Promosi Menarik!

Friday, January 17, 2014

Perbezaan Student SBP, MRSM dan Cluster berbanding STUDENT sekolah harian biasa/agama

                   






                                 Assalamualaikum semua … Especially kepada guru2 and student2 sekolah rendah, menengah mahupun yang dah bergelar MAHASISWA di IPTA/IPTS dlm dan luar Negara.. Hah! Kalau Korang perasan ini post kedua dalam seminggu berturut! Yeah! Alhamdulillah ada masa untuk lepas geram nukil IDEA yang terbuku dalam otak ni… Semalam Tsuji tengah lepak dengan member2 HOUSEMATE cerita2 pasal politik lah… BUT!! Sebelum tu, Tsuji ada berkongsi pengalaman masing2 dengan housemate sorang yang cute dan macho ni… hahaha BERABIS pula aku puji dia… *Saje nak usha dia hahaha* jangan marah ek ? During that conversation, kitorang cerita la pasal sekolah masing2.. Dia dahulunya student top juga kat sekolah SASER tu oppppss terlepas!! Haha… Yes… He come from one of the GREATEST boarding school in Malaysia. And I just come from Normal Arabic Private School … Bukan boarding school mcm SBP and MRSM okay? Sekolah biase je.. Lagipun sistem pembelajaran kat sekolah kitorang pun berbeza dengan sekolah harian biasa walaupun sekolah Tsuji dulu dianggap sekolah Harian juga.





                      Persoalannya sekarang, kenapa ramai student keluaran BOARDING SCHOOL seperti MRSM, SBP dan CLUSTER memiliki pencapaian yang teramat significant berbanding rata2 sekolah harian biasa? Seringkali kita dengar, apabila result peperiksaan diumumkan je mesti sekolah2 sebegini yang menjulang NAMA di persada MEDIA2 RAKYAT MALAYSIA.. hanya 1/100 je sekolah harian atau agama yang dapat menempah nama sebagai SEKOLAH CEMERLANG di Malaysia. Adakah kerana sekolah itu memang dahulunya memang2 first time buka dah TOP? Tidak.. bukan? Rahsianya ialah sistem pendidikan itu sendiri. Saya tidak menyalahkan mana2 pihak atas dasar perbezaan yang ketara sistem persekolahan di Malaysia ni. Sorrylah mungkin saya terlampau “poyo” sedikit kat sini haha.. Tapi hakikatnya memang begitu kan? Sekolah2 TOP ni smmgnya terkenal dengan melahirkan pelajar2 cemerlang. The most fascinating is…. HOW DID they produced that VAST AND GREAT NUMBER of SUCCESS Students? This is what I got from my SBP friends :



  1.                                 Sekolah kitorang dulu memang padat lah dengan event dan aktiviti untuk pelajar. Dalam seminggu tu mesti ada je Program Motivasi dan Klinik Peperiksaan untuk pelajar.. Paling tak pun event2 penting untuk students
  2.                                Aku suka cikgu2 kat sekolah aku dulu memang rajin sangat buat notes untuk kitorang hafal dan simplified pula tu. Tak perlu la kitorang bertungkus lumus baca buku macam kat Universiti ni. Mostly Pemeriksa/pembuat kertas soalan pula tu.. so paham2lah…
  3.                               Kalau time SPM dulu senang, semua soalan macam dah familiar sebab dah biasa jumpa time klinik2 SPM, Motivasi and Handout yang sekolah beri. Kalau masuk Universiti ni.. Aduuhhh!!! Seksa macam nak mampus…
  4.                                   Hmmm…. Asrama kitorang dulu memang terbaik la… bebas… lantai pun berseramik sejuk2… Facility lain pun lengkap.. Exam memang berlambak lah so soalan2 SPM pn dah terbiasa jawab yang susah2..




