh tak korang concentrate and focus nak jawab exam time perut korang tengah memulas??? Urrgghhh... Istighfar and tawakkal jer time jawab Maths tadi .... Mungkin peringatan daripada Allah yang adalah mungkin suhaimi buat salah ker, or perhaps SALAH MAKAN hahaha... Memang sejak dari semalam lagi perut dah rasa lain2 macam machine yang berkarat kurang efficient la kan nak menjalankan tugas penghadaman kan???! 3 jam dalam exam hall, 3 jam tu jugak la suhaimi cuba melawan dugaan perut ku di samping dicabar oleh soalan2 maths yang boleh dikatakan AMETEUR'S QUESTIONS... Ada soalan senang nak tackle, ada soalan tricky sikit so terpaksa skip tambahan sakit perut memang SENGSARA la kan... In the end, ALHAMDULILLAH I managed to finish till the end all of the Maths Final Exam Questions... Suhaimi tgk muka2 classmate yang during exam session tu happy giler! Orang belajar mesilah happy soalan yang di"practice" tu kluar kan... Apapun tawakal and get ready for next paper tomorrow which is ELC080( English for Foundation 1).. yang penting KESIHATAN perlu dijaga and don't forget to breakfast b4 masuk exam k? hehehe...



          Malas buat soalan MATHS??? Yupp... most of us did it.... nak BUKTI jugak??? okay... first.... Korang boleh nampak sangat lecturer akan bercakap sorang2 kat depan during tutorial class and student semua buat kerja sendiri.... HAHAHAHA!!! Astaghfirullah... tak tau lah plak kelas lain kan tapi itulah REALITINYA... Bukan rekaan FANTASI hah!! Mungkin  reason disebalik semua tu student mugkin fikir konsep maths ni sama jer for most of QUESTIONS but the fact is when the lecturer twist out the question to a different form... NAH! Student mulalah tergedik-gedik, terpinga-pinga macam orang sesat kat hutan tu.... Korang pernah nampak juga kan muka beruk masuk bandar? hah.... macam tulah muka diorang hahaha... bukan nak mengejek tp memang realiti lah.. Second perception about why student malas buat tutorial and kerja rumah sebab silibus kitorang memang padat dgn silibus baru yang perlu dihabiskan dalam 14 minggu.. so apa jua latihan wajib disiapkan walaupun setiap latihan tu boleh cecah 20 muka surat hahahaha!!! not every month, but almost every week and sometimes everyday klau orang tu BENGAP sangat tak paham2 soalan and konsep maths tu... So kalau keluar results nnti x dpt pointer yang bagus salah siapa jugak???? tak perlu la juga kita menuding jari kan... Suhaimi dah cerita jawapanya yang panjang lebar dan luas mcm kat atas tu.... BUT, klau fokus time lecturer mengajar INSYAALLAH boleh jawab juga soalan final tapi tak seratus peratus lah kan... bergantung IQ and usaha orang tu juga,... walau apapun yang jadi perkara yang lepas biarkan berlalu... Markah carrymark matematik dah pun kluar.. AND suhaimi nak ucap TAHNIAH kepada yang berjaya dapat markah tinggi tu... and yang tak berapa OKAY tu sem 2 nanti usaha lagi... MAN JADDA WAJADA.... SEKIAN SAMPAI SINI JER LA DULU cerita suhaimi tentang suasana MAHASISWA/SISWI PALAM ni... SYUKRAN!!!!

WISH ME LUCK AND PRAY THE BEST FOR ME AND MY FAMILY!!! Allah will PAY it back to you too.. Insyaallah...

And Kalau kepada member2 yang baca post ni, thanx kerana ajar Maths hehehehe.... Jazakallahu Khairan!!






Al-Kisah DIARI Student UiTM Palam part 2

                                     
                  Assalamualaikum W.B.T kepada saudara-saudari khususnya pembaca tegar blog ini hehehehe.... Apapun suhaimi ingin mengucapkan ribuan terima kasih sebab korang sudi membayar masa korang membaca blog yang tak seberapa GEMPAK ni... Maklumlah suhaimi bukannya blogger yang PRO lagi dengan gaya penulisan seperti blogger2 yang korang mmg kenal sgt tu.... ini mungkin masuk 4 ke 5 bulan berjinak-jinak dengan dunia Blogging ni hehehe... Well, People said writing and posting blogs are really releasing your tension!!! Hah.... Betul la tu... At least boleh kurangkan tekanan daripada 24 jam HADAP jer buku-buku yang tebal tu... 

