Promosi Menarik!

Saturday, January 25, 2014

Pemalsuan Berita Cahaya Kosmos memasuki bumi pada tengah Malam!!!!





      

                               Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh~  Baru2 ni Tsuji baru je dapat berita "TERGEMPAR" daripada rakan2 FB yang kononnya ada sinaran berbahaya daripada Marikh akan lalu ke BUMI!! Tsuji yang tengah baca berita tu pun Gelak hampir nak setengah jam!!!! LOL ...





HAHAHAHAHAHAHAHHA!!!!!!




LOL!!!!!






Ada beberapa sebab kenapa Tsuji tak henti2 ketawa lepas baca message tu bertubi2 dipost oleh warga2
Facebook mahupun twitter yang kecoh dengan sinar kosmik membawa maut mereka tu.... alahai~ kesian juga aku tengok diorg percaya bulat2 berita karut tu... Tapi Tsuji berasa kesian pulak tgk kawan2, ahli keluarga pun ada yang percaya pasal benda tu... Ye lah.. benda ni bukan boleh dibawa main2 kan... Sapeeeee laaaaaa yang berani sebar benda2 ni ... Memang nak kena PENUMBUK maut Tsuji ni! Hah! Ambik kau.... Buufff!!!!!



Get Ready for smashing!!



Ambik Kau!!!!




                 Puas hati aku !!! hahahahaha..... Sape tak marah kan.... Orang yang tak mendalami sains memang bulat2 togel la kena tipu!!! Hish.... Takpe la... Tsuji akan terangkan apa yang sebenarnya yang berlaku..... Message tu berbunyi macam ni : 



                    "Malam ni pd pkl 12.30-3.30 pg sinaran cosmos akn memasuki bumi dr marikh. Sila matikan telefon pd waktu malam. Jangan letakkan telefon berdekatan anda dan pastikan tiada telefon diletakkan berdekatan anda semasa tidur kerana menurut NASA menerusi berita BBC sinaran tersebut sangat merbahaya. Sebarkan
Memang betul salji turun kat indo. Saintis mmg dah confirm paksi bumi beralih. Malaysia bergerak ke kutub dan menjadi mcm eropah dan negara arab akan ke tropika dan menjadi hijau. Kiamat sangat hampir subhanallah..
salji turun di gunung jaya wijaya. smlm. dilapor oleh tv indonesia. dunia mengalami perubahan cuaca. mengikut saintis menjelang 2015.. asia tenggara termasuk malaysia akan alami iklim meditranean.iaitu panas dan sejuk sepanjang tahun. (panas tp sejuk spt skrg.. dan sejuk melampau bila musim sejuk) tp takde salji.
iklim meditranean spt yg dialami oleh australia skrg..copy n paste"




ini pula mesej versi english yang disebarkan :




“Tonight 12:30 am to 3:30 am cosmo rays entering earth from mars. So switch off your mobile at night. Don’t keep your cell with you & put it away while you are sleeping because they are too much dangerous rays: NASA informs BBC NEWS. Pls spread this news.” I SAY PLS DON’T SPREAD THE NEWS






                      Okay!!! Firstly, ada beberapa point yang Tsuji ingin terangkan kat sini..... Apa yang dimaksudkan dengan Cahaya Kosmos yang korang takut-takutkan sangat tu?????? 





Ini Ultraman Kosmos LAAAAA!!! Bukan Cahaya Kosmos!!! Adesssssss.....




                       Faktanya berbunyi macam ni..... Cahaya kosmos tu ialah particle2 atau zarah2 subatomic yang mengandungi tenaga yang sangat tinggi dan mengembara di ruang angkasa lepas hasil daripada perlakuran atau pembelahan zarah atau atom yang menghasilkan subatomic2 yang bercas kuasa tinggi. Hah!!! Pening ke??? Adoiiiii.. takkan itu pun pening.... hish korang ni.... Dalam kata lain, partikel2 atau zarah2 ni hanya dilepaskan oleh sumber yang kaya dengan atom2 atau gas2 yang berupaya menghasilkan Tindak balas nuklear!!!! (Bukan Bom nuklear OKAY!!!! tapi lebih kurang jeee... susah nak explain) ..hurmmmmmm...... Jap.. nak tanya pakcik GOOGLE ni dulu... Tsuji x pandai explain orang dalam bahasa melayu ni hahaha... maklumlah belajar FIZIK semua dalam ENGLISH hahahaha...

Ni pakcik GOOGLE cakap :


    "Sinar kosmos ialah sinaran dari angkasa lepas yang tiba ke Bumi. Ia biasanya menghentam bahagian atas atmosfera dan menghasilkan zarah-zarah sekunder. Hampir 90% sinar kosmos yang mendatang terdiri dari proton, kira-kira 9% merupakan nucleus helium (zarah alfa) dan kira-kira 1% lagi elektron (zara beta minus). Istilah "sinar" sebenarnya merupakan nama yang tidak kena, kerana zarah kosmos tiba secara individu, bukan dalam bentuk sinaran atau pancaran zarah."