             MY FEEDBACK :

            Statement kat atas tu tak 100% ayat sebenar.. Cuma idea yang dilontarkan dan tambahan ayat2 kasar ckit haha.. Bagi students yang lepasan sekolah harian macam kami ni, mostly perkara yang diorg sebut tu memang hampir “impossible” untuk sekolah2 harian laksanakan. Inilah yang dikatakan ketidak-seimbangan sistem pendidikan di Negara kita. Why not sekolah harian2 biasa pun jadi sekolah boarding macam MRSM, SBP dan Cluster bagai tu? WHY MUST BOARDING SCHOOL TYPE EXISTED? Yes…. Apa yang keluaran sekolah2 BOARDING ni rasa kat Universiti, Itulah struggleness yang kami rasa masa time sekolah menengah dulu. Our school mostly jarang buat Program motivasi padat dalam seminggu. Nak buat sebulan sekali pun susah.. selalunya nak dekat musim peperiksaan je. Yang pasal Klinik2 tu pun sama lah.. selalunya yang the LUCKIEST students from sekolah harian je dapat pergi.. Soalan2 ramalan daripada cikgu2 pun tak pernah dapat, apatah lagi exam2 supplement yang berlambak macam sekolah2 SBP dan MRSM… And, dengar sekolah2 TOP ni memang senang dapat scholarships kalau cemerlang.. Cuma kadang2 ada yang tolak scholarships sebagai alasan “x best la”, “x MANTAP la” , “x Vogue la” … Well, have you ever think about us who are dying to get a single scholarship?? Yes.. DYING and DESPERATELY!! Nak apply pun susah inikan lagi offer scholarship.. Memang Untung la korang.. And yang aku bengang ada juga yang tak tau erti syukur dah dpt result straight A tp nak jugak straight A+++++ !!! Ya Allah…. Memang tak reti BERSYUKUR langsung… Memang menyampah dengan depa2 macam ni…





                 TAPI……tak dinafikan juga some and minorities lepasan sekolah2 BOARDING ni memang naturally pandai. So orang2 macam ni memang Nampak cool dan smart la even though masuk Universiti sekali pun.. Sesusah mana soalan kat Universiti pun diorg boleh survive!! TAPI kalau ada sekolah harian yang masih boleh masuk Universiti especially untuk course2 famous macam Medicine, Pharmacy, Engineering tu memang dah kira MANTAP!! Tambahan lagi dapat tajaan JPA atau MARA memang TERBAIK la kan.. bukan senang nak bersaing dengan student2 BOARDING SCHOOL tu.. Even persaingan antara student2 BOARDING tu pun dah teramat sengit. Belajar dari pengalaman la katakan….. Oklah! Sampai sini dulu entri kali ni…. Sambungan akan dipost kemudian hahaha… malas nak taip banyak2 lol… Terima kasih kerana sudi baca coretan Tsuji yang tak seberapa ni.. Tapi, TSUJI masih bangga keluaran sekolah harian Agama/Arab kerana melalui kesusahan yang diharungi itulah mengajar Tsuji akan erti Kejayaan sebenar.. Alhamdulillah… belajar subjek sebanyak 23 subjek merupakan pengalaman yang bermakna yang tak pernah dimiliki oleh student2 lain... Sekolah kitorang juga mempunyai keistimewaan sendiri iaitu SAINS + AGAMA + ARAB ... huhu.. korang ada? So, kami2 yang datang daripada sekolah2 biasa ni bersyukur sangat dapat ditempatkan di dalam Universiti yang cukup dan penuh fasilitinya.. Kolej kediaman pun alhamdulillah cantik2 ...


ALHAMDULILLAH~



TO BE CONTINUE~


NEXT POST:

  • -          (Tips for Ordinary Schools) Bagaimana ingin melahirkan Modal Insan dan Pelajar cemerlang?
  • -          (Tips for SPM Leavers) Tips memilih Menara Gading dan Bidang pilihan~
  • J        Faktor students gagal kat IPTA/IPTS




19 comments:

Nina Athirah said...

salam. from palam rite? me too. just wanna say my opinion rite here. sy dtg dr sekolah harian biasa dan baru sj dinaiktaraf ke sklh kluster. sekolah harian biasa mmg sukar nak laksanakan klinik,program motivasi tu semua sbb tidak semua yg stay kat asrama. berbeza dgn boarding school ni, dorang mmg da stay kat asrama. so, by hook or by crook, dorang kene jugak attend ni semua. bg student sekolah mcm sy ni, kemungkinan utk pelajar ponteng dr program tu semua ada saje. so kdg ckg akan rasa mcm rugi adakan semua tu. thats y certain student je yg dpt specialities tu semua . just my opinion. no offend =)

Unknown said...

