Promosi Menarik!

Saturday, March 29, 2014

Jom Masuk Asasi Sains/Kejuruteraan UiTM Puncak Alam (PALAM)


Gambar Hiasan daripada Alumni PALAM






                                 Assalamualaikum ......... Hai semua!! Welcome to my blog! haha.... Time2 kitorang minggu final exam ni sempat juga update blog kan... hehehe... Actually nak lepas tension sikit la kan....Topik kali ni concern dengan pelajar2 lepasan SPM 2013 .... Hah! mesti ada yang pening kan nak sambung mana lepas ni? Entri kali ni Tsuji nak fokus dengan PROMOSIKAN PALAM!!! hahaha... I mean bukan daerah PUNCAK ALAM tu yang dipromosikan .... Jangan salah faham yee.... Ni bukan iklan cuti2 MALAYSIA plak... What I mean is Asasi Sains/Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam... Hah..... Panjang tak nama course ni? hehehe... Bajet glamour laaaa kan! Sape nak puji kalau bukan diri sendiri hehe...




Ni pulak Main Gate UiTM PALAM tau....



                   Biar Tsuji cerita sikit secara menyeluruh pasal Asasi2 yang ada dekat UiTM ni... I mean whole UiTM yang wujud kat Malaysia tau... bukan PALAM je.... Cuma sape yang masuk PALAM ni special sikit laa... PALAM ni kan one of High Class UiTM in Malaysia... Bukan apa... Facility2 PALAM semua masih baru lagi berbanding UiTM2 kat tempat2 lain especially kat SHAH ALAM yang dah memang dah lama jadi MAIN University for UiTM.... Kat UiTM keseluruhannya ada 4 asasi iaitu asasi sains, kejuruteraan, undang2 dan TESL ... So, kat PALAM ni asasi SAINS dan Kejuruteraan je di samping bercampur dengan student2 diploma dan degree .... Memang best laa... jauh dari bandar dan dikelilingi bukit bukau .... Sumpah BEST! Study pun tak tension sangat sebab banyak je flaura dan fauna 360 darjah keliling korang.... Yang lebih BEST kalau pagi2 tu sejuk giler2 dan BERKABUS beb! Fuyohhhh... Macam Genting Highlang nampak! hehehe...... Nak bukti????? Nah .....


ni TROLL drpd Alumni PALAM~



Kabus tebal pagi2 ... weeeeee



Padang Kawad dikelilingi kabus~ Nyaman tidur Zzzzzz


Gambar diambil dari FB student PALAM~


Gambar ni Tsuji ambik time Cuti semester stay sorang2 kat PALAM~




                       Hah! Best ke tak best???? That's why la PALAM unik daripada UiTM and other Universities kat Malaysia ni.... hehehe..... Korang belajar dah macam kat Oversea dah... huhu... (Indescribable Emotion) hoho.... FYI, gambar2 tu bukan jerebu tau..... tetapi kabus ye..... hahaha.... Kat puncak2 bukit kan.. biasalah kabus..... Ada je faktor2 yang menarik kat PALAM ni haha.... Baru intro pasal palam belum lagi masuk course Asasi Sains/Engineering Palam ni.... mesti x sabar nak tau kan?? huhu... Jom jelajah dengan lebih lanjut lagi!!!!!


ASASI SAINS
  • Subjek dipelajari : Biologi, Matematik (for scientist), Kimia, Fizik, English dan Tasawur (Islam dan Sains)
  • merupakan majoriti penduduk PALAM
  • Klau nak sambung ijazah approximately semua bidang boleh masuk..
  • Mostly pelajar sains nampak seperti scientist sains hayat!! lol
  • Ada juga student ambik course ni sbb xtau or blm decide nak smbg apa for degree ...
  • Mostly student ambik course ni sbb nak smbg Medic, Pharmacy or Dentistry


ASASI KEJURUTERAAN
  • Subjek dipelajari : Matematik (for engineers), Kimia, Fizik dan Asas Sistem Komputer (Programming)
  • minoriti asasi PALAM
  • Klau nak sambung ijazah macam limited sikit... namanya pun dah "specific" .. e.g : engineering, programming, sains gunaan dan sains fizikal.
  • Mostly diorang nampak cool ckit... hahaha.. itu budak2 sains cakaplah~ lol
  • Mostly students ambik course ni sebab tak minat Biology??? betul ke?? hahaha...
  • Selalunya santai sikit klau exam.... (ni xsure ni...)




