Promosi Menarik!

Saturday, January 25, 2014

Pemalsuan Berita Cahaya Kosmos memasuki bumi pada tengah Malam!!!!





      

                               Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh~  Baru2 ni Tsuji baru je dapat berita "TERGEMPAR" daripada rakan2 FB yang kononnya ada sinaran berbahaya daripada Marikh akan lalu ke BUMI!! Tsuji yang tengah baca berita tu pun Gelak hampir nak setengah jam!!!! LOL ...





HAHAHAHAHAHAHAHHA!!!!!!




LOL!!!!!






Ada beberapa sebab kenapa Tsuji tak henti2 ketawa lepas baca message tu bertubi2 dipost oleh warga2
Facebook mahupun twitter yang kecoh dengan sinar kosmik membawa maut mereka tu.... alahai~ kesian juga aku tengok diorg percaya bulat2 berita karut tu... Tapi Tsuji berasa kesian pulak tgk kawan2, ahli keluarga pun ada yang percaya pasal benda tu... Ye lah.. benda ni bukan boleh dibawa main2 kan... Sapeeeee laaaaaa yang berani sebar benda2 ni ... Memang nak kena PENUMBUK maut Tsuji ni! Hah! Ambik kau.... Buufff!!!!!



Get Ready for smashing!!



Ambik Kau!!!!




                 Puas hati aku !!! hahahahaha..... Sape tak marah kan.... Orang yang tak mendalami sains memang bulat2 togel la kena tipu!!! Hish.... Takpe la... Tsuji akan terangkan apa yang sebenarnya yang berlaku..... Message tu berbunyi macam ni : 



                    "Malam ni pd pkl 12.30-3.30 pg sinaran cosmos akn memasuki bumi dr marikh. Sila matikan telefon pd waktu malam. Jangan letakkan telefon berdekatan anda dan pastikan tiada telefon diletakkan berdekatan anda semasa tidur kerana menurut NASA menerusi berita BBC sinaran tersebut sangat merbahaya. Sebarkan
Memang betul salji turun kat indo. Saintis mmg dah confirm paksi bumi beralih. Malaysia bergerak ke kutub dan menjadi mcm eropah dan negara arab akan ke tropika dan menjadi hijau. Kiamat sangat hampir subhanallah..
salji turun di gunung jaya wijaya. smlm. dilapor oleh tv indonesia. dunia mengalami perubahan cuaca. mengikut saintis menjelang 2015.. asia tenggara termasuk malaysia akan alami iklim meditranean.iaitu panas dan sejuk sepanjang tahun. (panas tp sejuk spt skrg.. dan sejuk melampau bila musim sejuk) tp takde salji.
iklim meditranean spt yg dialami oleh australia skrg..copy n paste"




ini pula mesej versi english yang disebarkan :




“Tonight 12:30 am to 3:30 am cosmo rays entering earth from mars. So switch off your mobile at night. Don’t keep your cell with you & put it away while you are sleeping because they are too much dangerous rays: NASA informs BBC NEWS. Pls spread this news.” I SAY PLS DON’T SPREAD THE NEWS






                      Okay!!! Firstly, ada beberapa point yang Tsuji ingin terangkan kat sini..... Apa yang dimaksudkan dengan Cahaya Kosmos yang korang takut-takutkan sangat tu?????? 





Ini Ultraman Kosmos LAAAAA!!! Bukan Cahaya Kosmos!!! Adesssssss.....




                       Faktanya berbunyi macam ni..... Cahaya kosmos tu ialah particle2 atau zarah2 subatomic yang mengandungi tenaga yang sangat tinggi dan mengembara di ruang angkasa lepas hasil daripada perlakuran atau pembelahan zarah atau atom yang menghasilkan subatomic2 yang bercas kuasa tinggi. Hah!!! Pening ke??? Adoiiiii.. takkan itu pun pening.... hish korang ni.... Dalam kata lain, partikel2 atau zarah2 ni hanya dilepaskan oleh sumber yang kaya dengan atom2 atau gas2 yang berupaya menghasilkan Tindak balas nuklear!!!! (Bukan Bom nuklear OKAY!!!! tapi lebih kurang jeee... susah nak explain) ..hurmmmmmm...... Jap.. nak tanya pakcik GOOGLE ni dulu... Tsuji x pandai explain orang dalam bahasa melayu ni hahaha... maklumlah belajar FIZIK semua dalam ENGLISH hahahaha...

Ni pakcik GOOGLE cakap :


    "Sinar kosmos ialah sinaran dari angkasa lepas yang tiba ke Bumi. Ia biasanya menghentam bahagian atas atmosfera dan menghasilkan zarah-zarah sekunder. Hampir 90% sinar kosmos yang mendatang terdiri dari proton, kira-kira 9% merupakan nucleus helium (zarah alfa) dan kira-kira 1% lagi elektron (zara beta minus). Istilah "sinar" sebenarnya merupakan nama yang tidak kena, kerana zarah kosmos tiba secara individu, bukan dalam bentuk sinaran atau pancaran zarah."

