Promosi Menarik!

Tuesday, July 16, 2013

Pengalaman Melihat Pokok Kurma Berbuah di Bulan Ramadhan~




         Ramadhan Karim!!! Assalamualaikum W.B.T kepada semua peminat setia mahupun pembaca yang baru sahaja berkunjung ke blog aku ini buat pertama kalinya, SELAMAT DATANG aku ucapkan kepada anda semua. Berfikir sahaja tentang bulan ramadhan, memang banyak pengalaman aku sama ada zaman sekolah rendah mahupun budak2 hingusan lagi, sehingga lah menjejakan kaki ke Universiti seperti sekarang. Hah.. Pengalaman Puasa aku kat semenanjung ni aku dah post kan for the earlier post of this blog haha! Yang baru datang tu dipersilakanlah baca pengalaman aku yang tak seberapa ni..haha.... ni link tersebut : http://mohdsuhaimi95.blogspot.com/2013/07/pengalaman-puasa-ramadhan-di-perantauan.html  ... hehehe.. sajer nak promote blog baru kan~


         Hookayyy! Back to main topik... Agak2nya apa yang korang fikir tentang tajuk bagi post kali ni? haha... Mungkin ada yang pelik. "Pokok kurma???? wow" ... and mungkin ada yang respon "Alaaa... Pokok Kurma pun nak kecoh!" hahaha.. Untuk Pengetahuan korang, pokok kurma ni sangat rare kat malaysia tau.. tapi aku tak taulah kat semenanjung ni ada ker tak pokok kurma Allahuwaa'lam..aku tak tau.. Yang penting pengalaman yang aku nak kongsikan ni berlaku semasa aku tingkatan 3 kat SABAH bersekolah kat SMA Toh Puan Hajjah Rahmah, Sembulan, Kota Kinabalu.

          Waktu tersebut juga berlaku pada bulan Ramadhan tarikh aku tak berapa nak ingat sangat hehe.. Semasa aku menunggu ayahku untuk datang mengambil aku kat Masjid Negeri Sabah, kebetulan pada waktu tu aku baru habis dari kelas tambahan sebagai preparation untuk PMR tak silap ntah aku lupa dah.. Masjid Negeri tu juga berdekatan dengan sekolah lama aku so, aku selalu sangat singgah kat masjid tu whenever to perform any solat.. Selepas sahaja menunaikan solat fardhu Asar, aku pun hairan lah kenapa ramai sangat orang kecoh2 kat depan pokok tu? Dengan perasaan yang ingin tahu dan tanpa perasaan dengan selamba aku menuju ke lokasi berkenaan tetapi malangnya pandangan aku dihalangan oleh Orang-orang yang teramat ramai sangat.

           Sedang asyik melayan haru-biru di lokasi berkenaan, aku disapa oleh seorg pakcik middle age,

Pakcik : Hah! Adik, kau tau tak pokok apa tu?

Aku : Ntahlah... Macam pokok kelapa sawit jak.

Pakcik : Hahahaha.. Ni lah budak sekarang ni Pokok Kurma pun tak tau.... Ish3...

Aku : Laaaa.. Pokok Kurma rupanya... Ingatkan Pokok Kelapa mana tadi.. hehe.. (Seriously waktu tu aku igt pokok tu macam kelapa sawit haha..)

Pakcik : Kau tak tau ka ini pokok kurma? Pokok ni ditanam sejak tahun 1970 an lagi baru sekarang berbuah.. Ajaib Betul... Subhanallah... Bulan Ramadhan ni banyak betul yang berlaku..