                                                                                                (Wikipedia)



    

                               Hah! dah paham dah?? bagus2.... Kesimpulannya sinar kosmos tu boleh jadi sama ada sinar Alpha, Beta dan Gamma (Jangan tanya aku pasal alpha bagai tu....)  laaa yang terhasil melalui perlakuran Nuklear yang terdapat di Bintang!!!! Hah bintang apa yang dekat dengan bumi???? Cuba jawab............ 1....2......3....... Alhamdulillah yang dapat jawab tu memang bertuah mak bapak korang hantar pergi sekolah yeee.... Betul la jawapannya Matahari... Kalau salah jawab.. Innaalillaahhhhh.... Bagus korang pergi balik tadika yeee..hahaha... Ini cuma ringkasan je... basic pasal gelombang2 bagai ni buka balik buku FIZIK spm tu..... STUDY!!!! jangan percaya berita yang bukan2 je tau.... Tak pernah pun dalam mana2 buku sains ensiklopedia yang pernah wujud kat dunia ni menyatakan PLANET boleh menghasilkan gelombang kosmos..... MENGARUTTT!!!! Kalau x percaya .... hah!!! Check library yg berdekatan ngn rumah korang selongkar library tersebut!! hahaha..... adeeiii ... adakah patut sebar planet MARIKH boleh menghasilkan radiasi ke bumi..... Allahu Akbar!!!! memang x sekolah betul orang macam tu... Tau nak sebar fitnah no. 1.... Sekarang berjuta-juta manusia percaya fitnah kau tu, berjuta--juta juga saham dosa kau dapat.... Nauzubillah......    Hopefully korang paham apa yang Tsuji cuba sampaikan ni.... So, lepas ni, benda2 yang boleh menimbulkan kemusykilan ttg kiamat ni better jgn percaya bulat2... Benda2 kecil macam ni la orang2 yang jahil ilmu sangat ni perbesar2 kan sampai menyentuh hal2 kiamat.... Haiiiihhh.. xde keje lain..nak kene pelempang juga ni..






Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya (QS. Al-Isrâ’ [17] : 36)





                                   Sedikit info tambahan, gelombang atau sinaran kosmik ni langsung tak beri effect pada gadget2 moden yang ada pada hari ni... sebagai contoh, gelombang kosmik ni selalunya berlaku ketika Ribut Matahari ataupun nama glamournye "Coronal Mass Ejection" (CME) !! Sometimes boleh berlaku ketika bintang tersebut melalui fasa terakhirnya iaitu "Supernova" ... Gelombang kosmik yang pertama pernah terjadi ialah melalui teori "BIG BANG" di mana sebiji atom dipecahkan dan terciptalah alam ini dengan kuasa Allah S.W.T ... Dengan letupan BIG BANG yang dahsyat tersebut menyebarkan zarah2 yang bertenaga tinggi serta kekal sehingga ke hari ini yang mana dinamakan kesimbangan Tenaga ataupun "Conservation of Energy" ATAUPUN hukum Thermodinamik yang pertama~




     
  • Khabar Angin Pasal Malaysia Bakal dituruni salji~

                 Okay ini lagi satu...... stresss juga Tsuji dengar pasal berita2 macam ni.... Argghhhh... tak habis2 dengan salji korang...  Yang pasal Indonesia turun salji tu hanya kawasan yang dekat dengan Kepulauan Australian jee.... Kalau x caye cuba check buku Geografi korang.... Indonesia turun salji tu cuma RAMALAN pakar meteorologi je pun..... Itu pun nak kecoh... Lepas tu, tak habis2 khabar angin malaysia pula  bakal dituruni salji.... Adooooiiiiiiiiiii..... Malaysia takkan pernah dituruni salji kecuali dengan izin Allah.... Hurmmm... pihak media pun satu sebarkan berita tanpa ada usul periksa... Yelah suhu2 kebanyakkan tempat dimalaysia ni sejuk rata2 20 darjah celcius.... Bukan bermakna Malaysia bakal dituruni salji..... lepas tu ada pula Khabar angin dahsyat menyatakan " Kutub bumi tengah berukar arah"   .... Ya allah.... Kalau kutub bumi bertukar arah habislah kita cik abang oiiiiii....  Kutub bumi paling terakhir pun bertukar lebih kurang 780 ribu tahun yang lalu.. Nak tau apa yang jadi kalau kutub Bumi bertukar? Memang dahsyat.... salah satunya perubahan plat tektonik bumi serta gempa bumi yang teramat dahsyat... Cuaca pula akan menjadi ekstrem disebabkan perubahan medan magnet bumi yang mendadak dan banyak lagi kesan2 buruk yang terjadi.... So, sekarang ni orang2 Amerika masih je dalam musim sejuk.. so kutub tak berubah lah kan??? Penat betul nak EXPLAIN fakta2 saintifik ni....  


