Promosi Menarik!

Saturday, March 29, 2014

Jom Masuk Asasi Sains/Kejuruteraan UiTM Puncak Alam (PALAM)


Gambar Hiasan daripada Alumni PALAM






                                 Assalamualaikum ......... Hai semua!! Welcome to my blog! haha.... Time2 kitorang minggu final exam ni sempat juga update blog kan... hehehe... Actually nak lepas tension sikit la kan....Topik kali ni concern dengan pelajar2 lepasan SPM 2013 .... Hah! mesti ada yang pening kan nak sambung mana lepas ni? Entri kali ni Tsuji nak fokus dengan PROMOSIKAN PALAM!!! hahaha... I mean bukan daerah PUNCAK ALAM tu yang dipromosikan .... Jangan salah faham yee.... Ni bukan iklan cuti2 MALAYSIA plak... What I mean is Asasi Sains/Kejuruteraan Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam... Hah..... Panjang tak nama course ni? hehehe... Bajet glamour laaaa kan! Sape nak puji kalau bukan diri sendiri hehe...




Ni pulak Main Gate UiTM PALAM tau....



                   Biar Tsuji cerita sikit secara menyeluruh pasal Asasi2 yang ada dekat UiTM ni... I mean whole UiTM yang wujud kat Malaysia tau... bukan PALAM je.... Cuma sape yang masuk PALAM ni special sikit laa... PALAM ni kan one of High Class UiTM in Malaysia... Bukan apa... Facility2 PALAM semua masih baru lagi berbanding UiTM2 kat tempat2 lain especially kat SHAH ALAM yang dah memang dah lama jadi MAIN University for UiTM.... Kat UiTM keseluruhannya ada 4 asasi iaitu asasi sains, kejuruteraan, undang2 dan TESL ... So, kat PALAM ni asasi SAINS dan Kejuruteraan je di samping bercampur dengan student2 diploma dan degree .... Memang best laa... jauh dari bandar dan dikelilingi bukit bukau .... Sumpah BEST! Study pun tak tension sangat sebab banyak je flaura dan fauna 360 darjah keliling korang.... Yang lebih BEST kalau pagi2 tu sejuk giler2 dan BERKABUS beb! Fuyohhhh... Macam Genting Highlang nampak! hehehe...... Nak bukti????? Nah .....


ni TROLL drpd Alumni PALAM~



Kabus tebal pagi2 ... weeeeee



Padang Kawad dikelilingi kabus~ Nyaman tidur Zzzzzz


Gambar diambil dari FB student PALAM~


Gambar ni Tsuji ambik time Cuti semester stay sorang2 kat PALAM~




                       Hah! Best ke tak best???? That's why la PALAM unik daripada UiTM and other Universities kat Malaysia ni.... hehehe..... Korang belajar dah macam kat Oversea dah... huhu... (Indescribable Emotion) hoho.... FYI, gambar2 tu bukan jerebu tau..... tetapi kabus ye..... hahaha.... Kat puncak2 bukit kan.. biasalah kabus..... Ada je faktor2 yang menarik kat PALAM ni haha.... Baru intro pasal palam belum lagi masuk course Asasi Sains/Engineering Palam ni.... mesti x sabar nak tau kan?? huhu... Jom jelajah dengan lebih lanjut lagi!!!!!


ASASI SAINS
  • Subjek dipelajari : Biologi, Matematik (for scientist), Kimia, Fizik, English dan Tasawur (Islam dan Sains)
  • merupakan majoriti penduduk PALAM
  • Klau nak sambung ijazah approximately semua bidang boleh masuk..
  • Mostly pelajar sains nampak seperti scientist sains hayat!! lol
  • Ada juga student ambik course ni sbb xtau or blm decide nak smbg apa for degree ...
  • Mostly student ambik course ni sbb nak smbg Medic, Pharmacy or Dentistry


ASASI KEJURUTERAAN
  • Subjek dipelajari : Matematik (for engineers), Kimia, Fizik dan Asas Sistem Komputer (Programming)
  • minoriti asasi PALAM
  • Klau nak sambung ijazah macam limited sikit... namanya pun dah "specific" .. e.g : engineering, programming, sains gunaan dan sains fizikal.
  • Mostly diorang nampak cool ckit... hahaha.. itu budak2 sains cakaplah~ lol
  • Mostly students ambik course ni sebab tak minat Biology??? betul ke?? hahaha...
  • Selalunya santai sikit klau exam.... (ni xsure ni...)