So, Apa benefits masuk Asasi PALAM ni????
  1. Merupakan Asasi tercepat di Malaysia... (Klau x caya try GOOGLE..)
  2. Asasi top selepas PASUM (Asasi UM) .. Palam lagi best kot haha...
  3. Senang diterapkan ke UiTM balik untuk ijazah especially Medic....
  4. Result gempak boleh apply degree Oversea~
  5. Lepasan asasi PALAM boleh masuk semua IPTA di M'sia for degree melalui UPU..
  6. merupakan ikan emas UiTM jugak... Klau gagal time asasi ada harapan ditawarkan Diploma oleh UiTM.
  7. Lecturer yang berpengalaman dan dedikasi .... (Korang ingat Matriks je ada lecturer caring pasal student??)
  8. Jadual kelas/Kuliah kurang packed sikit drpd Matriks... ikut nasib jugak la... haha...
  9. Dikelilingi hutan dan bukit bukau.... Sesuai utk tempat belajar dan riadah ...
  10. Facility dan kemudahan kolej semua lengkap dan baru...
  11. Tempat tinggal/kolej sangat selesa .. 1 rumah 4 bilik dan 1 bilik hanya dua orang... (ada internet tau)
  12. Dapat elaun around RM 1960 per semester
  13. Bonus pelajar Sabah/Sarawak/Labuan boleh claim ticket kapal dengan price yang ditetapkan... Paling best student SABAH boleh claim RM 1000 hahahaha!!! 
  14. Kemudahan makanan dan kafe teramat banyak.... ABC, Cendol, Coolblog, kafeteria, Mini mart dan restoran ala' hotel pun ada jugak...
  15. Tangga Menuju Kejayaan Kesukaan RAMAI~~
  16. Exposed dengan life Universiti...
  17. Peraturan bebas sedikit berbanding Matriks dan sekolah menengah~
  18. Malam2 ada jual nasi lemak hahaha!!
  19. Banyak aktiviti2 kolej atau fakulti yang dianjurkan ... So, x la boring study memanjang..
  20. Ada sesi Kokurikulum untuk markah UPU ... 10% beb!!!
  21. Kalau nak tau lagi, MASUKLAH sini hahaha...



Ni tangga kesayangan PALAM!!! a.k.a Batu Caves Floor~


ni bangunan Kolej kediaman~



Ni pulak bilik Tsuji .... Cantek tak?? hoho..



Riadah jogging dan berbasikal huhu....



Santai Kolam ikan~




Ni time berehat jogging kat atas bukit huhu..




So macam mana nak masuk Asasi PALAM ni?????
              Basically, Asasi PALAM ni memang jadi tumpuan pelajar2 sains dari seluruh MALAYSIA as it comes as second place selepas asasi UM (PASUM) .... cuma, asasi PASUM limitkan pelajar mereka around 100 students for both life and physical science ... Kalau Asasi PALAM memang diorg terima banyak sikit la sebab sambutan yang memberansangkan setiap tahun ... Dalam beratus-ratus ribu pelajar yang mohon hanya 3000 lebih je yang terpilih dan takde temuduga macam PASUM okay .... Requirement Pulak tinggi sikitlah drpd requirement Asasi2 Universiti lain .... 

  • Asasi sains Palam requirement dia 2 A- dan 2 B+ for science stream subjects (Add Maths, Physics, Biology and Chemistry)~ Tapi Modern MATHEMATICS kena A jgk tau... hahaha... sebab dah betul2 terlebih basic maths dah tu... Add maths tu basic maths utk asasi nanti.... 
  • Asasi Kejuruteraan pulak requirement dia 2A- dan 2B+ dalam mana2 subjek seperti Add Maths, Modern Maths, Physics dan Chemistry ...