                     Yang pasal Malaysia dan kebanyakkan negara lain sejuk tu sebab aktiviti perlakuran Nuklear kat Matahari berkurang secara drastik minggu ni... Buktinya, banyak tompok2 hitam besar (sun's black spots) pada permukaan korona matahari ditemui oleh para saintis tempatan mahupun luar negara... So, banyaklah atom2 gas Hydrogen yang tidak dapat dilakurkan oleh Matahari untuk menghasilkan Atom Helium sekaligus tenaga yang amat banyak mostly tenaga haba yang penduduk bumi rasa sekarang ni... Malas nak cerita panjang2 nanti otak korang meletup pulak... hahaha.. Klau Tsuji explain fakta saintifik ni memang no. 1 laaa..hehehe...           



(Giant Sunspot 1944)  nama lubang hitam tersebut~




Nampak tak Lubang hitam matahari yang besar tu??? Dalam gambar ni lubang tu yang paling cerah dalam gelombang infrared~







    Okay la... sampai sini je dulu perkongsian Tsuji buat korang semua..... Bye... Assalamualaikum.. Terima Kasih kerana sudi membaca Blog Tsuji~








BACA ENTRY INI !!! :







Kalau  anda Blog ni bermanfaat, Jangan segan silu untuk FOLLOW ye~
share kepada rakan2 yang lain~

Thursday, January 23, 2014

(Wajib Baca!!) Ketahui Faktor Utama remaja kurang menonjol dalam pelajaran! PART 1












    
                         Assalamualaikum warahmatullah ..... Salam sejahtera kepada korang2 yang sedang giat membaca article Tsuji yang teramat cantik ni... hahaha.. Mungkin ada daripada korang2 yang memang suka stalk blog Tsuji yang GRAND sangat ni.. Perhaps, ada juga yang first time melawat blog ni kan ...Apapun, terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang yang berkilau bak emas dan permata tulen ... I guarantee of you guys will not disappoint visiting this entry entirely, I hope! Yes... hidup dekat Universiti ni memang tak dapat dinafikan kita akan jumpa ramai orang yang berbagai ragam karenahnya.. Tapi itulah yang menghidupkan suasana di IPT2 tempatan mahupun luar negara yang amat diidam2kan oleh semua orang kan~ (including me too)




THAT'S RIGHT BUDDY!!!





                               
                           Dekat2 minggu exam ni, dan musim mengisi UPU bagai memang ramai student dah heboh nak rancang hala tuju lepas ni... Ada yang nak ambik tulah.. Inilah.. ada yang belum fikir lagi... Ahhh lantak diorg la nak buat apa.... tetapi bukan itu persoalannya yang ingin Tsuji bincangkan ketika ini...sebenarnya...., Pernah tak korang terdetik or ternampak "someone" or rakan2 anda melontar suara2 hati yang drastik macam ni :




  1. Tension la study "SUBJECT" ni!!! Argghhh.... Kenapa aku perlu hadap semua ni???
  2. Kalau aku study betul2 dulu memang dah PASSED dah subject ni... Haisssss....!!
  3. Kenapalah aku perlu belajar "SUBJECT MENGARUT" ni!!! errgghhh ....
  4. Kalau aku belajar dari sekarang pun result "TETAP RENDAH" jugak!! kan?
  5. Susahlah subject ni... BENCI.. BENCI...BENCI!!!! OMG!!!!
  6. Aku tak suka betul la "LECTURER" tu mengajar... sepatah haram apa dia ajar aku x PAHAM!!
  7. CIKGU kat sekolah aku macam tak pandai mengajar... macam hampeh!!!
  8. Teruk sangat la sekolah ni... apa benda haram pun takda... haiyoooo.. Malaslah study macam ni!!
  9. Aku tak paham lah lecture note nih! Baca buku teks pun tebal.... Takde harapan aku nak 4FLAT..
  10. Relakslah dulu bro!!! Exam LAMBAT lagi kan.. jom main game dulu....



HAAAAA MAAAA GADDDDD!!!!



HUH???




