Promosi Menarik!

Saturday, May 24, 2014

5 Most Epic Failure Questions Shouldn't be Asked among Typical Malaysian Students! (Part 1)

QUESTIONS ARE EVERYWHERE....






Assalamualaikum dan Salam sejahtera 1 Malaysia kepada rakan2, peminat setia blog khususnya saudara/saudari yang bergelar PELAJAR dan bakal MAHASISWA/WI ...





                  Dalam kesempatan ini, Tsuji mengambil sedikit masa untuk diluangkan bersama sahabat2 pembaca semua khas dinukilkan untuk perangai segelintir remaja2 mahupun pelajar2 lepasan SPM dan yang bakal menduduki SPM tahun ni. 


"Saya nak ambik doktor kat Ireland lah! mesti bestkan? "

"Wei.. Tau tak klau jadik engineer gaji lima angka wooo.."

" Jadi Arkitek mesti bestkan? Kawan nenek sedara sepupu dia cakap jadi Arkitek memang lumayan bro ... "


           Dan macam2 lagi gelagat2 budak2 sekolah menengah Malaysia di zaman sekarang ni ... Saya bukan apa, cuma sedih sedikit mentaliti tahap RENDAH budak2 zaman sekarang yang kuat sangat terpengaruh dengan komen2, FEEDBACK, mahupun ajakan yang tidak munasabah daripada anasir luar khususnya. Apa yang Tsuji ingin terangkan kat sini ialah Pelajar2 kita cepat sekali terpengaruh dengan apa2 yang dicakapkan oleh keluarga, guru2, rakan2 sebaya mahupun senior2 mereka sendiri tentang career ataupun bidang pelajaran yang ingin dipelajari...


                Sebelum saya teruskan wadah perbincangan ni, pertama sekali saya ingin memohon maaf jika "bahasa" yang saya gunakan teramat kasar dan boleh dibahasakan sebagai "kurang ajar" atau biadap ... Ya! Semua inilah yang terbuku di hati saya  melayan karenah junior2 terutamanya yang masih belum ada HALATUJU dan MATLAMAT untuk meneruskan kehidupan yang mendatang.. Apa yang saya maksudkan ialah TERAMAT RAMAI hampir mencapai INFINITY jumlah pelajar yang masih dimomok dek pemikiran KELAS ketiga ... Tentu sekali pemikiran yang belum MATANG dan asyik minta disuap oleh orang sekililing tanpa mahu berusaha mengkaji potensi diri terlebih dahulu sebelum menanyakan pendapat orang lain... antaranya ialah :



1. Bertanyakan untuk minta PENDAPAT senior/Kaunselor tentang bidang yang OKAY!

Saya bagi senario tentang situasi di atas... 

"Assalamualaikum senior, saya dapat keputusan 8A,1B... Agak2nya apa bidang yang sesuai dengan saya? "

"Ada tak boleh bantu saya? Saya hanya dapat 1A,2B,3C,4D je dalam SPM.. Apa bidang yang sesuai ek?"


Korang rasa2 la kan, ada tak senior mampu menjawab soalan diatas dengan tepat yang boleh MEMUASKAN hati si PENANYA soalan tadi? (Sorry, bahasa mula jadi informal..haha) JAWAPANNYA TIDAK!  Dan Kenapa soalan diatas kerap ditanyakan tiap kali selepas keluarnya keputusan SPM? 

Jawapannya adalah mudah sekali! Korang tak tetapkan matlamat korang sejak dari awal bersekolah lagi tentang apa yang ingin anda jadi dalam 5/10/15 tahun akan datang? Nampak remeh kan? tetapi kesannya teramat BESAR!! Saya pasti senior2 korang hanya akan jawab ikut yang awak minatlah ... itu yang terbaik ... Ya ikut yang awak minat, tetapi anda semua langsung tak tetapkan minat masing2 dek hanyut dengan kesenangan dunia.... Macam mna nak puaskan pertanyaan tadi kan? Saya galakkan yang masih belum terlambat tu mula lah ringan kan tangan dan badan untuk rajin "search" kat google atau minta nasihat keluarga/kaunselor untuk mencari bakat/minat korang.. Insyaa Allah soalan seperti kat atas tak akan terjadi lagi ...