Aku : Subhanallah... *Hati aku mula rasa takjub akan peristiwa tersebut*


             Diringkaskan cerita, selepas peristiwa temu-bual aku bersama pakcik tersebut amat membuka mata hati aku untuk lebih berfikir tentang dunia yang fana ini. Bermacam-macam yang bermain difikiran aku ketika itu sehingga semua orang yang aku jumpa pada ketika itu ingin aku kongsikan pengalaman melihat pokok kurma berbuah.. Namun seorang pun langsung tidak mempercayainya.. ada yang mengatakan "Laa..ko tau mana itu pokok kurma?".. ada juga yang mengatakan "Setahu aku pokok kurma hanya ada kat Arab padang pasir tu jerr" dan yang lebih membuatkan aku terkilan ialah "hahaha.. Mungkin kau kena tipu jer tu.. Mungkin ada orang saja nak mainkan orang sekeliling dengan membiarkan kurma bergantung kat pokok tersebut" ... Aku hanya diam dan sabar sahaja reaksi mereka yang menganggap aku sebagai bahan "lawak" mereka... Takperlah.. Bulan Puasa kan ..hehe... Yang penting pengalaman tu takkan aku lupakan.. Buka calang2 orang boleh tengok Pokok Kurma Real and Berbuah kan.. Aku bersyukur sangat Allah memberi aku kesempatan kepada aku mengalami perkara yang orang lain tak terfikir langsung. Alhamdulillah.. Ramadhan Karim..

Hah! Inilah gambar pokok kurma yang berbuah tu.. Actually ada banyak pokok tapi ini jer yang subur..







Nampak tak kurma yang fresh tu??? nampak sedapp kan..


Apa pandangan korang??? Palsu ker yang Real ni??? haha.... Kurma first kat SABAH!!






THE END ....

THANX FOR VIEWING~

FOLLOW ME, FOLLOW THE BEAUTYNESS OF ISLAM~






Monday, July 15, 2013

#~ Fadhilat dan Keistimewaan Bulan Ramadhan ~#



      
      Assalamualaikum  W.R.T kepada saudara muslimin dan muslimat yang ketika ini mungkin tengah berpuasa, ada yang mungkin tengah bersahur, malah ada juga para pembaca yang dirahmati Allah sekalian yang tengah menunggu berbuka puasa tidak lama lagi.

        Entry saya pada kali ini juga masih berkisarkan tentang Bulan Ramadhan ataupun dalam bahasa arab "syahru Ramadhan" (شهر رمضان) yang mana perkataan ini juga seringkali diulang-ulang dalam Al-Quran antaranya ialah Surah Al-Baqarah yang mana selalunya kita akan dengar Ustaz2 dan ustazah2 menyebutnya dalam tazkirah ramadhan. Oleh itu, apakah persiapan dan amalan kita sudah cukup untuk memakmurkan penghulu segala bulan ini? Adakah kita sudah membina satu hubungan yang erat dengan ALLAH S.W.T dengan seikhlas-ikhlasnya yang mana dinamakan TAQWA?

        Tentu sekali hanya diri kita sendiri yang hanya mengetahui jawapannya. Tanyalah diri tepuk dada tanya selera apakah kita sudah memakmurkan bulan ini? ATAU apakah kita telah mensia-siakan bulan ini? Di sini saya juga ingin memberi nasihat kepada saudara dan saudari sekalian sekaligus peringatan kepada diri saya agar kita bersama-sama mengumpul saham yang amat bernilai di bulan penuh barakah ini.

         Mari kita kenali Ramadhan dengan meninjau apa yang tersirat di sebalik Ramadhan ini....


  • Ramadhan merupakan Penghulu segala bulan dan di dalamnya terdapat Malam Al-Qadar (Lailatul-Qadar) (لىلة القدر).
  • Peristiwa Pembukaan Kota Mekah ( فته المكه) yakni kejayaan Rasulullah menawan Kota Mekah tanpa berlakunya pertumpahan darah pada tahun 630M bersamaan 10 Ramadhan 8H.
  • Peristiwa Nuzul Al-Quran yakni Ayat pertama daripada Al-quran turun pada 18 Ramadhan.
  • Peperangan pertama orang Islam dalam perang Badar Al-Kubra pada 17 Ramadhan.
  • Berlakunya perang Khandak yang mana strategi Rasulullah membina parit memberi kejayaan kepada umat Islam.
  • berlakunya perang Tabuk.
Banyak lagi peristiwa2 yang menarik yang terjadi pada bulan Ramadhan selain daripada zaman Rasulullah.


