Promosi Menarik!

Monday, April 28, 2014

SPM Leavers' Ultimate Decision!! Asasi? Diploma? Matrikulasi? A-Level? STPM? STAM? Sijil Kemahiran?


Sekadar hiasan dan Cadangan





             Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..... Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada pembaca2 semua........ hehehe .... 

       Fuhh... Lama bebeno Tsuji tak update blog ni ye... hehe.. sorry2 ... Semenjak lepas habis Asasi ni kerja makin berlambak nak urus... tambahan pula nak pikir kerja sambilan kat mana... pastu nak ambik lesen memandu lagi ... Haihhh.. Pening2 .... Habis belajar je niii laaaaa... macam xde kehidupan hahaha.... Mungkin Tsuji sorang je kot takde kehidupan hihihi.... Alang2 cakap pasal study, baru teringat!! Sistem permohonan UPU lepasan SPM dan STPM setaraf pn telah lama tutup.... So banyak je SPM leavers sekarang ni tengah cuak berpeluh satu badan memikirkan masa depan masing2 haha... SABARRRR.... setiap pelajar yang bergelar lepasan SPM memang akan rasa macam tu..... So, sape yang dah berusaha tu dan dapat result SPM cemerlang TAHNIAH!! OMEDETTOUU... CONGRATZZZ Tsuji ucapkan haha... Tapi korang jangan lupa, SPM bukan penentu segala-galanya .... Yes!! SPM tu penting untuk kerja nanti and sambung higher education ... (ada higher education yang tengok SPM baliktapi tak bermaksud semuanya STOP, HALT smpai SPM je kan... Manusia2 sekarang memang berlambak genius2 and pintar2 haha... So persaingan pun teramatlah sengit!!!! Kalau ikut kemungkinan Matematik boleh dikira guna calculator secara rambang dan rawak setiap sorang akan mendapat nilai kemungkinan yang sangat tipis untuk menempatkan diri ke IPTA seterusnya politeknik ... So, dalam usaha kerajaan memberi keadilan dan membezakan prestasi pelajar semua untuk bersaing sesama sendir, Kerajaan pun memperkenalkan sistem pemarkahan MERIT UPU... Mungkin ada yang pernah dengar dan tahu dan mungkin ada yang masih blurrrrrr pasal bab ni... Yang tau tu alhamdulillah anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk bersaing dengan rakan2 SPM semalaysia haha... Yang tak tau tu... pergi click link bawah ni .... 

                             

                  Link pengiraan merit UPU

merit = 90% akademik (SPM) + 10% Kokurikulum



                  Cerita mengenai lanjut pasal merit ni memang panjang lebar dan Tsuji akan buat post berasingan tentang MERIT UPU nanti... Yang penting sekarang, UPU dan permohonan Matriks telahpun diisi dan diproses oleh KPM.... dan hah!!!!! Tau tak keputusan penempatan tawaran Matrikulasi KPM telah pun keluar? hehe... Tsuji memang sure ramai je student yang poninggggg nak tekan dan click butang terima/Accept tawaran tu kan haha... My suggestion is ambik je lah tawaran tu ... Sebab result UPU lpsn SPM kan x lama lagi kluar... sonanti boleh consider nak masuk IPTA or Matrikuslasi.... For your information.... tak semua orang akan dapat tawaran UPU tau... Only the luckiest one je boleh dapat .... so, sblm isi UPU tu Tsuji nasihatkan buatlah banyak research terlebih dahulu ... Klau buntuh baru jumpa senior atau kaunselor berpengalaman ... Apa yang Tsuji terkilan dengan student2 sekarang ialah mereka lebih mudah terpengaruh dan percaya komen2 negatif daripada sesetengah pihak dan senior yang pernah belajar di sana daripada buat kajian sendiri terlebih dahulu.... Haihhhh.....







                 My first comment bout' this kind of people is totally BULLSHIT! *sorry for my swearing* That's the reality... I am sick hearing all of those bad comments or negative feedbacks for some of the typical courses..