Yup... I got your point there... Tapi ada juga sekolah harian biasa yang "berasrama" atau "asrama penuh" ... berdasarkan entri saya, mungkin saya belum terangkan pasal peruntukkan kerajaan yang lebih cenderung sedikit disalurkan kepada sekolah2 boarding that's why senang buat event2 program sebegitu besar.. and lagi satu instead of buat program motivasi, why not sekolah tersebut ambik inisiatif menanam semangat serta motivasi di kalangan pelajar especially yg juniors.. sebab junior ni la sng dibentuk dan dididik.. bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" hehe.. walauapapun, saya masih observe lagi sistem pendidikan Malaysia ni... so, maybe opinion saya akan berbeza sedikit drpd org lain hehe :)

Unknown said...

Assalamualaikum,

Aku nak bagi pandangan sikit ek. Nway, I'm pointing out my view as a MRSM student.

Pertama, tak semestinya bebudak MRSM senang dapat scholarship. Bebudak MRSM pun terpaksa compete tau dengan bebudak SBP, cluster dan segala macam sekolahlah. Ko tau, ade je budak MRSM dapat 8A+, pegang jawatan as ketua LDP (ketua pengawas la), tapi bila mohon IB Medik kat KMB, permohonan ditolak walaupun anak MARA sendiri. Aku dan kawan aku pun sama ditolak walaupun punyalah berapi-api semangat.

Kedua, kalau tak respect cikgu, tak jadi jugak. Ade je kengkawan aku yang PMR 6A 7A 8A, tapi time SPM keputusan wallahualam sebab kurang ajar kat cikgu.

Ketiga, betul ke asyik-asyik nama MRSM dan rakan-rakan je yang dijulang? Sebab, selalunya aku dengar sekolah biasa-biasa tapi result student gempak yang diwar-warkan.

Keempat, aku tak nafikan yang bebudak sekolah MRSM dan rakan-rakan asyik-asyik 'disuap' cikgu. Tapi ade je terlebeh rajin cari latihan sendiri, sanggup korbankan waktu rehat dan balek lambat untuk jumpa cikgu.

Ni based on my observationla. So, what I can conclude is, maybe the educational system is different, tapi banyak je faktor yang berkaitan yang boleh tentukan samada ko dapat masok u ke tak, atau ko dapat result bagus ke tak. Contohnya, kalo ko buat dajjal kat cikgu ko atau pemalas nak mampus atau ko saje sabotaj kengkawan lain yang ko benci sebab dapat result yang lagi tinggi, nayala SPM ko. Bukankah keberkatan itu yang lebeh penting?

Please follow my blog yang tak femes ni. Yalah, engko pun PALAMIAN kan? Sesamalah berbuat baek kepada rakan PALAMIAN yang lain :) Lepas ni aku follow ko.

rasabagus.blogspot.com

Unknown said...

hahahaha... yup I greatly agree with your opinion... In fact, kitorang sendiri pun tau yang persaingan antara boarding school memang EPIC!! apatah lagi macam kami ni .. *dulu laa.... * hahaha.. Yang pasal hubungan sesama manusia tu memang tak dapat dinafikan event kami sekolah agama pun aware of that thing especially hubungan dengan Allah kan.. Rata2 ramai student consistent sampai ke Universiti memang consistent rajin x kira la dia bdk sekolah boarding atau harian biasa bcuz I'm one of them.. bukan nak bangga tapi hakikat ,,hehehe... Btw, thnx sharing ur opinion... Blog aku pun x gempak juga... just an ordinary blog~ Follow memang semestinya hehe..

Unknown said...

Hehe, cepat ko bertindak ek? Nway, thanks a lot! :)

Unknown said...

hahahaha... mood blogwalking instead of TEST 1 brainstorming hahaha...

Unknown said...

setuju ngan izzah azryna :)

Unknown said...