       GANJARAN DI BULAN RAMADHAN


http://hasnulhadiahmad.com/wp-content/uploads/2011/08/Ganjaran-Puasa-Ramadhan.jpg
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


         Daripada hadis kat atas ni..... agak2nya berapa kebaikan yang kita dapat yerr?? Sebagai contoh kita solat jemaah kat masjid dapat antara 25 - 27 kali ganda pahala orang yang solat bersendirian.. belum darab dengan 700 kali ganda lagi .. Hah! Banyak ker x banyak tu? baru 1 solat fardhu.. Klau lima amacam? Countless kn?? belum masuk pahala amalan2 sunat lain dan amal kebajikan yang kita buat dalam bulan ramadhan kan.. Jadi memang betul la bulan ramadhan ni dianggap bulan yang sesuai untuk kita beribadah dan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T ... TAPI!!! Kita harus dan wajib ingat bahawa Allah itu Maha mengetahui segalanya.. Korang lari la kat mana sekali pun even kat lubang cacing pun Allah dah tau kita akan kat situ.. Subhanallah... Maha suci dzat mu.... Yang penting kita IKHLAS mengerjakan ibadah...








APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MALAM AL-QADAR?


http://3.bp.blogspot.com/-YINqlZAdDp8/Thb8emKgFUI/AAAAAAAACDU/HXf-TfojrAE/s400/lailatul%2Bqadr.jpg
               



                  Malam Al-Qadar ataupun "LailatulQadr" (لىلة القدر) tersebut dalam Al-quran terutamanya dalam Surah Al-Qadr yang mana ianya malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

               Menurut sumber yang kuat daripada hadis2 Sahih, malam al-Qadr selalunya muncul pada malam2 ganjil seperti malam 21,23,25,27 dan 29. Ada juga sebahagian kecil mengatakan malam Al-Qadr juga muncul pada malam genap seperti malam 20,22,24,26,28 dan 30. Sungguhpun begitu, Malam Al-Qadr ini dalam rahsiah Allah yang mana Para Nabi dan Rasul pun tidak mengetahuinya bahkan hanya diberi petanda sahaja. Sabda Rasulullah : Barangsiapa yang terlepas malam Al-Qadr maka dia termasuk golongan yang RUGI. Apa tidaknya, bayangkan pendapatan harian anda ialah RM1000 kemudian majikan anda menaikkan gaji anda mengikut jam tambahan berkerja sebanyak 700 kali ganda. Agak2nya ada tak orang yang sanggup melepaskan peluang tersebut? Mestilah tidak.. Samalah dengan malam Al-Qadr yang mana kebaikkan yang Allah limpahkan kepada makluknya amat luas dan banyak pada malam ini. Para Malaikat juga akan turun ke bumi untuk bersama-sama dengan orang yang beribadat pada malam ini serta meng"amin"kan doa mereka. Menakjubkan bukan?? Ada juga nas yang mengatakan malam ini lebih baik daripada seribu bulan, maka beribadat pada malam ini ibarat beribadat selama seribu bulan. Hah?! Korang dah tau kan serba sedikit pasal malam yg tersangat ISTIMEWA ni??? Tunggu apa lagi jom kejar MALAM LAILATUL-QADR.



Doa Meminta Keampunan pada malam Al-Qadr









Antara amalan-amalan sunat di bulan ramadhan.




 Klau tak dapat buat mcm kat atas tu pun xper.. Buat sikit2 lama2 jadi bukit asalkan kita ISTIQAMAH.. Klau buat yang berat2 tapi tak istiqamah sama jer tak ke mana pun amal korang tu....  Jadi, saya ucapkan selamat beribadah dan berpuasa dalam bulan Ramadhan.



Syukran Jazillan ~

Friday, July 12, 2013

# Pengalaman Puasa Ramadhan di Perantauan # UiTM PALAM

      


                     Assalamualaikum kepada saudara dan saudari yang ketika ini mungkin sedang semangat berpuasa untuk hari yang ketiga iaitu 3 ramadhan 1434H. Alhamdulillah kerana kita juga diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk masih bernafas menghirup udara segar pagi ramadhan yang penuh barakah ini.. haha.. okay! Aku ni bukanlah alim sangat nak bagi tazkirah yang SUPERB mcm korang biasa baca tu...

       Again this is my second new blog which is more about my Islamic and Scientific life. Dari TEMA blog pn korang boleh agak dah kn why I am using "compound" for my theme? Okay, actually currently I'm studying at UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor ataupn nama glamour sikit PALAM a shortform of Puncak Alam in Foundation in Science ataupun Asasi Sains.So jangan hairan la yerr klau aku suka sgt sebut istilah sains kat sini.