Sape makan cili rasalah pedasnye~ 











              Macam2 lagi luahan ketidak-puasan hati pelajar2 Sekolah dan IPT khususnya.... Luahan2 inilah merupakan faktor UTAMA yang menyumbang kepada keruntuhan semangat belajar korang sekaligus "MIND SET" diri korang untuk terus provoke diri korang membuat alasan yang hanya sekadar TEMPIAS HAWA NAFSU SEMATA!!! Memang tak diakui memang ramai student2 khususnya anak bangsa Malaysia sekarang kuat COMPLAINT akan semua benda yang tak kena dengan diri mereka... Inilah TABIAT yang terburuk korang perlu singkirkan in order to achieve YOUR DREAM!! Dugaan belajar memang macam tulah... Pernah tak Saidina Ali ra. sahabat Rasulullah mengeluh menghafal jutaan ilmu hadis, Al-quran serta ilmu2 yang beliau dapat daripada baginda Rasulullah S.A.W ? Bahkan beliau pernah berkata sedemikian, 





"Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa" - Saidina Ali bin Abi Talib



Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu. ~ saidina Ali bin Abi talib




             Mendalam tak kata2 tu? huhu.....Bukan itu je, pernah tak korang nampak orang yang memang berjaya dahulunya suka "MENGOMPLAINT" ??? Memberi alasan itu ini?? Menyalahkan takdir?? Cuba tengok orang jepun sekarang... Negara diorg merupakan negara termaju di abad ini dari segi sains dan teknologi.. Bukankah dahulunya bandar2 utama mereka iaitu Hiroshima dan Nagasaki hancur lebur dihujani peluru2 bom atom tentera udara Amerika ketika perang Dunia ke 2 dulu??? tak payah ambik contoh yang jauh laaa... Tengok je orang Malaysia sendiri ... Sape yang tak kenal Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kan?? Beliau dulu sebelum jadi "Astronaut" kebanggaan Malaysia pada 10 oktober 2007 yang lalu merupakan Pakar bedah Orthopaedik.. hah! Ahli angkasawan merupakan seorang doktor bedah... Pernah beliau complaint akan liku2 kepayahan beliau belajar kat RUSSIA in-training jadi Malaysian First Astronaut selama 18 bulan ??? Tak pernah kan??? So, kenapa yang kita2 baru ujian dan dugaan sebesar "atom" pun tak sampai kalau nak compare dengan mereka2 yang dah berjaya tu..







      

                      Nothing won't be changed only by complaining and blaming the others on what you've done! NOTHING!!!!! Apa yang korang perlu buat ialah start your wise ACTION to fulfill your dream to become true! Orang kuat memberi seribu alasan memang tak akan pernah belajar akan tinggi dah rendahnya langit unless they'd a plenty rough experiences bout' it~ Yang lebih menariknya ialah. ......


     "Orang yang berjaya selalunya bermula daripada seribu kegagalan yang payah.. Berkat Usaha dan kegigihan yang menggunung ditambah dengan tak pernah kenal erti "GIVE UP" menjadikan seseorang itu lebih baik, kuat dan berpengetahuan luas.."
                     


                    Contoh yang lain juga ialah Thomas Alva Edison yang mana merupakan seorang SAINTIS fizik yang berjaya mencipta sebuah "bulb lampu" selepas bertahun-tahun gagal menyelidik dan mengkaji akan lampu bulb tersebut. Tetapi beliau tetap bangun dan meneruskan usaha beliau sehingga ke 10 ribu cubaan yang gagal.. Akhirnya, beliau berjaya mencipta sebuah bulb lampu yang merupakan basic kepada lampu2 yang tercipta dan tersergam indah menerangi rumah2 korang sekarang ni.. hebat bukan? Adakah anda masih tak bersyukur untuk hidup dalam keadaan serba maju dan lengkap ni? Nak komplen apa lagi??? Sudah2 laaaa tu!!


“I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work.” - Thomas Alva Edison



“The three great essentials to achieve anything worthwhile are, first, hard work; second, stick-to-itiveness; third, common sense.” -  Thomas A. Edison




           So, dah terbuka ke minda korang yang selama ni belum terbuka luas tu? Bukan nak cakap pemikiran jumud, AND Tsuji bukan nak tunjuk baik sangat ... Cuma, this is what I've experienced this past years living with all kinds of people... Tsuji memang kuat sangat observe orang... tapi Tsuji juga tidak lari daripada membuat kesilapan kan... So, sebelum pilih mana2 bidang tu, survey dan kaji dulu from A to Z, daripada prasarana Universiti/kolej sampailah subject2 yang akan diambil nanti.. so boleh prepare dari awal...  Apa2 pun, terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang baca entri Tsuji yang ntah apa2 ni... Sampai sini je pertemuan kita.... yes.. Entry ni sepatutnya panjang.. tapi takut panjang meleret so nak agihkan kepada "part by part" ... so senang ckit korang nak baca lagi kan? sekarang pun memang dah panjang... Post yang lebih details insyaa Allah akan diupdate dan dipost kemudian~... yang kat atas tu baru sekadar bunga2 INTRO kepada tajuk HEADLINE diatas... hehe... Insyaa Allah dalam waktu terdekat Tsuji post sambungan seterusnya~ Assalamualaikum... 