It's good then you guys also got your own opinion.. I just wanna support those from ordinary school being and behave like a BOARDING SCHOOL student even though they're at normal school.. Thumbs up!

AFIQAH said...

salam saya nak tanya. cara pemeriksa tanda kertas SBP ,MRSM dan sekolah harian berbeza ke??

Unknown said...

wslm .... Rasanya sama je .... sebab pemeriksa xtau pown kertas yang ditanda tu drpd sekolah SBP, MRSM or sebgainya... SEBAB kita guna kod pusat ujian kan... diorg hanya tanda mengikut skima jawapan je.... yang membezakan penempatan students dekat Universiti bergantung dengan markah merit yang student dpt semasa SPM dalam sistem UPU nanti.... that's why la ramai student2 SBP dapat result gempak2... tp rsanya Universiti kdg2 ada quota utk pljr2 yg masuk tu drpd SBP, MRSM dan harian biasa.... sbb unfair la klau SBP rangkul semua tmpt kat Universiti kan~

Anonymous said...

Assalamualaikum..
saya pun dari sekolah harian gak. A'ah ssetuju bebenor apa hang kate.
Rasa rendah diri sangat kalau saya keluar dgn kawan SBP & MRSM saya.

Harap2 saya dapat masuk PALAM. dah isi UPU pon!

Unknown said...

hahaha..... Insyaa Allah ada rezeki dpt la masuk PALAM .... Doa dan tawakkal byk2 .. masuk PALAM nanti semuanya bermula dari 0 balik.. xde dah istilah SBP dan MRSM ni... semuanya kisah lama..SPM tak pandang pown... :)

Da Vya said...

Saya pun bdak skolah agama + arab jgak..insyaAllah akn jd bakal palamian x lama lg..hehe..
Kdg2 tu terasa jgak rndah diri semacam bila berada kt tmpt among the SBP, MRSM.. wlaupun kite cume bdak skolah agama..but soon I realize that skolah agama ada benefits sendiri yg org lain x kn dpt.. like you said senior..
Anyway the thing is well said. :)

Unknown said...

yeah ... dtg dari sekolah mana pun tak kesah .. asal mentaliti diri, mind set semua kelas pertama :)

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Sy pn palamians wanna be.. Bile bace post senior about this topic.. Tersentuh hati kot sb sy pn skola harian biase n result spm.. Alhamdulillah.. Honestly 4 me.. Kt mne pn kite berade.. Sy percaya selagi kite Usaha.. Selagi 2 la Allah bantu kite.. Spnjng dk skolah biase.. Sy bnyk bljr something baru.. N sy rase Ap yg sy bljr kt TIPTOP xde kt skola ternama.. Antara nye.. Bab kena pandang remeh.. 2 Kalis da kot.. Hehe.. But sy sndri x sngka bile dpt masuk PALAM.. Skali lg I'm facing the problem kna pandang rendah oleh mkck2.. But Pngalaman mngjr sy.. Sy wt derk j.. Pekak kn telinge.. Ap yg sy pegang dlm hidup sy.. Kite bljr tuk diri sndri.. So where's the place.. It's not a big deal 4 me.. Just keep struggling.. Sal scholarships.... Ad j stdnt harian dpt.. Ad j yg skul top x dpt.. Sb nye criteria pd stdnt kot.. Hehe.. Not sure about this.. P yg about klinik n semua 2.. Sy sokong..

megatamnan said...

alah sbp pon ada yg amik arab tinggi + subjek agama gak.. sbp integrasi nma dia... wat yg tak mengerti.. ad ja member aku yg amik Sijil Menegah Agama (SMA) even dok sbpi. dpt lagi mumtaz wuishh serammm

Unknown said...

to megat amnan: yup... ada je yg cemerlang .... but 1 in a million haha... skrg SMA mcm dh krg laku... org amik STAM utk tgk level bahasa arab klau btul2 nak smbg bidang agama

Unknown said...

anonymous : alhamdulillah.. teruskan berjuang~

Sobe said...

Cbrn semue jenis skolah berbeze-beze. Alhamdulillah diuji dgn kesukaran. #sbpians

Post a Comment

Rakan Iklan!