       Cerita serba sedikit tentang latar belakang aku ni yang datangnya dari Sabah Negeri di Bawah Bayu. Boleh Bah Klau Kau.... Itulah perkataan yang sinonim dengan penduduk Sabah. Sebelum ini aku bersekolah di SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut, Kota Kinabalu, Sabah. Hah! Panjangkan nama sekolah aku tuh? And korang tau tak SMAN tu untuk aper? "Sekolah Menengah Agama Negeri " la for those yang tak tau...

        Laaa... ni dah masuk pasal sekolah lama ni.. xpa aku citer ckit.. Sekolah aku ni mmg Pure Arabic High School la katakan everything mmg akan dengar and practice bahasa Arab... hahaha Action jer tu... padahal time ustz/ustzh mengajar jer ckp arab la yerrr... hehe.. Subjek kitorg mmg banyak!! Nak tau berapa???  hah!! Jeng jeng jeng.... jangan terbeliak mata ek? 23 subjek la makk oiiii.... hahaha.. Terkezut ker??? Alaaaa... maybe korang punya subjek lagi banyak kan... haha..

        Enough of that, next entry maybe aku citer pasal pengalaman aku kat sekolah tu plak.. For now, aku nak citerkn pengalaman aku kat semenanjung malaysia yang luas lagi besar ni hahaha! FYI, this is my first time ever fasting without my friends and family alongside me.. sendiri mau paham la kan.. yerrlah... Aku kan budak Sabah manalah biasa berpuasa kat semenanjug ni.. Ini pun klau tak kerana further study aku tak la akan sangkot kat sini hehe... Tapi xper, berkat usaha dan kegigihan aku ingin menyambung belajar akan padaku tempuh segala cabaran onak dan duri!!! hahaha.. cewah metafora gituuu... Luckily I still have many nice and kind friends here ALHAMDULILLAH...  All of them baik2 belaka.. hehe...

        Okay untuk my first fasting day here, of course la sedih ckit kan takder keluarga untuk berbuka puasa sama2.. Maklumlah hanya blh contact dr phone jerrr... Not only that! flows time untuk waktu solat fardhu kat semenanjung pn lambat almost 1 and half hours than Sabah... saper tak FRUST kn??? haha... buka puasa pn lambat...alahaii..nasib badan.. TAPI..... yang bestnya sahur boleh lambat! hehehe... maybe orang semenanjung x berapa perasan lah but for sabahan people of course we do! Waktu Subuh kat sini pukul 5.48 am.. nah! orang sabah dah start puasa dah time tu... pukul 4.40 am lg dah subuh.. syok tak org semenanjung? hahaha.. Kebiasaannya kitorg akan sahur pukul 5 pagi hehehe.. klau kat Sabah memang dah melepas dah waktu sahur tu..Ambek Kau... hehe...

        Untuk waktu buka puasa plak, hmmm paham2 jer laa..lambat sejam lebih daripada Sabah... BUT, I am one of The Sekretariat Mahasiswa Asasi UiTM so mmg busy jugak lerrr urus program IFTAR jamuan buka puasa untuk pelajar2 asasi yang terpilih especially golongan ASNAF. Gologan asnaf tu termasuklah yang fakir miskin, anak yatim .... alaaa yang korang belajar kat feqah tu.. Apa2 pun aku enjoy berpuasa kat sini cause I'm getting used here and getting know something new here haha! Of course la klau ramadhan jer mmg org akan fikir MAKANAN!! Betul tak?? Aper yang berkait rapat ngn makanan??? ahaha!!! dah agak dah korang memang SUPERB gilerrr... BAZAAR RAMADHAN la kn??? hehehe

           
               Hah! Ini lah Bazaar Ramadhan Kat UiTM PALAM ni.. Dekat jer ngn rumah haha~



Ini pulak gambar waktu PUNCAK bagi bazaar Ramadhan PALAM.. Sesak weii...



Apapun.... Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca coretan2 aku yang panjang ni hehe.. Salam Ramadhan semua.. Ramadhan karim! Selamat beramal~


                          THE END . . . . . 





P/S : Love this Article? Kindly please leave your comment here~

Rakan Iklan!