Promosi Menarik!

Wednesday, January 1, 2014

Rahsiah Disebalik Keindahan Bahasa Arab sebagai Bahasa Terindah Dunia~



         



         Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...... Apa khabar saudara/ri semua????? Alhamdulillah jika sihat walafiat sentiasa terutamanya pada NEW YEAR 2014 ni kan... New Year ni juga, suhaimi nak guna nama baru iaitu "Tsuji" instead of "Tsue" sebab senang klau nak panggil suhaimi kan... Start from now, I'm gonna use Tsuji untuk membahasakan diri suhaimi... Sebab suhaimi tu macam panjang je and certain orang pun tersasul bagai klau nak panggil suhaimi.... Alright Tsuji Ryuu! That's one of my favourite Name from Japanese Anime Character of "Special A" Anime (klau nak tau lebih lanjut, tanya je pakcik GOOGLE hehe) ... haha.. Pasal anime2 tu semua nanti Tsuji buat kat entry lain ek? Sekarang Tsuji nak fokus dengan Tajuk Utama yang TERHANGAT di pasaran ni! Hahaha... Hangat ke Hangit?? Memandai je Tsuji ni... Yang penting nak kongsi ilmu ni kenalah IKHLAS kan.. haha! :)



           
 call me Tsuji~kun!!

           
          Sebelum masuk lebih lanjut lagi, Tsuji pun nak terangkan juga kenapa x gunakan nama lebih islamik ckit? Sebab ramai yang tertanya-tanya kan BLOG dah laaa ala ISLAMIK gitu.. Tapi nama samaran guna JEPUN ? okay... Sebenarnya ada satu lagi nama versi arab yang Tsuji memang minat GILA2 LA iaitu Al-Fateh! hah! Dalam quran pun ada mention tau! Iaitu Surah Al-Fath.... Cuba teka maksud Al-Fateh? JENG.. JENG.. JENG.... TADAAA!! maksudnya ialah "Pembuka" iaitu diambil daripada perkataan ARAB iaitu "fataha" - "fathun" - "fatih" ... That's why laa setiap kali kalau baca quran or solat kita akan baca Al-Fatihah kan?! hah.... nampak benar tak tau faktanya kat situ... hahaha.... Fatih atau Fatihah maknanya adalah sama iaitu Pembuka atau pembukaan ... Nama Al-Fateh itu sendiri Tsuji admire akan kegagahan, kekuatan, kaliber, karisma yang PENTINGNYA semua Huruf K yang Sultan Muhammad Al-Fateh itu ada menjadi impian dan pendokong semangat Tsuji menjadi insan lebih baik demi bangsa, Agama dan negara!! Cewahhh... Style gitu semangatnya cerita pasal sultan Al-Fateh... Nanti2 je Tsuji post pasal cerita Sultan Al-Fateh tu... sebab.... Cerita sekarang ialah pasal BAHASA ARAB itu sendiri... Memang start from beginning pun Tsuji selitkan konsep BAHASA supaya kalian semua dapat memberi prospektif atau tanggapan awal tentang Setinggi mana mulianya serta keaggungan keindahan bahasa ARAB itu sendiri?



Bahasa Arab adalah bahasa yang INDAH!


             Time Tsuji cerita pasal Al-Fatihah tu semua mesti dah tau kan kenapa Al-Fatihah wajib dibaca sebagai permulaan solat serta disunatkan membaca Al-Fatihah sebelum memulakan apa2 pekerjaan mahupun DOA? Sebab namanya sendiri membawa maksud "PEMBUKA", maka sesuai dengan sebagaimana ia diamalkan oleh kita sekarang.. Bahasa Arab diguna luas dalam kehidupan kita seharian contohnya "Kerusi-Kursiyun", "Kitab-Kitabun", "makna- Mak'na", "Soalan- As-soal", "Kiamat - Qiamah" dan banyak lagi... Even senarai hari dalam seminggu pun merupakan ambilan nombor dalam bahasa Arab. Contohnya :

Ahad - "Ahadun" - Satu
Isnin - "Isnain" - Dua
Selasa - "Salasatun" - Tiga
Rabu - "Rabia'tun" - Empat
Khamis - "Khomsatun" - Lima
Jumaat - "Jama'ah" - Perhimpunan (Hari Istimewa Islam)
Sabtu - "Sab'atun" - Tujuh






Ohhhhhhhhh!!!!! Baru tau sekarang......

          Jadi lepas ni jangan pula nak pertikaikan kenapa kebanyakkan negeri pantai timur di semenanjung Malaysia menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai "Public Holiday" mereka daripada mengikut sistem "LIBERAL" Malaysia hasil kacukan sistem BRITISH dulu, kini dan SELAMANYA~
Malas nak debat pasal tu, kita selami lagi rahsiah bahasa ARAB ni...... JOM!!