                                                                                                (Wikipedia)



    

                               Hah! dah paham dah?? bagus2.... Kesimpulannya sinar kosmos tu boleh jadi sama ada sinar Alpha, Beta dan Gamma (Jangan tanya aku pasal alpha bagai tu....)  laaa yang terhasil melalui perlakuran Nuklear yang terdapat di Bintang!!!! Hah bintang apa yang dekat dengan bumi???? Cuba jawab............ 1....2......3....... Alhamdulillah yang dapat jawab tu memang bertuah mak bapak korang hantar pergi sekolah yeee.... Betul la jawapannya Matahari... Kalau salah jawab.. Innaalillaahhhhh.... Bagus korang pergi balik tadika yeee..hahaha... Ini cuma ringkasan je... basic pasal gelombang2 bagai ni buka balik buku FIZIK spm tu..... STUDY!!!! jangan percaya berita yang bukan2 je tau.... Tak pernah pun dalam mana2 buku sains ensiklopedia yang pernah wujud kat dunia ni menyatakan PLANET boleh menghasilkan gelombang kosmos..... MENGARUTTT!!!! Kalau x percaya .... hah!!! Check library yg berdekatan ngn rumah korang selongkar library tersebut!! hahaha..... adeeiii ... adakah patut sebar planet MARIKH boleh menghasilkan radiasi ke bumi..... Allahu Akbar!!!! memang x sekolah betul orang macam tu... Tau nak sebar fitnah no. 1.... Sekarang berjuta-juta manusia percaya fitnah kau tu, berjuta--juta juga saham dosa kau dapat.... Nauzubillah......    Hopefully korang paham apa yang Tsuji cuba sampaikan ni.... So, lepas ni, benda2 yang boleh menimbulkan kemusykilan ttg kiamat ni better jgn percaya bulat2... Benda2 kecil macam ni la orang2 yang jahil ilmu sangat ni perbesar2 kan sampai menyentuh hal2 kiamat.... Haiiiihhh.. xde keje lain..nak kene pelempang juga ni..






Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya (QS. Al-Isrâ’ [17] : 36)





                                   Sedikit info tambahan, gelombang atau sinaran kosmik ni langsung tak beri effect pada gadget2 moden yang ada pada hari ni... sebagai contoh, gelombang kosmik ni selalunya berlaku ketika Ribut Matahari ataupun nama glamournye "Coronal Mass Ejection" (CME) !! Sometimes boleh berlaku ketika bintang tersebut melalui fasa terakhirnya iaitu "Supernova" ... Gelombang kosmik yang pertama pernah terjadi ialah melalui teori "BIG BANG" di mana sebiji atom dipecahkan dan terciptalah alam ini dengan kuasa Allah S.W.T ... Dengan letupan BIG BANG yang dahsyat tersebut menyebarkan zarah2 yang bertenaga tinggi serta kekal sehingga ke hari ini yang mana dinamakan kesimbangan Tenaga ataupun "Conservation of Energy" ATAUPUN hukum Thermodinamik yang pertama~




     
  • Khabar Angin Pasal Malaysia Bakal dituruni salji~

                 Okay ini lagi satu...... stresss juga Tsuji dengar pasal berita2 macam ni.... Argghhhh... tak habis2 dengan salji korang...  Yang pasal Indonesia turun salji tu hanya kawasan yang dekat dengan Kepulauan Australian jee.... Kalau x caye cuba check buku Geografi korang.... Indonesia turun salji tu cuma RAMALAN pakar meteorologi je pun..... Itu pun nak kecoh... Lepas tu, tak habis2 khabar angin malaysia pula  bakal dituruni salji.... Adooooiiiiiiiiiii..... Malaysia takkan pernah dituruni salji kecuali dengan izin Allah.... Hurmmm... pihak media pun satu sebarkan berita tanpa ada usul periksa... Yelah suhu2 kebanyakkan tempat dimalaysia ni sejuk rata2 20 darjah celcius.... Bukan bermakna Malaysia bakal dituruni salji..... lepas tu ada pula Khabar angin dahsyat menyatakan " Kutub bumi tengah berukar arah"   .... Ya allah.... Kalau kutub bumi bertukar arah habislah kita cik abang oiiiiii....  Kutub bumi paling terakhir pun bertukar lebih kurang 780 ribu tahun yang lalu.. Nak tau apa yang jadi kalau kutub Bumi bertukar? Memang dahsyat.... salah satunya perubahan plat tektonik bumi serta gempa bumi yang teramat dahsyat... Cuaca pula akan menjadi ekstrem disebabkan perubahan medan magnet bumi yang mendadak dan banyak lagi kesan2 buruk yang terjadi.... So, sekarang ni orang2 Amerika masih je dalam musim sejuk.. so kutub tak berubah lah kan??? Penat betul nak EXPLAIN fakta2 saintifik ni....  