                       Second step kalau dah lepas requirement, Isi UPU korang Asasi Sains/Kejuruteraan UiTM kat kotak atau pilihan PERTAMA sekali... Insyaa Allah terus dapat masuk sini..... TAK RUGI masuk sini haha... Banyak pengalaman best korang dapat nanti....



        Insyaa Allah ada masa Tsuji UPDATE pasal requirement untuk masuk PALAM pulak kepada yang berjaya dapat TAWARAN PALAM yee..... Semoga Berjaya isi UPU nanti... Bye... Bittaufiq Wannajah~

Jangan lupa tinggalkan komen or sebarang pertanyaan pasal PALAM akan dijawab.. Insyaa Allah~

Jangan lupa follow blog Tsuji k? TQ :)



*~Tsuji Ryuu~*

Wednesday, March 26, 2014

Carry Marks and Final Examination Week!

Snap paper exam hahaha!!!






               Assalamualaikum semua!! Wahhh.... Terima Kasih sekali lagi kepada yang sudi jenguk2 blog Tsuji ni.... Maklumlah mungkin ramai yang tertunggu-tunggu new post dari saya setiap hari tapi tak jugak muncul2 .... Hahaha... Tsuji mintak maaf sangat2 klau x dapat post kerap sangat.. Al-maklumlah... sekarang musim exam lebih2 lagi final exam for my final semester kat Asasi UiTM  ni.. So, effort kena banyak ckit la berbanding last semester kan .... Walaupun result last semester tak sgt memberansangkan from the others, tapi Tsuji masih tetap bersyukur dengan kudrat yang Allah bagi buat Tsuji untuk berdiri sama tinggi dengan rakan2 daripada sekolah2 SBP dan MRSM majoritinya.... 


                 So, apa yang Tsuji ingin cerita dalam entry kali ni? Tengok tajuk pun dah tau kan?? hahaha.... actually carrymarks yang Tsuji dapat tak lah setinggi mana pown berbanding ngn classmate lain... result diorg lagi gempak kowt ... Maklumlah, dekat2 final ni semakin banyak event and aktiviti nak kena pikir n handle ... Hidup dalam organisasi memang macam tu lah banyak dugaan dan halangan yang akan kacau sikit masa study.... Once again, walaupun sibuk dengan aktiviti2 Sekretariat Mahasiswa Asasi dan aktiviti2 Kokurikulum yang lain, Tsuji tetap boleh buat yang terbaik dalam Test dan Final Exam ... Although some of my quizes scores didn't go so well dan menyebabkan markah carrymark certain subjects kecundang sedikit hahaha... Whatever it is.... always STUDY SMART and never STUDY SMART!! That's my principle haha..


CLAP!!! huhuhu ... :P



             Ni merupakan antara2 result test 1 and quizes sepanjang pengajian kat asasi ni .... Well, kenalah revise balik kan kertas2 ni sebelum final.. takot2 kluar soalan yang sama walaupun probability untuk keluar lagi adalah rendah.. huhuhu ..



SPOILER ALERT : Jangan tengok markah saya!!! hahaha ....


                HAHAHAHA... Mesti korang semua gelakkan Tsuji tengok markah rendah2 tu .... Actually ada yang bukan paper Tsuji kat situ hohooho... Mana boleh papar semua results kan... Jatuhlah saham I nanti.... haihhhh ... Untuk markah carrymarks semester ni, setakat ni Tsuji hanya tau markah Maths and Physics je (HMMMM... Syukur dapat 40 keatas) ... markah untuk subject lain tak tau lagi walaupun skrg dah start final exam kan... Maklumlah.... Test start lambat ckit ... hehehe ... Syukur jugaklah pihak asasi bagi tangguh kami2 yang SMA super dupper busy pada bulan tu mengurus 3 event streak dalam bulan tu ... Hah! Ambik ko langsung xde masa nak belajar for quizes, Test and Final especially!! Memang hadaplah kertas2 quiz tu dengan otak yang kosong xde revise apa2 langsung ... Berkat kesungguhan dan fokus dalam kelas je lah yang mampu menyelamatkan dari kesengsaraan tu ... cewah ayat ... Apapun, kita MPP ke, SMA ke, Atlet sukan ke, tak kira sesibuk mana pun kita jangan lupa study tu penting .... So, korang2 yang x ikut apa2 langsung aktiviti Universiti tu bersyukurlah dengan masa kosong yang korang ada untuk study yee.... ececeh ... acah2 nasihat plak ....