HERE ARE THE EXAMPLES :

  • Eh! Saya rasa malaslah nak isi matriks ... bukannya bagus pown... huhu.. SUSAH adalah... 
  • Eeeewww.... Diploma? Macam tak best je.... xde kelass HOKAY!
  • Awak ambik STPM? Tak susah ke? hmmm....
  • Takutlah nak masuk asasi/matriks belajar laju2... nanti SUSAH nak catch up ... Tapi nak ambik degree cepat... aduh!
  • Kalau masuk matriks xde kawan... nak ambik asasi laaa... hehe.. nampak GRAND sikit..
  • Whoa... Awak nak ambik A-Level? Susah  kot nak lepas... senior abang saya ramai je FAILED... tak takut ke?
  • Eh awak ambik course apa ek? Tak pernah dengar pown.. Ada keje ke graduate nanti?
  • Rasa2nya course ni gaji dia besar tak? Klau ciputt tak nak ahhhh...
  • Alaaa.. Saya tak dapat upu laaa... parents suruh ambik kemahiran tapi macam leceh... nak juga studi kat U....
               And many more sad situations I've seen, felt, heard and experienced ... Kalau nak diikutkan Tsuji, nak je attached  screenshot sebagai bukti semua tu haha.. tapi aib orang kan... tulah malas nak sebar... sape pernah buat rasalah pedasnya... Even Tsuji pun dulu pernah jugak terbuat salah satu yg kat ayat tu haha... Semua orrang pernah buat keslapan kan... kita bukan maksum yang suci daripada dosa... 


APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENYAMBUNG BELAJAR?

  1. Selidik kesemua program pengajian yang ada di Malaysia. (mahirkan mencari maklumat dgn GOOGLE..hehe..)
  2. Set dan tulis target yang ingin dicapai..
  3. Ketepikan segala pemikiran dan komen2 negatif yang diperolehi..
  4. Isi pilihan UPU dengan bidang yang diminati sangat2 (jgn ikut kwn,parents dn sbgainya)
  5. Jika anda aliran sains, fokus dengan subjek sains dahulu untuk Merit UPU anda.. Begitu juga dengan aliran sastera .. (rujuk kira merit)
  6. Simpan duit atau mulalah menabung untuk kemudahan belajar di peringkat lebih tinggi nanti.
  7. Persiapkan diri dengan ilmu dalam bidang yang dipohon.. Buat sehabis mungkin..
  8. Jika dapat tawaran tersebut, JANGAN sesekali berputus asa jika tidak menonjol dan teruskan berjuang sehingga GRADUATE dan KONVO!!
  9. Oppss... Jangan lupa aktif Kokurikulum okay!!

GO FOR IT!!!

         Jangan sesekali sedih jika tak dapat bilangan A yang banyak sewaktu SPM! Tapi bergembiralah KUALITI "A" anda bermutu tinggi (ikut merit) .... Insyaa Allah cemerlang... Walau dimanapun kita belajar, semuanya sama sahaja.... Walaupun tempat yang kita belajar tu menjadi bualan hangat orang, belum tentu kita pun turut sama menjadi HANGAT seperti tempat kita belajar tu... betul tak? Ada orang belajar alaa kadar je... Tetapi keluar menjadi orang besar ... Semuanya daripada diri sendiri je.. *Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu kecuali jika mereka mengubah dengan tangan mereka sendiri* Kalau ada orang halang kita daripada mengambil bidang yang diminati dan mengatakan bidang itu SUSAH.... Pedulikan jee... Bukan diorang yang belajar... Lantak ikut suka hati mak bapak kita la nak study apa kan? Kalau diorang cakap susah itu urusan diorang.. Sape suruh tak belajar sungguh2 haha.. *Kejam juga Tsuji ni kan* Nak cemerlang risikonya BELAJAR dan hadapi kesusahannya mengikut pengalaman masing2 ... Semua tu la yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar di luar sana... Takde orang yang dapat course senang2 je boleh score 4.00 .... IMPOSSIBLE!! melainkan
EFFORTS + DETERMINATION yang tinggi .... Lama mana pun tempoh pembelajaran kita, asal niat kerana Allah akan dipermudahkan juga~ Jangan terkejut laa ramai student2 yang non-malay berlambak cemerlang kat institusi2 pembelajaran di Malaysia sekarang.. Rahsianya dah tertulis kat atas...  Yang penting, TAJDID niat kita balik belajar untuk apa dan siapa? Muhasabah diri dan ingatlah.... Semuanya datang daripada Allah .... It is now or Never~ Assalamualaikum .... :)

* Kalau ada info/cadangan yang ingin dikongsikan, perkara yang ingin ditanya dan kurang pasti, jangan segan silu untuk KOMEN kat ruangan di bawah... Follow Tsuji ok :)


Ikhlas daripada,

~TSUJI RYUU~

Rakan Iklan!