2. Bertanyakan soalan bingung akan tawaran yang diterima ..

"Assalamualaikum... saya dapat tawaran diploma in science from bla bla and matriks ... mana yang okay untuk saya ek?"

"Hai semua... Saya dapat tawaran matriks dan asasi ... nak tunggu JPA gak.. mana patut saya pilih?"


               Okay! ni lagi jenis soalan yang ntah macam apa2 je.. Saya bukan nak salahkan individu tersebut... Cuma saya WAJIBKAN tolonglah rajin2  buat research dulu tentang tawaran kos yang anda dapat tu... Tawaran tu takkan datang klau bukan anda yang tiba2 apply dulu kan? Maksudnya anda berminat untuk masuk ambik kos tu dan "sign up"... Takkan tawaran tu dtg jika tidak dimohon dulu kan?... Jadi kenapa masih bingung lagi? Jawapannya semua dalam diri masing2... Kalau korang tanya senior pun, most of them hanya bagi ikut apa yang DIORANG rasakan terbaik bukan tengok MINAT korang... so potensi korang, hanya korang yang  tau dan ukur di badan sendiri.. So, rajin2 kan lah buat research, buat refleksi diri dengan kawan2/keluarga akan kebolehan diri dan Istikharah! Kena pandai berdikari sebelum bergelar MAHASISWA ni kalau tak, smpai ke Universiti la korang takkan berjaya trust me! Korang tgk lah kat mna2, ada tak anak2 cina, india tanya soalan2 typical mcm ni? most of them lebih pntingkan self-development and soft skills dlm mencapai cita2 diorg.. Anak melayu? Sibuk menanyakan soalan yang remeh yang diorg sendiri boleh buat keputusan.. fikir2 kan laa...



3. Soalan/komen tentang negative feedback sesuatu course!

"Assalamualaikum akak2 abg2 senior dlm group ni.. Betul ke ambik course ni xde peluang kerja? Mohon torchlight please.."

"Pakcik Bapak tiri anak buah saya cakap kalau masuk Universiti ___ ni low class and terlampau sosial sangat... betul ek?

"Saya nak ambik bidang ______ .. tapi mak saya ckp xde peluang keje gradz nnti... sedihnyee"


           Macam2 lagilah soalan yang membuat hati saya PANAZZ dengar dan baca soalan2 sebegitu... Lumrah masyarakat sekarang tau mengomen/mengritik/mencaci/mencari kesalahan orang atau sesuatu benda... tak pernah lah nak pertimbangkan perasaan orang lain... yang si penanya ni pula PERCAYA sangat bulat2 komen org2 sekeliling... Walaupun diorg ibubapa,senior, guru korang tak semestinya diorg betul 100% .. Peluang kerjaya atau kualiti pembelajaran bukan terletak pada Universiti tersebut tetapi semua bergantung pada diri sendiri... Pedulikan apa yang orang kata asalkan kamu tau IMPIAN dan HALATUJU korang... Lain orang lain rezeki yang ditetapkan... Ambik bidang sastera klau kamu minat dan score boleh jadi orang berguna jugak berbanding ambik kos kejuruteraan tp jadi budak "dropout" ... jangan hanya kejar course yang POPULAR je mengabaikan minat sebenar korang.. Jangan mengabaikan minat korang hanya termakan tohmahan orang sekeliling.. Kadang2 orang berjaya ni lah bermula dengan pengalaman yang amat perit... Tidak percaya? Cuba baca biography Thomas Elva Edison... baca sejarah hidup Sultan muhammad Al-Fateh.. Apatah lagi Nabi Muhammad S.A.W junjungan besar kita yang menyebar kan islam 1400 tahun dahulu...



Well... cukuplah sampai sini dulu...  Tsuji nak berehat kejap.. Laptop Tsuji dah buat hal taknak tulis entry panjang2... sorry... post ni dah trlampau panjang dan perlu bersambung di entry berikutnya.. Terima kasih kerana sudi membaca... Harap kita sama2 muhasabah diri balik... Sorry klau ada yang terasa...semua diatas hanya ditulis utk tatapan umum ...



To Be Continue........ STAY TUNED!

copyright@TsujiRyuu

No comments:

Post a Comment

Rakan Iklan!