Ni link untuk entry Tsuji yang Bahasa Inggeris tentang tips menggengam KEJAYAAN~   CLICK HERE





Study Smart and Wise, Never lose it TWICE~





Jangan Ketinggalan Entry Terhangat! :








Terima Kasih daun keladi, 
ada masa datang lagi~
Jika ada pandangan yang ingin dikongsikan,
Komen jeeee kat ruangan bawah yang BESAR tu..

Jangan lupa click FOLLOW ~ :P (LOL)

Wednesday, January 22, 2014

Mengenai AKU!

               

Holiday Class Trip kat Teratak River View, Perak~



With my friends hang out at KL




               Assalamualaikum!! Terima Kasih bebanyak kerana sudi melawat Blog Tsuji ni... Ehem.. ehemm... Batuk pula tetibe...haha... kerongkong ni tetibe gatal... haissss.. time2 ni la pula susah nak deliver speech!! hahaha.. Speech la sangat... Alright! Nama yang diberi ialah Mohd. Suhaimi Bin Salim merupakan anak jati SABAH negeri di bawah bayu.. Hah! Orang Sabah bah aku ni !! hahaha.... Sekarang tengah menuntut kat Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam, Selangor. Course???! hmmm.. Asasi Sains je.. Insyaa Allah Tsuji akan melanjutkan pelajaran kat Universiti Teknologi Malaysia Untuk Ijazah nanti.... Nak tau course juga ke? hmmm... Sebenarnya memang dari kecik lagi menyimpan cita2 dan hajat besar menjadi SAINTIS Malaysia yang terkenal... Insyaa Allah.. so, untuk merealisasikan IMPIAN yang "GAH" tu, Tsuji memang ambik pengalaman berblogging, di samping join Organisasi2 Rasmi kat IPTA. Sekarang pun Tsuji ahli Sekretariat Mahasiswa Asasi... Memang tough and padat la ditambahnya lagi dgn assignment2 bagai... That's as training for me for being someone better in the future insyaa Allah..







Piala Sekolah sebagai Johan Keseluruhan 







Wakil Syarahan Bahasa Arab Menengah Atas~ (Gambar Belakang tu sebagai perhiasan hahaha!!)






             Sebelum ini, menuntut kat Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajah Rahmah , Kinarut, Sabah selama 5 tahun setengah.. Kenapa ada setengah? Actually Tsuji ambik STAM half-way before masuk sini. Rancang nak belajar subjek STAM sebagai ilmu tambahan je ikut rezeki la kan sambil tunggu tawaran UPU lepasan SPM. Kat Sekolah Tsuji memang lepas SPM je, Bulan Januari tahun berikutnya automatik FORM 6. So you've no long school break! kesian kan.... Lebih2 lagi Tsuji kena lantik sebagai Ketua Pelajar a.k.a Ketua Pengawas sekolah!!! Argghhh stresss gila,,, x bercita-cita pun nak pegang jawatan sebesar tu.. tapi alhamdulillah Allah help me step by step accomplishing my goal as young scientist!! Akhirnya, by end of MAY 2013, secara officially nya Tsuji berhenti sekolah sbg FORM 6 dan sambung belajar Asasi kat Puncak Alam ni.. That's the summary untuk citer akademik ni. 



My Biggest Achievement Peringkat Negeri!!




 
                  Tujuan Tsuji buat blog ni untuk menghitam-putihkan buah fikiran, pendapat, pandangan, serta kritikan yang Tsuji ingin lemparkan atau keutarakan untuk certain pihak/individu ataupun pandangan umum. Tsuji memang suka bagi pendapat secara bertulis hehehe... So, Kalau korang rasa blog Tsuji ni bagus sebagai tempat rujukan, bertanya, dan sebagainya, Tsuji menga-alukan kedatangan anda semua. Terima kasih kepada yang sudi FOLLOW my blog... Ye la... Tsuji belum experience lagi nak tulis2 ayat romantis ni... Student sains la katakan hahaha.... Akhir kalam, Tsuji ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong entri, serta mengikut perkembangan post Tsuji selama ni.. LOVE YOU GUYS!!~




My Target Becoming a GREAT MUSLIM SCIENTIST! Follow me~


Monday, January 20, 2014

Test 1 Semester 2 Asasi UiTM PALAM

                          











