Promosi Menarik!

Tuesday, July 16, 2013

Pengalaman Melihat Pokok Kurma Berbuah di Bulan Ramadhan~




         Ramadhan Karim!!! Assalamualaikum W.B.T kepada semua peminat setia mahupun pembaca yang baru sahaja berkunjung ke blog aku ini buat pertama kalinya, SELAMAT DATANG aku ucapkan kepada anda semua. Berfikir sahaja tentang bulan ramadhan, memang banyak pengalaman aku sama ada zaman sekolah rendah mahupun budak2 hingusan lagi, sehingga lah menjejakan kaki ke Universiti seperti sekarang. Hah.. Pengalaman Puasa aku kat semenanjung ni aku dah post kan for the earlier post of this blog haha! Yang baru datang tu dipersilakanlah baca pengalaman aku yang tak seberapa ni..haha.... ni link tersebut : http://mohdsuhaimi95.blogspot.com/2013/07/pengalaman-puasa-ramadhan-di-perantauan.html  ... hehehe.. sajer nak promote blog baru kan~


         Hookayyy! Back to main topik... Agak2nya apa yang korang fikir tentang tajuk bagi post kali ni? haha... Mungkin ada yang pelik. "Pokok kurma???? wow" ... and mungkin ada yang respon "Alaaa... Pokok Kurma pun nak kecoh!" hahaha.. Untuk Pengetahuan korang, pokok kurma ni sangat rare kat malaysia tau.. tapi aku tak taulah kat semenanjung ni ada ker tak pokok kurma Allahuwaa'lam..aku tak tau.. Yang penting pengalaman yang aku nak kongsikan ni berlaku semasa aku tingkatan 3 kat SABAH bersekolah kat SMA Toh Puan Hajjah Rahmah, Sembulan, Kota Kinabalu.

          Waktu tersebut juga berlaku pada bulan Ramadhan tarikh aku tak berapa nak ingat sangat hehe.. Semasa aku menunggu ayahku untuk datang mengambil aku kat Masjid Negeri Sabah, kebetulan pada waktu tu aku baru habis dari kelas tambahan sebagai preparation untuk PMR tak silap ntah aku lupa dah.. Masjid Negeri tu juga berdekatan dengan sekolah lama aku so, aku selalu sangat singgah kat masjid tu whenever to perform any solat.. Selepas sahaja menunaikan solat fardhu Asar, aku pun hairan lah kenapa ramai sangat orang kecoh2 kat depan pokok tu? Dengan perasaan yang ingin tahu dan tanpa perasaan dengan selamba aku menuju ke lokasi berkenaan tetapi malangnya pandangan aku dihalangan oleh Orang-orang yang teramat ramai sangat.

           Sedang asyik melayan haru-biru di lokasi berkenaan, aku disapa oleh seorg pakcik middle age,

Pakcik : Hah! Adik, kau tau tak pokok apa tu?

Aku : Ntahlah... Macam pokok kelapa sawit jak.

Pakcik : Hahahaha.. Ni lah budak sekarang ni Pokok Kurma pun tak tau.... Ish3...

Aku : Laaaa.. Pokok Kurma rupanya... Ingatkan Pokok Kelapa mana tadi.. hehe.. (Seriously waktu tu aku igt pokok tu macam kelapa sawit haha..)

Pakcik : Kau tak tau ka ini pokok kurma? Pokok ni ditanam sejak tahun 1970 an lagi baru sekarang berbuah.. Ajaib Betul... Subhanallah... Bulan Ramadhan ni banyak betul yang berlaku..

Aku : Subhanallah... *Hati aku mula rasa takjub akan peristiwa tersebut*


             Diringkaskan cerita, selepas peristiwa temu-bual aku bersama pakcik tersebut amat membuka mata hati aku untuk lebih berfikir tentang dunia yang fana ini. Bermacam-macam yang bermain difikiran aku ketika itu sehingga semua orang yang aku jumpa pada ketika itu ingin aku kongsikan pengalaman melihat pokok kurma berbuah.. Namun seorang pun langsung tidak mempercayainya.. ada yang mengatakan "Laa..ko tau mana itu pokok kurma?".. ada juga yang mengatakan "Setahu aku pokok kurma hanya ada kat Arab padang pasir tu jerr" dan yang lebih membuatkan aku terkilan ialah "hahaha.. Mungkin kau kena tipu jer tu.. Mungkin ada orang saja nak mainkan orang sekeliling dengan membiarkan kurma bergantung kat pokok tersebut" ... Aku hanya diam dan sabar sahaja reaksi mereka yang menganggap aku sebagai bahan "lawak" mereka... Takperlah.. Bulan Puasa kan ..hehe... Yang penting pengalaman tu takkan aku lupakan.. Buka calang2 orang boleh tengok Pokok Kurma Real and Berbuah kan.. Aku bersyukur sangat Allah memberi aku kesempatan kepada aku mengalami perkara yang orang lain tak terfikir langsung. Alhamdulillah.. Ramadhan Karim..

Hah! Inilah gambar pokok kurma yang berbuah tu.. Actually ada banyak pokok tapi ini jer yang subur..







Nampak tak kurma yang fresh tu??? nampak sedapp kan..


Apa pandangan korang??? Palsu ker yang Real ni??? haha.... Kurma first kat SABAH!!






THE END ....

THANX FOR VIEWING~

FOLLOW ME, FOLLOW THE BEAUTYNESS OF ISLAM~






No comments:

Post a Comment

Rakan Iklan!