Promosi Menarik!

Saturday, January 18, 2014

Tips Memilih Menara Gading Pilihan Anda for SPM/STPM/STAM, Holders




                   Assalamualaikum semua.... alhamdulillah post Tsuji sebelum ni dapat sambutan yang baik daripada pembaca2 yang cantik2 dan hensem2 macam korang ni hahaha!! Post Kali ini memang akan panjang berjela-jela!!! So takut punggung korang tak "cramp" dan "panas" asyik duk membaca entry yang dah nak macam novel ni.... 



ON YOUR MARK...... GET SET!!!!!!! GO!!!!
                     


                                 Hah! Tau tak esok hari apa???? 20/1/2014 ialah hari .................. jap..jap... jom tanya pakcik GOOGLE jap eh... search ... searchh..... Tadaaa!!! ini lah result dia :

 ~20/Januari/2014 : Jualan no. unik PIN UPU BSN bagi pelajar lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf mulai pukul 12.00 tengah hari~

                                                                (sumber Kementerian Pendidikan Malaysia)


        
                   Okay sebelum tu, Tsuji nak terangkan sedikit pasal pembelian no. pin ni... Untuk pembelian lepasan SPM, memang korang first time la kan beli no. pin tu... So what you guys need to do is go to the nearest BSN center from your home and buy your PIN number for UPU form ONLINE.. What is UPU actually??? hmmm... Tsuji pun dah lupa maksud penuh dia.. Luckily, Once again my Uncle Google has searched it for me!! hahaa.. Thnx to my beloved Uncle Google!! Ni maksud UPU yang sebenar : 

" UPU = Universal Postal Union " (wikipedia)


                   hahahaha..... memang tak boleh harap la uncle ni dah terlalu tua kot nak handle maklumat ... Takpelah... Tsuji pernah terbaca pasal UPU tapi lupa maksud UPU tu University Portal Union eh? tak silap laa.... sebab x banyak maklumat pasal tu.. yang tau pun sebab pernah baca buku motivasi apa ntah... tak ingat laaa... *cover malu*




HUH??!?!?!?!?!?!

LOL!!! Hahahahaha.....





                        Okay ! Once korang dah dapat no. unik PIN BSN UPU tu, pergi ke laman web ni untuk isi borang UPU tu... 


                 "   http://upu.mohe.gov.my/     "



          Lepas klik laman web tu, korang isi la data2 serta maklumat peribadi korang dan RESULT SPM/STPM korang yang cantik tu.. hehehe... yang dapat cemerlang tu tahniah sangat2! Tapi tak semestinya korang cemerlang akademik boleh dapat tempat Universiti yang korang nak senang2... Dia akan kira ikut agregrat atau merit keputusan korang. Which mean, in simplified term, 

Akademik + Kokurikulum = merit !!!


Attention!!! Markah merit untuk UPU ialah 90% Akademik dan 10% Kokurikulum... Event student yang dapat 4 flat pun tak aktif KOKO memang kemungkinan besar akan dipotong oleh Student yang dapat 3.8 tapi KOKO dia full ... You know what I'm saying right?

                  Kalau merit korang rendah, berkemungkinan besar tak dapat UPU la sebab persaingan antara korang dengan student beratus-ratus ribu orang kat MALAYSIA ni rata2 memang PANDAI2, GENIUS, PINTAR dan SEMUA LAHH!!! Malas nak cerita pasal procedure panjang2, Tsuji nak tekankan pasal pemilihan dan kelayakan bidang serta Universiti yang korang nak pilih!!!! Majoriti banyak STUDENT banyak yang tak dapat UPU sebab tak mencukupi requirement bidang tersebut... Yang korang tau isi UPU main HENTAM SOKMO pilih universiti dan bidang yang HIGH RANKING!!! Yesss....  That's your mistake! Kalau yakin result cemerlang gempak serta aktif Kokurikulum tu OKAY LA! Kalau tak? Rezeki dan Takdir Alllah kita tak tau lagi kan... Macam ni, untuk first step korang isi je maklumat peribadi dahulu dan tinggalkan bahagian RESULT SPM/STPM/setaraf tu... Once dah dapat result baru isi.. So korang tunggu la result SPM bulan MAC nanti haha!!