    
                                        Assalamualaikum semua!!!!! Fuhhhhh.... Tension + cuak + geggarrrr + pening tahapp gabannn dah ni.. Tomorrow gonna our first Test for all foundation students at Puncak Alam Mara University of Technology!!! Cewaahhh... speaking pula tu.... nak lepas geram ni... tulah speaking pun macam kucing kena siram air panas lintang pukangnya hahaha!! As usual memang hari2 kat sini memang obviously HECTIC dengan assignments and Tutorials yang berlambak bagai bumi kena METEOR!!! hahaha... nampak tak ARMAGEDDON nya kat situ? ni pun nak baru lepas tension baca novel my dear favourite Brilliant Detective MR.SHERLOCK HOLMES .... Dapat jugak la vocab baru untuk enhance ENGLISH for MY last sem here and also for better post on my beloved another English Blog hahaha.. yang biasa stalk blog Tsuji yang lagi satu tu memang tau laaaaaaa..... Jangan buat pura2 tak tau pulak yeeee.... Anyway, esok subjek Biology and Maths! fuhhh.. gempak siot!!! nasib x segempak last sem Physics and Maths!!! Memang EXPLODE la otak hafal formula.. hahaha.. Terkentut2 tak tido malam korang menghafal formula panjang berjela-jela kalah novel sastera SPM hahaha... acah je tu... terlampau tinggi Hyperbola nye kat situ..... ni tajuk yang keluar esok!!! Check it out!!! 

Biology : 

  • Digestive system
  • Respiratory system
  • Circulatory System
  • Immune System


Maths :
  • Vectors
  • Trigonometry Functions
  • Calculus : Integration



Test untuk Next Week pula yang ini :



Chemistry :

  • Organic Chemistry (From Aliphatic group until Aromatic and Amine group)
  • Rate of Reaction



Physics :
  • Electric Charges, Forces and Fields
  • Electric Potential and Electric Potential Energy
  • Electric Current and Direct-Current Circuits


                                Nampak macam ckit kan?? Ckit la tu kan???? ceh... bagi puas hati yang lara ni dulu hahaha... ye laaa... Kalau kita fikir benda tu complicated memang naya la jawabnya nanti.. Hati memang kena sentiasa prepare and ikhlas belajar baru boleh SCORE!! cewah.. macam pakar motivasi pula... Test esok paper bio and maths xde gap tau... lepas hantar kertas Maths akan terus direct dapat paper Bio... Geram tak?? belum cooldown lagi formula2 berselirat kat otak kena suruh jawab pasal sel2, tisu2 biologi pula.... Memang kaw2 la mcm ni... Walau apapun, Tsuji nak ucap good luck kpd semua PALAMIANS... Study Smart and Wise, Never Hard yourself, Insyaa Allah Excellent!! Bye assalamualaikum~ 4 flat gonna be!!




Good luck!







                     

Saturday, January 18, 2014

Tips Memilih Menara Gading Pilihan Anda for SPM/STPM/STAM, Holders




                   Assalamualaikum semua.... alhamdulillah post Tsuji sebelum ni dapat sambutan yang baik daripada pembaca2 yang cantik2 dan hensem2 macam korang ni hahaha!! Post Kali ini memang akan panjang berjela-jela!!! So takut punggung korang tak "cramp" dan "panas" asyik duk membaca entry yang dah nak macam novel ni.... 



ON YOUR MARK...... GET SET!!!!!!! GO!!!!
                     


                                 Hah! Tau tak esok hari apa???? 20/1/2014 ialah hari .................. jap..jap... jom tanya pakcik GOOGLE jap eh... search ... searchh..... Tadaaa!!! ini lah result dia :

 ~20/Januari/2014 : Jualan no. unik PIN UPU BSN bagi pelajar lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf mulai pukul 12.00 tengah hari~

                                                                (sumber Kementerian Pendidikan Malaysia)


        
                   Okay sebelum tu, Tsuji nak terangkan sedikit pasal pembelian no. pin ni... Untuk pembelian lepasan SPM, memang korang first time la kan beli no. pin tu... So what you guys need to do is go to the nearest BSN center from your home and buy your PIN number for UPU form ONLINE.. What is UPU actually??? hmmm... Tsuji pun dah lupa maksud penuh dia.. Luckily, Once again my Uncle Google has searched it for me!! hahaa.. Thnx to my beloved Uncle Google!! Ni maksud UPU yang sebenar : 

" UPU = Universal Postal Union " (wikipedia)


                   hahahaha..... memang tak boleh harap la uncle ni dah terlalu tua kot nak handle maklumat ... Takpelah... Tsuji pernah terbaca pasal UPU tapi lupa maksud UPU tu University Portal Union eh? tak silap laa.... sebab x banyak maklumat pasal tu.. yang tau pun sebab pernah baca buku motivasi apa ntah... tak ingat laaa... *cover malu*




HUH??!?!?!?!?!?!

LOL!!! Hahahahaha.....





                        Okay ! Once korang dah dapat no. unik PIN BSN UPU tu, pergi ke laman web ni untuk isi borang UPU tu... 


                 "   http://upu.mohe.gov.my/     "



          Lepas klik laman web tu, korang isi la data2 serta maklumat peribadi korang dan RESULT SPM/STPM korang yang cantik tu.. hehehe... yang dapat cemerlang tu tahniah sangat2! Tapi tak semestinya korang cemerlang akademik boleh dapat tempat Universiti yang korang nak senang2... Dia akan kira ikut agregrat atau merit keputusan korang. Which mean, in simplified term, 

Akademik + Kokurikulum = merit !!!