Ni Our first Paper for final... Hari Isnin tu~ Alhamdulillah SURVIVED!



Ni pulak paper Bio which is second paper for final ni... Baru je jawab tadi petang.... 


       Time tengah2 jawab soalan bio kat exam hall tu... tiba2 terserempak ngn soalan ni .....



OMG!!! Soalan pasal HCG hormone!!


           Yes ... Mungkin ada yang pening kepala jumpa soalan ni... Syukur pada Allah tak sia2 Tsuji baca buku Biology Campbell tebal beribu-ribu muka surat tu akhirnya berbuahkan hasil ... Nasib baik pernah terbaca pasal HCG test untuk perempuan awal kehamilan ...  Overall soalan boleh dikatakan Alhamdulillah takde soalan yang memberi tekanan sangat untuk dijawab .... Mungkin berkat doa2 sahabat2, guru2, lecturer2 dan family kowt haha... Alhamdulillah ...


            Exam week masih belum berakhir ..... Subjek yang masih belum dijawab ialah Physics, Chemistry, English and Islamic and Science (CTU087) ... Wish me luck!


#~TSUJI RYUU~#

Friday, March 21, 2014

Senarai Course UPU saya!! (FASA 1)


sekadar gambar hiasan je :3


                    Assalamualaikum semua .... Salam Jumaat dan salam study week buat budak2 PALAM ye... Maklumlah kitorang budak2 asasi PALAM ni tengah study week sekarang .... Hahhh??? Tak tau Study week ???? Ish3 .... Hebat sungguh korang ... Ni mesti kes x pernah jejak Universiti ni kan? hahaha... takpe ... Ni ilmu baru untuk jadi BUDAK U nanti hahaha.... Study week tu kira gap seminggu before final exam ... study week tu lah korang pulun habis-habisan recap, revise, rewrite, reread ... eh semua nak sebut haha... lebih kurang yg macam tu lah... Tanggal  24-MAC-2014 ni kitorang bakal menghadapi paper pertama iaitu jeng .... jeng ... jeng ... TADAA!!! Paper MAT097 .... Mathematics for Foundation II ... Ni subjek memang full dengan basic calculus ... Kalau Differentiation/Integration SPM pun tak lepas..... Jangan Harap kau survived duk belajar benda ni haha... (Melampau sungguh) ... Actually kalau belajar boleh jeee ...Haiiyaaa.. Ni dah masuk cerita pasal Final Exam ni .. Maklumlah dah lama update blog yang semakin usang ni .. tapi alhamdulillah adaa jugak orang singgah berkunjung.. Terima Kasih yang sudi membaca balik2 isi2 kandungan blog ni sampai muntah wuahahaha.. (Kejam!)


Evil Laugh lol..


                    Seperti yang korang nampak dalam TITLE diatas, mesti dah boleh agak kan entry untuk kali ni .. Yup!! memang ada kena mengena dengan UPU ni ... Well untuk student2 Matriks dan Asasi under kelolaan KPM kitorang wajib isi UPU dua kali first sekali ngn pembukaan UPU for SPM and STPM setaraf and FASA 2 bulan jun nanti tapi around 1 week je ... so kena bertindak cepat laa time tu kan... haihhhh ...

Okay... First of all, Tsuji dah siap isi UPU untuk semakan kali pertama haha ... masih pening2 nak letak kos apa... memang minat pada engineering ... tapi minat dgn sains hayat juga tidak dapat dipisahkan dengan naluri haha ... Nah.. korang tataplah puas2 yeee.. hehe ..