                     Untuk Bab pemilihan Universiti dan Bidang korang, korang boleh survey kat website ni! 

"  https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php?pagefunc=epanduan "



                   From this Portal website, Korang boleh semak requirement untuk masuk Universiti tersebut serta Syarat Khas Program/Bidang/Course yang korang minat atau nak ambik nanti. Kalau dah lepas kelayakkan utama, Alhamdulillah.... Then tengok SYARAT khas Program tu... usually most students yang dapat results average yang tak lepas bahagian ni.. especially untuk program Asasi memang qualification  dia minta memang TINGGI GILA2 tahap DEWA!!!! Lepas keluar result SPM nanti, baru senang nak decide program kan??? UPU tutup 7 April 2014!! so jangan decide lama sangat ye..... 


Owhhhhhhhhh!!!!



Harap2 korang paham yea??

        And lagi satu, Untuk lepasan Matrikulasi dan Asasi PASUM dan PALAM, kita (Tsuji masih Asasi PALAM.. hahaha) akan ada dua FASA.. Iaitu FASA I dan FASA II..  Fasa I kita akan isi details about background and KOKO (Kokurikulum) dan result kita akan direcordkan secara direct kpd Kementerian oleh Pihak Matrikulasi atau Pentadbiran Universiti berkenaan. So result kita tu xyah pikir.. just isi details and pilihan Universiti je.. so jangan lupa tengok requirement juga tau... Most Fasa I, result yang dihantar ialah current Result iaitu keputusan SEMASA... Untuk FASA II nanti FINAL RESULT or Result CGPA untuk Last semester (UPU results) akan dihantar trus kpd pihak kementerian juga. So yang nak ambik medic, pharmacy dan dentistry tu, MUET korang mestilah kena lepas AT LEAST BAND 3 kan? For yang nak jadi engineer and lain2 tu pastikan MUET kena lulus juga... yang penting AMBIK MUET... Fasa II usually around JUNE... so mostly ASASI dan MATRIKS dah habis belajar dah time tu..That time kena beli upu lagi untuk kali kedua dan ulang procedure yang sama.. Thats all.. GOOD LUCK rakan2 semua~





Untuk Mengetahui tarikh2 penting UPU, KLIK LINK DI BAWAH :

                  http://upu.moe.gov.my/web/




JENIS2    PROGRAM :


  • Asasi/Foundation  -  Program ni memang jadi pilihan ramai sebab program merupakan pra-ijazah. Requirement pun HARD la juga.. Program ini memang PACKED dengan silibus2 yang boleh tahan jugak la ... So you better be prepared physically and mentally untuk ambik course ni.. Actually tak susah kalau belajar pun. Disebabkan padat tu yang kena pandai MANAGE masa ckit. Asasi yang diiktiraf untuk UPU bahagian STPM/setaraf nanti ialah Asasi Universiti Malaya (UM) dan Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Maksudnya kalau graduate/habis Asasi PASUM dan PALAM (nama lain Asasi UM dan UiTM)  nanti akan isi UPU lepasan STPM/setaraf .... HAHAHAHAHA... Pening kan??!!! Jangan pening dulu.. Nanti korang paham jugak.. Most IPTA ada program ASASI so korang klik website panduan kemasukan yang kat atas tu, korang akan dapat lebih banyak idea lagi la.. Bidang Asasi akan dapat ELAUN KPT!! Itu yang best..hahaha...

  • Diploma - Program ini memang jadi pilihan student average yang resultnye pun average. Bukan nak merendahkan program ni, cuma student diploma kurang STRESS ckit daripada student asasi yang packed dengan silibus MANTAP. So, kalau korang tak suka belajar laju2, ambik lah diploma! Study + santai ckit hehehe.... requirement untuk program diploma rata2 memang boleh je ambik asalkan kredit subjek teras SPM!!


  •  TAMHIDI - Program ni lebih kurang asasi tapi hanya untuk USIM. So, untuk student yabng memang minat Arab + Agama + Akademik pilihan tuu.... Inilah yang terbaik buat anda. Requirement pun so too bad laa..lebih kurang Asasi juga... 