Attention!!! Markah merit untuk UPU ialah 90% Akademik dan 10% Kokurikulum... Event student yang dapat 4 flat pun tak aktif KOKO memang kemungkinan besar akan dipotong oleh Student yang dapat 3.8 tapi KOKO dia full ... You know what I'm saying right?

                  Kalau merit korang rendah, berkemungkinan besar tak dapat UPU la sebab persaingan antara korang dengan student beratus-ratus ribu orang kat MALAYSIA ni rata2 memang PANDAI2, GENIUS, PINTAR dan SEMUA LAHH!!! Malas nak cerita pasal procedure panjang2, Tsuji nak tekankan pasal pemilihan dan kelayakan bidang serta Universiti yang korang nak pilih!!!! Majoriti banyak STUDENT banyak yang tak dapat UPU sebab tak mencukupi requirement bidang tersebut... Yang korang tau isi UPU main HENTAM SOKMO pilih universiti dan bidang yang HIGH RANKING!!! Yesss....  That's your mistake! Kalau yakin result cemerlang gempak serta aktif Kokurikulum tu OKAY LA! Kalau tak? Rezeki dan Takdir Alllah kita tak tau lagi kan... Macam ni, untuk first step korang isi je maklumat peribadi dahulu dan tinggalkan bahagian RESULT SPM/STPM/setaraf tu... Once dah dapat result baru isi.. So korang tunggu la result SPM bulan MAC nanti haha!!



                     Untuk Bab pemilihan Universiti dan Bidang korang, korang boleh survey kat website ni! 

"  https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php?pagefunc=epanduan "



                   From this Portal website, Korang boleh semak requirement untuk masuk Universiti tersebut serta Syarat Khas Program/Bidang/Course yang korang minat atau nak ambik nanti. Kalau dah lepas kelayakkan utama, Alhamdulillah.... Then tengok SYARAT khas Program tu... usually most students yang dapat results average yang tak lepas bahagian ni.. especially untuk program Asasi memang qualification  dia minta memang TINGGI GILA2 tahap DEWA!!!! Lepas keluar result SPM nanti, baru senang nak decide program kan??? UPU tutup 7 April 2014!! so jangan decide lama sangat ye..... 


Owhhhhhhhhh!!!!



Harap2 korang paham yea??

        And lagi satu, Untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi PASUM dan PALAM, kita (Tsuji masih Asasi PALAM.. hahaha) akan ada dua FASA.. Iaitu FASA I dan FASA II..  Fasa I kita akan isi details about background and KOKO (Kokurikulum) dan result kita akan direcordkan secara direct kpd Kementerian oleh Pihak Matrikulasi atau Pentadbiran Universiti berkenaan. So result kita tu xyah pikir.. just isi details and pilihan Universiti je.. so jangan lupa tengok requirement juga tau... Most Fasa I, result yang dihantar ialah current Result iaitu keputusan SEMASA... Untuk FASA II nanti FINAL RESULT or Result CGPA untuk Last semester (UPU results) akan dihantar trus kpd pihak kementerian juga. So yang nak ambik medic, pharmacy dan dentistry tu, MUET korang mestilah kena lepas AT LEAST BAND 3 kan? For yang nak jadi engineer and lain2 tu pastikan MUET kena lulus juga... yang penting AMBIK MUET... Fasa II usually around JUNE... so mostly ASASI dan MATRIKS dah habis belajar dah time tu..That time kena beli upu lagi untuk kali kedua dan ulang procedure yang sama.. Thats all.. GOOD LUCK rakan2 semua~





Untuk Mengetahui tarikh2 penting UPU, KLIK LINK DI BAWAH :

                  http://upu.moe.gov.my/web/




JENIS2    PROGRAM :


  • Asasi/Foundation  -  Program ni memang jadi pilihan ramai sebab program merupakan pra-ijazah. Requirement pun HARD la juga.. Program ini memang PACKED dengan silibus2 yang boleh tahan jugak la ... So you better be prepared physically and mentally untuk ambik course ni.. Actually tak susah kalau belajar pun. Disebabkan padat tu yang kena pandai MANAGE masa ckit. Asasi yang diiktiraf untuk UPU bahagian STPM/setaraf nanti ialah Asasi Universiti Malaya (UM) dan Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Maksudnya kalau graduate/habis Asasi PASUM dan PALAM (nama lain Asasi UM dan UiTM)  nanti akan isi UPU lepasan STPM/setaraf .... HAHAHAHAHA... Pening kan??!!! Jangan pening dulu.. Nanti korang paham jugak.. Most IPTA ada program ASASI so korang klik website panduan kemasukan yang kat atas tu, korang akan dapat lebih banyak idea lagi la.. Bidang Asasi akan dapat ELAUN KPT!! Itu yang best..hahaha...