Screenshot one of my UPU pages (Course Listing)

                     
                      Lepas tengok program2 yang Tsuji apply mesti ada yang nak tu ... nak ini kan?? haha ... especially terpampang "DOKTOR PERUBATAN" tu ... Mungkin ada yang tertanya2 kenapa Tsuji ambik Medic juga??? Bukan Tsuji minat Engineering ke??Well there's 2 factors Tsuji kena pertimbangkan ...

First : Semenjak daripada SPM lagi BIOLOGY merupakan subjek yang paling senang bagi Tsuji laa every each terms and concepts akan senang masuk .... and boleh relate dengan jenis penyakit .... Nampak tak kat situ? Memang setiap test or quizes akan score subjek ni ...

Secondly : Mungkin ada yang antara korang tak tau yang Tsuji ni first son and also the first child in my family.. So .. All responsibilities lies on me .. including getting a good academic background, vast religion knowledges and macam2 laa... Perhaps, I think my mom pun nak saya jadi Doktor perubatan ni... I just can feel it .. Biasalah anak sulung kan .. Kalau ada rezeki dapat doktor mungkin dah ketentuan Allah .. sape tau kan? Tsuji hanya mampu merancang .. Allah lebih mengetahui ..


                        As you can see ... Tsuji hanya letak 1 doktor perubatan untuk Research University and 1 for ordinary IPTA ... Yang lain mostly akan letak engineering ... tapi not ordinary engineering jugak tau... engineering yang ada aplikasi sains hayat jugak ...  Mungkin Tsuji akan ubah lagi listing ni untuk tambah Biomedical Engineering sebab mereka juga kerja kat klinik2 hahaha.. kata lecturer, biomedical engineer ni jadi doktor kepada machine2 .. lol .. lawak.. siyess lawak .. Walau apapun result yang Tsuji dapat nanti, kita just keep belajar, perbanyakkan Istikharah agar Allah bagi yang terbaik untuk Tsuji ... Dapat apa2 pun tak kisah asalkan masih dalam bidang dan lingkungan minat Tsuji ... So, doakan Tsuji dapat yang terbaik okay?


      Terima Kasih jadi pembaca setia blog TSUJI ... Love you guys! LOL  ..
Kalau ada komen atau pandangan yang ingin dikongsikan, jangan segan silu untuk berkomen okay? Bye..
Assalamualaikum ...

"Bittaufiq Wannajah fil Imtihan.. Insyaa Allah Mumtaz... Man Jadda Wajada ..."

~TSUJI RYUU~
Scientist Wanna be~



Saturday, March 1, 2014

Ujian Meramal Kematian Seseorang Pada Masa Akan Datang~

                   




                    Hai semua!! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera …. Entry kali ni Tsuji nak kupas tentang isu Saintis barat menemui penemuan yang sangat MENAKJUBKAN … Well … We can say it is an AWESOME finding..  Apa yang sangat HEBAT tu? Hahhhh!!! Jeng.. jeng…… jeng.. ….. “Meramal Kematian Seseorang” … Meramal ???? adakah ini kena mengena dengan sihir??? Atau sama dengan ramalan hebat Nostradamus yang sampai sekarang famous dengan ramalan pasal 2012?? Hahaha.. Sabar dulu cik abang oiii…. Ramalan yang dimaksudkan kat sini ialah membuat Ujian dahulu terhadap sampel sel2 atau “bio-compound” seseorang tu untuk dianalisa dan diamati akan perubahan2 kuantiti atau bilangan  pelbagai jenis bahan kimia didalam sel atau tisu itu sendiri~





                            
                         Itu baru penerangan serba sedikit pasal “Death’s Test” yang ditemui para saintis ni … Kalau masuk lebih dalam mesti korang lebih pening kan? Takpe laa… I will try to make it more simple and easier to understand hehe.. Firstly, Apa yang korang tau pasal “Ujian Kematian” ni? Jom kita selidik dengan lebih mendalam ……. Let’s Go!!