  • Ijazah   -    Program ni untuk hanya lepasan STPM dan setaraf!! Apa yang setaraf tu?? Maksudnya student lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi UM dan UiTM also STAM akan mohon program ijazah pertama mereka berdasarkan result "pointer" atau GRED untuk (STAM only) yang mereka dapat sepanjang pengajian mereka. So orang lepasan SPM takyah pikir banyak pasal ni dulu... Pikir pasal tiga kat atas tu dulu... hahaha...

  • Politeknik    -  Hah! sebelum terlupa.. Untuk sesiapa yang malas nak pegang buku 24jam seminggu tu.... ni lagi sesuai untuk korang yang lepasan SPM... Kenapa???? sebab politeknik ni mostly penuh dengan kemahiran dan kerja. So yang malas hafal buku2 tebal tu memang sesuai la untuk korang.. GOOD LUCK!










TIPS MEMILIH BIDANG/UNIVERSITI
                 
                   
                        Mesti banyak dah yang pening pasal nak pilih Universiti ni kan? Takpe.. jangan risau ... bagi yang dah punya cita2 rancang dari awal lagi nak masuk U itu, U ini lah.. teruskan... Yang masih tersangkut kat padang jarak, padang tekukur ni.... klau masih terhuyung-hayang tu, jom ikut tips ni!

  1. Pilih bidang Ikut Minat dan Tentukan Universiti yang diingini then SEMAK requirement!!!
  2. Bidang yang anda pilih tu mestilah sesuai dengan kerjaya/cita2 anda nanti!
  3. Kaji selidik pasal Universiti (Fasiliti dan Penginapan serta Yuran)
  4. Pastikan anda lepas syarat am dan KHAS program berkenaan.
  5. Paling penting ialah letak tanda setuju untuk soalan kita akan menerima tawaran lain selain daripada diatas...
  6. Pilih program mengikut prioriti. Program no. 1 yang anda pilih akan dipertimbangkan dahulu.
  7. Bincang dengan ahli keluarga akan keputusan tersebut dan minta pendapat mereka.
  8. Tanya diri sendiri, adakah anda bersedia ambil program tersebut.
  9. Sebaik-baiknya buat solat istikharah!
  10. Akhir sekali, doa, usaha dan tawakkal.. Insyaa Allah anda berjaya dapat UPU nanti..

                    Hah! mudahkan tips ni... Insyaa Allah anda boleh! So, kalau dapat tawaran nanti, kena sedia fizikal mental masuk ke alam Universiti la ye... Kena belajar jimat cermat, berjauhan dengan ibu-bapa dan yang paling penting kena pandai BERDIKARI!!! Berdikari kat sini x semestinya dari segi sara hidup, tetapi juga berdikari dari segi PELAJARAN! Kat Universiti nanti takde sesiapa yang akan tolong melainkan anda yang tolong diri sendiri... so SELF SERVICE... NO COMPLAINING!!!!


Abaikan yang ini k?

                   Lastly, post ini Tsuji edit balik lepas dapat ilham sikit daripada Program MMG hari tu.... Maklumlah SMA sibuk dengan tugas2 mengurus pelajar yang dianggap anak ikan emas patut dilayan la kann.... Mungkin some of the infos kat atas tambahan daripada Program MMG hari tu huhu..

     oKAY LAH!! Tangan Tsuji dah penat, BENGKAK menaip hhahaha!!! I wish to all of you GOOD LUCK!! Dan doakan TSUJI pun dapat result UPU juga untuk IJAZAH nanti... Aminnnn...Next week dah ada Test 1 ni... Jom sama2 kita berjaya kerana Allah~ Bye..Assalamualaikum~

 
JANGAN LUPA FOLLOW DAN KOMEN YEE.... SYUKRAN!


TSUJI RYUU~


Popular POST ALL THE TIME!! :






Jangan lupa komen dan Follow Blog Tsuji!!


4 comments:

Anonymous said...

kene beli pin 2 kali ke ?

Unknown said...

Untuk Lepasan Asasi UM/UiTM dan Matrikulasi ya beli dua kali... untuk fasa 1 dan fasa 2~ :)

Cahaya said...

kenapa x boleh bukak page link upu atz ni?dy kte google chrome could not find this page

Unknown said...

Maaf atas kegusaran yang berlaku.... Setelah diselidik, Laman sesawang UPU mengalami "system down" skrg... Mungkin awak boleh lawat pada hari yg lain :)

Post a Comment

Rakan Iklan!