  • Diploma - Program ini memang jadi pilihan student average yang resultnye pun average. Bukan nak merendahkan program ni, cuma student diploma kurang STRESS ckit daripada student asasi yang packed dengan silibus MANTAP. So, kalau korang tak suka belajar laju2, ambik lah diploma! Study + santai ckit hehehe.... requirement untuk program diploma rata2 memang boleh je ambik asalkan kredit subjek teras SPM!!


  •  TAMHIDI - Program ni lebih kurang asasi tapi hanya untuk USIM. So, untuk student yabng memang minat Arab + Agama + Akademik pilihan tuu.... Inilah yang terbaik buat anda. Requirement pun so too bad laa..lebih kurang Asasi juga... 


  • Ijazah   -    Program ni untuk hanya lepasan STPM dan setaraf!! Apa yang setaraf tu?? Maksudnya student lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi UM dan UiTM also STAM akan mohon program ijazah pertama mereka berdasarkan result "pointer" atau GRED untuk (STAM only) yang mereka dapat sepanjang pengajian mereka. So orang lepasan SPM takyah pikir banyak pasal ni dulu... Pikir pasal tiga kat atas tu dulu... hahaha...

  • Politeknik    -  Hah! sebelum terlupa.. Untuk sesiapa yang malas nak pegang buku 24jam seminggu tu.... ni lagi sesuai untuk korang yang lepasan SPM... Kenapa???? sebab politeknik ni mostly penuh dengan kemahiran dan kerja. So yang malas hafal buku2 tebal tu memang sesuai la untuk korang.. GOOD LUCK!










TIPS MEMILIH BIDANG/UNIVERSITI
                 
                   
                        Mesti banyak dah yang pening pasal nak pilih Universiti ni kan? Takpe.. jangan risau ... bagi yang dah punya cita2 rancang dari awal lagi nak masuk U itu, U ini lah.. teruskan... Yang masih tersangkut kat padang jarak, padang tekukur ni.... klau masih terhuyung-hayang tu, jom ikut tips ni!

  1. Pilih bidang Ikut Minat dan Tentukan Universiti yang diingini then SEMAK requirement!!!
  2. Bidang yang anda pilih tu mestilah sesuai dengan kerjaya/cita2 anda nanti!
  3. Kaji selidik pasal Universiti (Fasiliti dan Penginapan serta Yuran)
  4. Pastikan anda lepas syarat am dan KHAS program berkenaan.
  5. Paling penting ialah letak tanda setuju untuk soalan kita akan menerima tawaran lain selain daripada diatas...
  6. Pilih program mengikut prioriti. Program no. 1 yang anda pilih akan dipertimbangkan dahulu.
  7. Bincang dengan ahli keluarga akan keputusan tersebut dan minta pendapat mereka.
  8. Tanya diri sendiri, adakah anda bersedia ambil program tersebut.
  9. Sebaik-baiknya buat solat istikharah!
  10. Akhir sekali, doa, usaha dan tawakkal.. Insyaa Allah anda berjaya dapat UPU nanti..

                    Hah! mudahkan tips ni... Insyaa Allah anda boleh! So, kalau dapat tawaran nanti, kena sedia fizikal mental masuk ke alam Universiti la ye... Kena belajar jimat cermat, berjauhan dengan ibu-bapa dan yang paling penting kena pandai BERDIKARI!!! Berdikari kat sini x semestinya dari segi sara hidup, tetapi juga berdikari dari segi PELAJARAN! Kat Universiti nanti takde sesiapa yang akan tolong melainkan anda yang tolong diri sendiri... so SELF SERVICE... NO COMPLAINING!!!!


Abaikan yang ini k?

                   Lastly, post ini Tsuji edit balik lepas dapat ilham sikit daripada Program MMG hari tu.... Maklumlah SMA sibuk dengan tugas2 mengurus pelajar yang dianggap anak ikan emas patut dilayan la kann.... Mungkin some of the infos kat atas tambahan daripada Program MMG hari tu huhu..

     oKAY LAH!! Tangan Tsuji dah penat, BENGKAK menaip hhahaha!!! I wish to all of you GOOD LUCK!! Dan doakan TSUJI pun dapat result UPU juga untuk IJAZAH nanti... Aminnnn...Next week dah ada Test 1 ni... Jom sama2 kita berjaya kerana Allah~ Bye..Assalamualaikum~

 
JANGAN LUPA FOLLOW DAN KOMEN YEE.... SYUKRAN!


TSUJI RYUU~


Popular POST ALL THE TIME!! :






Jangan lupa komen dan Follow Blog Tsuji!!


Rakan Iklan!