Perbandingan Bahasa Arab dengan Bahasa Lain di Dunia.

         Sebelum Tsuji mula menerangkan satu persatu keindahan bahasa ARAB, pernah tak korang terfikir BAHASA apa paling rumit untuk dipelajari? Mesti korang fikir bahasa Arab kan???? HEBAT!!!

Ternyata ANDA SALAH!!!!!


          bahasa paling susah di dunia ialah BAHASA CINA kerana bahasanya yang menggunakan imaginasi dan gambaran keseluruhan tentang apa yang akan disimbolkan... Ini bermakna 1 benda 1 strok huruf perlu diingat belum masuk nama am dan nama khas lagi lebih2 lagi bentuk serta strok2 huruf yang menyusahkan... RUMIT bukan??! Berbeza dengan bahasa ARAB yang mana mempunyai KELEBIHAN tersendiri yang mana mudah dipelajari kerana memang fitrah kita lahir di dunia bersama-sama bahasa Arab... Kita dilahirkan ke dunia akan mendengar Iqamat yang dilaungkan di telinga kanan kita semasa kecil yang merupakan SEBUTAN BAHASA ARAB yang indah apabila dilafazkan.. Apabila kita berzikir, membaca al-quran, berselawat, berqasidah..... semuanya INDAH apabila berdampingan dengan bahasa ARAB.. Keindahan dan kesempurnaan BAHASA ARAB itulah digambarkan dalam Al-Quran yang mana merupakan KALAM ALLAH iaitu bahasa RASMI Tuhan iaitu pencipta alam ini kepada makhlukNYA..Semua Kejadian LAMPAU, mahupun Masa Hadapan diceritakan di dalam Al-Quran dalam bahasa Arab~ Subhanallah! Kenapa BUKAN dalam bahasa LAIN? Sebab bahasa inilah bahasa yang SEMPURNA tiada tandingannya dari segi makna, kalimah, perbendaharaan kata serta Gaya bahasa~


 Persoalan : Kan Bahasa cina lebih susah??? Kenapa bukan bahasa Cina bahasa terindah dunia????       

              Pernah tak korang dengar orang cina cakap atau menyanyi lagu cina tu sedaappppp???? hahaha... bukan nak mengutuk... cuma THAT'S the REALITY! Bahasa Cina merupakan rekaan manusia yang terbatas pengetahuannya. Bahasa Arab datangnya daripada Yang Maha Esa yang mana sifat wajib bagi ALLAH yang Maha SEMPURNA tidak ada cacat celah bagi ciptaannya~ Cuba bandingkan Qasidah ya Hanana dengan lagu cina sekarang? mana lagi indah? tentulah qasidah kan? Allah memang dah tau hanya dan HANYA bahasa ARAB sahaja yang sesuai untuk sepanjang zaman~ Bahasa cina tengok strok dia pun dah pening bagai~ berbeza dengan bahasa Arab... KHATNYA berbagai dan cantik apabila dibuat dlm apa jua bentuk~


Persoalan :  Apa pula ISTIMEWA bahasa Arab berbanding bahasa lain selain CINA ?

          Okay! Kebanyakkan bahasa di dunia adalah buatan manusia dan secara lahiriahnya mempunyai banyak kekurangan berbanding bahasa Arab. Pertamanya, Bahasa2 di dunia 90% mengalami perubahan dari segi perbendaharaan kata, ejaan, penggunaan serta penggunaannya. Manakala Bahasa Arab merupakan bahasa yang tidak pernah diubah jenisnya terutamanya AL-QURAN~


إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُ ۥ لَحَـٰفِظُونَ


“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. 
(Al Hijr: 9)

                 Kedua, bahasa arab mempunyai banyak disiplin ilmu sastera tersendiri untuk menguasai sastera Al-quran seperti ilmu Balaghah, Nahu/sarf, Tafsir Quran, Tajwid, Ulum quran, Ulum Hadis dan sama waktunya dengannya. Ilmu2 ini lah yang membuatkan bahasa arab sentiasa berkembang dan bukannya diubah mahupun ditukar. Mukjizat al-quran menjadi sumber segala ilmu membuat Bahasa Arab lebih "elegant" akan statusnya disisi bahasa2 lain~

                 Ketiga, bahasa arab itu sendiri kaya akan perbendaharaan katanya. Setiap kalimah yang wujud pasti ada sinonim dan antonimnya.. Bukan itu saja, setiap perkataan mempunyai banyak erti jika dibariskan dengan baris dan bunyi yang berbeza. Yang lebih unik lagi, jika kita belajar huruf arab, kita tidak semestinya dapat membaca perkataan mahupun ayat dalam bahasa arab. Kerana bahasa arab memang semulajadi tidak mempunyai baris. (Yang berbaris tu al-quran je) and certain2 perkataan and also untuk sarf. So, tanpa penguasaan ilmu NAHU/SARF yang cukup blm tentu dapat membaca Perkataan ARAB dengan lancar. Hebat kan? Tidak seperti bahasa lain yang mudah, ringkas serta mudah diubah... tahu hurufnya saja boleh baca semua perkataan sekali gus.. Cuba Baca ayat ni lagi.... 



