Promosi Menarik!

Saturday, March 1, 2014

Ujian Meramal Kematian Seseorang Pada Masa Akan Datang~

                   




                    Hai semua!! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera …. Entry kali ni Tsuji nak kupas tentang isu Saintis barat menemui penemuan yang sangat MENAKJUBKAN … Well … We can say it is an AWESOME finding..  Apa yang sangat HEBAT tu? Hahhhh!!! Jeng.. jeng…… jeng.. ….. “Meramal Kematian Seseorang” … Meramal ???? adakah ini kena mengena dengan sihir??? Atau sama dengan ramalan hebat Nostradamus yang sampai sekarang famous dengan ramalan pasal 2012?? Hahaha.. Sabar dulu cik abang oiii…. Ramalan yang dimaksudkan kat sini ialah membuat Ujian dahulu terhadap sampel sel2 atau “bio-compound” seseorang tu untuk dianalisa dan diamati akan perubahan2 kuantiti atau bilangan  pelbagai jenis bahan kimia didalam sel atau tisu itu sendiri~





                            
                         Itu baru penerangan serba sedikit pasal “Death’s Test” yang ditemui para saintis ni … Kalau masuk lebih dalam mesti korang lebih pening kan? Takpe laa… I will try to make it more simple and easier to understand hehe.. Firstly, Apa yang korang tau pasal “Ujian Kematian” ni? Jom kita selidik dengan lebih mendalam ……. Let’s Go!!



Countdown to the DEATH

                           Ujian ini selalunya memerlukan saintis berkepakaran dalam bidang perubatan dan Biologi Molekul . Tetapi jangan salah paham pulak yee… Pembedahan tidak akan dan tidak pernah dilakukan … Mostly diorang hanya ambil sample darah korang untuk dianalisa kuantiti bahan ratusan bahan kimia yang terkandung dalam darah sama ada mengalami perubahan yang pelik atau tidak. Tidak dinafikan juga, setiap sistem di dalam badan mempunyai petanda atau “Bio-markers” atau “antigenic receptors”  tersendiri untuk mengesan kehadiran Pathogen atau benda asing yang masuk kedalam badan . Di samping itu, “Bio-markers” yang terdapat di setiap sel2 atau tissue di dalam badan itu boleh dianalisa atau diselidik jika terdapat perubahan yang pelik pada “receptor” tersebut .


Contoh Bio-marker yang terdapat pada sel tertentu~

     
                 Hal ini sama kaitannya dengan darah. Sepertimana yang kita tahu, sel darah merah kita juga mempunyai “bio-markers” tersendiri iaitu yang akan menentukan jenis darah kita sama ada darah A, B, AB atau O . Saintis membuat kajian akan perbezaan kondisi sel darah orang yang masih hidup dan sel darah daripada orang yang sudah mati untuk menjangka kematian seseorang itu. Tambahan itu, Saintis doktor dari Perubatan Molekul di Finland menyatakan Ujian seperti ini belum cukup sempurna dan memerlukan penyelidikan dengan lebih mendalam agar dapat digunakan dalam bidang perubatan khususnya mengesan penyakit berbahaya dalam kalangan pesakit ..~

carta ringkas tentang kesan bio-markers terhadap jenis darah

                Selain itu, "Bio-marker" juga wujud di dalam genetik seseorang yang disimpan dalam bentuk code "codon" yang mengawal peraturan dan tindak balas di dalam sel. Kajian terbaru menyatakan Gene di dalam DNA (DeoxyRibonucleic Acid) mampu meramalkan kadar kesihatan seseorang itu. Namun bagaimana ianya boleh terjadi masih belum dapat dijelaskan dengan bukti saintifik.

                    Namun, jika difikirkan balik, teknologi baru seperti ini hanya boleh mengesan penyakit atau tahap/jangka umur seseorang itu sahaja melalui unsur biologi dan perubatan. Tidakkah kita pernah terfikir, bagaimana untuk menjangka kematian seseorang yang mati bukan daripada unsur penyakit dan sewaktu dengannya? Sebagai contoh :

  •        Kemalangan Jalan Raya
  • -          Keracunan Makanan
  • -          Wabak Flu
  • -          Mati dalam tidur
  • -          Pembunuhan


              Semua yang disebut adalah antara faktor2 yang tidak dapat diramal kematiannya melalui kaedah perubatan dan biokimia . So, walaupun kaedah “peramal kematian” Nampak sangat “limited” penggunaannya, ianya sangat berguna untuk mengukur tahap kesihatan seseorang tersebut dan membantu orang2 Islam memajukan dan merancakkan lagi penyebaran Ilmu dan dakwah kepada masyarakat. Sehebat mana pun teknologi manusia, masih tetap tidak mampu melawan ketetapan takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi. Sedangkan dalam Islam pun terdapat petanda2 fisiologi dan biologi yang menunjukkan ajal seseorang itu akan datang tidak lama lagi.. Allahu Waalam ~


Firman Allah : “Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan.”                                                                                                                
                                                                                                             ( Surah Al Waqi’ah ayat 60)


Firman Allah : “Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”

                                                                                                                (Surah Az-Zumar ayat 30)





Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa anda ke Blog Tsuji~
Jangan Lupa tinggalkan komen atau pendapat anda tentang artikel di atas dan jadilah FOLLOWER saya yang setia~  Arigatou Gozaimashita!


TSUJI RYUU~

2 comments:

titan said...

baru aku tahu ni. Best baca.

Unknown said...

Thnx Titan!! Harap sangat informasi dan bermanfaat membacanya :D Share kepada kawan2 yg lain ~

Post a Comment

Rakan Iklan!