Countdown to the DEATH

                           Ujian ini selalunya memerlukan saintis berkepakaran dalam bidang perubatan dan Biologi Molekul . Tetapi jangan salah paham pulak yee… Pembedahan tidak akan dan tidak pernah dilakukan … Mostly diorang hanya ambil sample darah korang untuk dianalisa kuantiti bahan ratusan bahan kimia yang terkandung dalam darah sama ada mengalami perubahan yang pelik atau tidak. Tidak dinafikan juga, setiap sistem di dalam badan mempunyai petanda atau “Bio-markers” atau “antigenic receptors”  tersendiri untuk mengesan kehadiran Pathogen atau benda asing yang masuk kedalam badan . Di samping itu, “Bio-markers” yang terdapat di setiap sel2 atau tissue di dalam badan itu boleh dianalisa atau diselidik jika terdapat perubahan yang pelik pada “receptor” tersebut .


Contoh Bio-marker yang terdapat pada sel tertentu~

     
                 Hal ini sama kaitannya dengan darah. Sepertimana yang kita tahu, sel darah merah kita juga mempunyai “bio-markers” tersendiri iaitu yang akan menentukan jenis darah kita sama ada darah A, B, AB atau O . Saintis membuat kajian akan perbezaan kondisi sel darah orang yang masih hidup dan sel darah daripada orang yang sudah mati untuk menjangka kematian seseorang itu. Tambahan itu, Saintis doktor dari Perubatan Molekul di Finland menyatakan Ujian seperti ini belum cukup sempurna dan memerlukan penyelidikan dengan lebih mendalam agar dapat digunakan dalam bidang perubatan khususnya mengesan penyakit berbahaya dalam kalangan pesakit ..~

carta ringkas tentang kesan bio-markers terhadap jenis darah

                Selain itu, "Bio-marker" juga wujud di dalam genetik seseorang yang disimpan dalam bentuk code "codon" yang mengawal peraturan dan tindak balas di dalam sel. Kajian terbaru menyatakan Gene di dalam DNA (DeoxyRibonucleic Acid) mampu meramalkan kadar kesihatan seseorang itu. Namun bagaimana ianya boleh terjadi masih belum dapat dijelaskan dengan bukti saintifik.

                    Namun, jika difikirkan balik, teknologi baru seperti ini hanya boleh mengesan penyakit atau tahap/jangka umur seseorang itu sahaja melalui unsur biologi dan perubatan. Tidakkah kita pernah terfikir, bagaimana untuk menjangka kematian seseorang yang mati bukan daripada unsur penyakit dan sewaktu dengannya? Sebagai contoh :

  •        Kemalangan Jalan Raya
  • -          Keracunan Makanan
  • -          Wabak Flu
  • -          Mati dalam tidur
  • -          Pembunuhan


              Semua yang disebut adalah antara faktor2 yang tidak dapat diramal kematiannya melalui kaedah perubatan dan biokimia . So, walaupun kaedah “peramal kematian” Nampak sangat “limited” penggunaannya, ianya sangat berguna untuk mengukur tahap kesihatan seseorang tersebut dan membantu orang2 Islam memajukan dan merancakkan lagi penyebaran Ilmu dan dakwah kepada masyarakat. Sehebat mana pun teknologi manusia, masih tetap tidak mampu melawan ketetapan takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi. Sedangkan dalam Islam pun terdapat petanda2 fisiologi dan biologi yang menunjukkan ajal seseorang itu akan datang tidak lama lagi.. Allahu Waalam ~


Firman Allah : “Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan.”                                                                                                                
                                                                                                             ( Surah Al Waqi’ah ayat 60)


Firman Allah : “Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”

                                                                                                                (Surah Az-Zumar ayat 30)





Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa anda ke Blog Tsuji~
Jangan Lupa tinggalkan komen atau pendapat anda tentang artikel di atas dan jadilah FOLLOWER saya yang setia~  Arigatou Gozaimashita!


TSUJI RYUU~

Rakan Iklan!