Hah! gerenti 90% daripada korang blurrrrrrrr dan speechless xtau mcm mna nak baca perkataan ni? Klau yang dah biasa belajar arab pasti dah biasa tgk bende ni... Itu buktinya klau korang passed baca iqra' muqaddam dan malah quran sekalipun x mendalami bahasa arab memang x guna... So nasihat saya, ambik la kesempatan yang ada ni belajar sedikit tentang bahasa Arab.. Belajar bahasa lain pun OKAY cuma letakkan lah "priority" bahasa arab tu kepada yang PERTAMA kan... baru la best hidup berkat ckit belajar bahasa syurga ni.. hehe.. Kajian saintis juga mengatakan belajar bahasa Asing boleh meningkatkn perkembangan IQ seseorang serta mengelakkan masalah Dislexia! Subhanallah~


10 FAKTA UNIK TENTANG BAHASA ARAB bahasa Al-quran~
  1. Kekayaan Perbendaharaan kata dan kosa kata yang luas serta tiada tandingannya.
  2. Bahasa selama-lamanya sejak AZALI hingga ke hari kiamat. 
  3. Bahasa Syurga (yakni ahli syurga)
  4. Bahasa kebanyakkan para nabi
  5. Boleh diukir, ditulis khat dengan apa jua bentuk dan keadaan.
  6. Penyejuk dan penenang jiwa. (Ayat As-syifa')
  7. Dilafazkan oleh semua orang sepanjang masa (solat, beri salam, azan dll)
  8. Keindahan Gaya Bahasa yang boleh mencairkan sesiapa sahaja yang mndapat hidayah Allah 
  9. Bahasa Arab Quran berlainan dengan bahasa Arab komunikasi SEHINGGA tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.
  10. Mempunyai cabang ilmu sastera yang meluas serta masih aktif sampai sekarang .


Budak Cina ni pun TAKJUB dengan BAHASA ARAB! Anda Bila lagi??

Lagi satu, kalau nak gi HAJI tu nanti kena pandai ARAB juga ckit2 supaya senang nanti kang kena kelentong orang ARAB pula hehe~


Imam Syafie rahimahullah berkata :

Maka, menjadi suatu kewajipan untuk seseorang Muslim berusaha mempelajari Bahasa Arab seboleh mungkin, supaya mereka boleh membuktikan 'Syahadah', dan membaca Kitab Allah (yakni al-Quran),  serta melafazkan zikir yang wajib ke atas mereka; seperti takbir, tasbih, tasyahud dan lain-lain zikir.
                  Dan lebih banyak mereka mempelajari bahasa yang Allah Maha Kuasa Sendiri yang menjadikan bahasa utama penghulu segala Nabi (Nabi Muhammad s.a.w.) serta menjadi bahasa wahyu terakhir-NYA, maka lebih baik untuk orang tersebut! 



Sir Gladstone, salah seorang pemimpin Eropah berkata :

"Selagi mana seorang Muslim itu mempunyai al-Quran di tangan mereka, maka Eropah tidak punya harapan untuk menawan Timur."


Ubay Ibn Ka'ab radhiyallahu anhu berkata : 
"Ajarlah Bahasa Arab (yakni - Nahu/Tatabahasa) seperti kamu mengajar menghafal al-Quran!"



            Daripada ketiga2 kata2 tokoh besar tu, Masing2 juga mempunyai otak dan fikiran untuk menyimpulkan bahawa betapa pentingnya belajar bahasa ARAB itu demi Agama, Bangsa dan Negara... Nabi Muhammad dahulu telah membuktikan dengan dakwah ISLAMIAH dalam bahasa Arab mampu melebarkan sayapnya ke segenap penjuru dunia~ Subhanallah~ Kekuatan Bahasa Arab dalam Al-quran itu sendiri mampu mengubah status hidup masyarakat kearah lebih sejahtera, maju dan Harmoni.. Allahuwaalam... SELAMAT BERAMAL DENGAN BAHASA ARAB~

Trust me!! Belajar bahasa ARAB ada manfaatnya~ Alhamdulillah Tsuji dibesarkan 9 tahun bersama bahasa Arab~ dan kesannya memang mendalam sehingga kebanyakkan Ayat Quran boleh difahami dengan tenang dan INDAH terutamanya AL-FATIHAH~





No comments:

Post a Comment

Rakan Iklan!