                     Yang pasal Malaysia dan kebanyakkan negara lain sejuk tu sebab aktiviti perlakuran Nuklear kat Matahari berkurang secara drastik minggu ni... Buktinya, banyak tompok2 hitam besar (sun's black spots) pada permukaan korona matahari ditemui oleh para saintis tempatan mahupun luar negara... So, banyaklah atom2 gas Hydrogen yang tidak dapat dilakurkan oleh Matahari untuk menghasilkan Atom Helium sekaligus tenaga yang amat banyak mostly tenaga haba yang penduduk bumi rasa sekarang ni... Malas nak cerita panjang2 nanti otak korang meletup pulak... hahaha.. Klau Tsuji explain fakta saintifik ni memang no. 1 laaa..hehehe...           



(Giant Sunspot 1944)  nama lubang hitam tersebut~




Nampak tak Lubang hitam matahari yang besar tu??? Dalam gambar ni lubang tu yang paling cerah dalam gelombang infrared~







    Okay la... sampai sini je dulu perkongsian Tsuji buat korang semua..... Bye... Assalamualaikum.. Terima Kasih kerana sudi membaca Blog Tsuji~








BACA ENTRY INI !!! :







Kalau  anda Blog ni bermanfaat, Jangan segan silu untuk FOLLOW ye~
share kepada rakan2 yang lain~

8 comments:

Unknown said...

Mohon share yee..good info

Unknown said...

Share je... Lagipun, ilmu ni mmg utk share kpd semua yg x mengetahui~ Harap bermanfaat kpd pembaca semua~ :)

Anonymous said...

perubahan earth pole memang sedang berubah tapi sedikit demi sedikit. benda ni memang dikaji oleh para saintis lame dah. sila baca info dengan lebih lanjut ye. tak perlu nak gebang cite macam orang lain jugak. bukan semua cerita yang dikhabarkan oleh orang ramai itu betul tapi bukan semuanya salah. take note yaaa, dont be so full of yourself.

http://en.wikipedia.org/wiki/Geomagnetic_reversal
http://www.newscientist.com/article/dn24755-earths-poles-are-shifting-because-of-climate-change.html#.UuoMKz2Syy4
http://www.activistpost.com/2013/11/pole-shift-it-has-started.html
http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2545465/Forget-global-warming-worry-MAGNETOSPHERE-Earths-magnetic-field-collapsing-affect-climate-wipe-power-grids.html
http://www.earthchangesaffirmations.com/polar-shift-news.html


and so many many moreeee. make a research before buat keluar satu-satu statement. kalau tak sure, baik jangan.

Unknown said...

Assalamualaikum... Saya hormati komen saudara... masalahnya macam ni, berita yang digempar gempur kan tu berkenaan dengan perubahan kekutuban bumi from north to south and vice versa... Let me make it clear, in my post above, I've never denied the geomagnetic shifts but the one which most people believe is the "Terrestrial Shift" ... Itu lah yang salah di sana.. Tentang "Magnetosphere shifting?" memang betul iyanya berlaku sejak dari dulu lagi tapi pada kadar yang "TERLALU LAMA"... Mungkin saudara lebih berilmu daripada saya dengan membuat banyak research, tetapi point saya nukil post ini untuk terangkan secara ringkas ttg kesalah-fahaman berita2 tentang cahaya kosmos itu jee.. Mungkin salah saya x terangkan lebih dalam tentang "GeoMagnetic field drifting" , sebab saya hanya nak clarify pemalsuan berita tersebut.. sebab rata2 pembaca blog saya bukan ahli2 sains.. so memang x reti sangat teori2 sains ni... So hanya tulis apa yang diorg boleh paham je dengan ringkas~ Harap saudara memahami... :)

#Thanx for the great advice for me posting more quality entry!

Unknown said...

nak tmbh fakta sedikit, ramai saintis yang menolak teori Terrestrial Shift dan mewujudkan Magnetic Pole Shift Hypothesis.... :)

Anonymous said...

Good info..

Anonymous said...

Sy x phm n png kpl....

Unknown said...

Mungkin betul dari segi fakta dan sains,mungkin juga salah dan tidak tepat.mungkin apa yg para saintis dunia hebahkan pada dunia tentang info dan sebagainya adalah tekaan atau ramalan sahaja.seperti yg kita ketahui kebanyakan maklumat mengenai sains banyak yg bercanggah dan rekaan.
Apalah bezanya kita dengan iblis yg cuba mencuri berita dari langit...?
Sorry,jangan tersentap...
Bagi saya itu semua diatas keizinan darinya.bukanlah diatas kepandaian kita untuk menyangkal dan membuktikan.
Diluar sana...(diatas langit)
Itulah ilmu allah yg hanya sedikit kita mengetahui.itulah rahsianya...

Post a Comment

Rakan Iklan!