                 
                        HOKAY!! Mesti korang tertanya kan kenapa suhaimi letak gambar kertas peperiksaan plak tu? Begini...... kalau yang dah baca entry blog suhaimi post tentang Al-Kisah DIARI Student Palam Part 1 tu memang korang tau lah sekarang ni budak2 asasi tengah mode TURN ON for FINAL EXAM ASASI SAINS/KEJURUTERAAN SEMESTER 1 .... Cuak ke tak cuak tu? Bak kata orang sabah pantang dicabar "Boleh Bah Kalau Kau!!" hehehe... Alhamdulillah hari ni baru jer sampai kat dalam bilik and solat zohor kejap then bukak laptop terus hadap blogging. Pagi tadi ada KLINIK Matematik sempena final preparation for Final Exam Maths esok... So..  tunggu apa lagi takkan nak lepas peluang kan.... ambik lah tips2 cara jawab final exam oleh lecturer2 asasi yang amat berdedikasi untuk student2 mereka yang comel ni hahahaha...!! Nama lecturer maths yang suhaimi dengan member masuk tu namanya sir Ikhwan ditemani seorang lecturer perempuan tapi lupa dah nama dia.. garang tu cara lecturer perempuan tu ajar tapi  memang sempoiiii sangat lah hahaha... SEMPOI, sempoi jugak, sekali soalan pertama dia suruh kami jawab pun dah TERCENGAH ntah kemana dah... For a person like me boleh kata SUSAH DOHH! Klau macam korang yang genius ala Einstein tu KACANG!!! jerr..... Kan kan?? Tambahan jugak markah carrymarks untuk Matematik dah kluar pagi tadi.... Takut and berdebar tengok result maths tu ... ALhamdulillah walaupun tak setinggi mcm member dapat, at least boleh sujud syukur sebab dapat markah tinggi pun boleh buat kita bangga, takbur da RIAK kan? Nauzubillah... Buang masa jer belajar klau perangai macam tu.. Ilmu tak berkat..

                   
Minggu ni rasa Stress teramat sangat!!!!!!

        Saper yang tak pernah stress tu memang suhaimi TABIK HORMAT kau brooo.... You're the best hahahaha!!! Selaluya klau kat sekolah menengah dulu klau stress pasal exam jer mesti pasang lagu kuat2 then nyanyi sepuas hati!! Tapi kat Universiti ni berbeza jauh dari langit dan bumi... Stressnya bukan lagi dengar lagu, sama2 duit pun melayang sekali melayan stress ni hahaha... First time layan stress GEMPAK ni hhuhuhuu..memang boleh buat kenangan ;lah juga tp klau tiap2 hari macam ni.. Sorry naik lorry brooo.. Duit aku nak habis hahahaha... Apa tak nya asal stress pergi minimart beli aiskrim, minuman ringan, snek, beli makanan ntah apa2, main game sampai pagi pastu perangai ntah ckp yang bukan2... Fuhhh memang stresssss yang tak terkata-kata dalam kamus dewan bahasa hahaha... Tapi suhaimi amat bersyukur jugak lah dengan adanya klinik dan rakan2 serta keluarga yang tak henti2 bagi harapan untuk terus menuntut ilmu di menara gading ni.. Lagi stress macam ni di tambah lagi rindu kampung halaman kat SABAH tu kan... mcm2 mau buat hehe... Anyway sekarang pun mode On Study!











Macam mana kau study suhaimi??? Ada tips tak?

       Okay.. Persoalan macam ni memang selalu member2 tanya kat suhaimi macam mana suhaimi study??? First of all kita study memang lah ikut mood kan... tapi kadang2 mood pun tak boleh pakai jugak... kena disiplin kan diri!!! Cewah... Disiplin?? Even suhaimi ni pun tak dapat disiplin sangat study 100% ahahaha... Klau kita tak dapat disiplin study kat salam bilik sangat, kenalah disiplin time dewan kuliah kan... Taktik ni memang suhaimi biasa buat and Alhamdulillah kesannya amat amat amat amat..... POWER lah..hehehe... Actually, time kuliah atau kelas tutorial tu suhaimi memang tak pernah tidur pun... and WAJIB FOKUS each words yang kluar daripada mulut pensyarah tu.... tak kira lah dia tua ka muda ka yang penting kita hormat dia sebagai guru and KEEP FOCUS on what you're doing... Insyaallah berkat... and amalan rohaniah pun janganlah tinggal kan??? Solat 5 waktu wajib jaga, quran pun jangan tinggal... Suhaimi juga kadang2 tertinggal buat ni sebab sibuk dengan urusan2 yang tak dapat dielakkan and yang selalunya mesti gara2 TIDUR!!! hahahaha.. memang BAHAYA sangat la tu... Memang diakui la klau tinggal semua tu hidup suhaimi memang takkan tenteram dan tak tenang serta tak menentu hahaha... so jaga solat memang perlu and baca quran tu supaya otak kita sentiasa aktif berfikir dan genius la katakan.. Ilmu pun senang masuk... Pemakanan pun kena jaga juga untuk otak yang sihat kan especially dekat dengan waktu exam tu... ALSO lastly ini yang suhaimi jarang nak buat iaitu BERSUKAN hahaha,... semakin hari memang kurang bersenam and bersukan-sukan ni..ntahlah kenapa... tapi at least jogging tu dah memadai kan... JANGANLAH  JADI NERD memanjang kat dalam bilik... HAHAHA.... Suhaimi jenis tak berapa struggle last minit sebab asal masa kosong kena revise benda yang tak faham or study benda yang tertinggal.. so time exam ke, test ke tak la kelam kabut kan... but sometimes YESS!!! Kerja rumah/Assignments, Tutorial mmg buat last minit..LOL ...Anyways itu jer la yang dapat diceritakan dulu buat masa ni... penat tangan menaip nak rehatkan otak dulu... DOAKAN KEJAYAAN SUHAIMI KAT SINI dan Maaf kan segala kesalahan klau2 ada tersilap bahasa atau buang masa korang baca post suhaimi yang ntah apa2 ni...

Illaliqai' Maa'Salamah~








" Walau Apa pun Hasil yang kita dapat, Allah tetap berikan yang terbaik buat diri kita.... Bersyukurlah dengan apa yang ada walaupun permintaan kita itu datang sekarang atau kemudian hari"








Rakan Iklan!