So, Apa benefits masuk Asasi PALAM ni????
  1. Merupakan Asasi tercepat di Malaysia... (Klau x caya try GOOGLE..)
  2. Asasi top selepas PASUM (Asasi UM) .. Palam lagi best kot haha...
  3. Senang diterapkan ke UiTM balik untuk ijazah especially Medic....
  4. Result gempak boleh apply degree Oversea~
  5. Lepasan asasi PALAM boleh masuk semua IPTA di M'sia for degree melalui UPU..
  6. merupakan ikan emas UiTM jugak... Klau gagal time asasi ada harapan ditawarkan Diploma oleh UiTM.
  7. Lecturer yang berpengalaman dan dedikasi .... (Korang ingat Matriks je ada lecturer caring pasal student??)
  8. Jadual kelas/Kuliah kurang packed sikit drpd Matriks... ikut nasib jugak la... haha...
  9. Dikelilingi hutan dan bukit bukau.... Sesuai utk tempat belajar dan riadah ...
  10. Facility dan kemudahan kolej semua lengkap dan baru...
  11. Tempat tinggal/kolej sangat selesa .. 1 rumah 4 bilik dan 1 bilik hanya dua orang... (ada internet tau)
  12. Dapat elaun around RM 1960 per semester
  13. Bonus pelajar Sabah/Sarawak/Labuan boleh claim ticket kapal dengan price yang ditetapkan... Paling best student SABAH boleh claim RM 1000 hahahaha!!! 
  14. Kemudahan makanan dan kafe teramat banyak.... ABC, Cendol, Coolblog, kafeteria, Mini mart dan restoran ala' hotel pun ada jugak...
  15. Tangga Menuju Kejayaan Kesukaan RAMAI~~
  16. Exposed dengan life Universiti...
  17. Peraturan bebas sedikit berbanding Matriks dan sekolah menengah~
  18. Malam2 ada jual nasi lemak hahaha!!
  19. Banyak aktiviti2 kolej atau fakulti yang dianjurkan ... So, x la boring study memanjang..
  20. Ada sesi Kokurikulum untuk markah UPU ... 10% beb!!!
  21. Kalau nak tau lagi, MASUKLAH sini hahaha...



Ni tangga kesayangan PALAM!!! a.k.a Batu Caves Floor~


ni bangunan Kolej kediaman~



Ni pulak bilik Tsuji .... Cantek tak?? hoho..



Riadah jogging dan berbasikal huhu....



Santai Kolam ikan~




Ni time berehat jogging kat atas bukit huhu..




So macam mana nak masuk Asasi PALAM ni?????
              Basically, Asasi PALAM ni memang jadi tumpuan pelajar2 sains dari seluruh MALAYSIA as it comes as second place selepas asasi UM (PASUM) .... cuma, asasi PASUM limitkan pelajar mereka around 100 students for both life and physical science ... Kalau Asasi PALAM memang diorg terima banyak sikit la sebab sambutan yang memberansangkan setiap tahun ... Dalam beratus-ratus ribu pelajar yang mohon hanya 3000 lebih je yang terpilih dan takde temuduga macam PASUM okay .... Requirement Pulak tinggi sikitlah drpd requirement Asasi2 Universiti lain .... 

  • Asasi sains Palam requirement dia 2 A- dan 2 B+ for science stream subjects (Add Maths, Physics, Biology and Chemistry)~ Tapi Modern MATHEMATICS kena A jgk tau... hahaha... sebab dah betul2 terlebih basic maths dah tu... Add maths tu basic maths utk asasi nanti.... 
  • Asasi Kejuruteraan pulak requirement dia 2A- dan 2B+ dalam mana2 subjek seperti Add Maths, Modern Maths, Physics dan Chemistry ...

                       Second step kalau dah lepas requirement, Isi UPU korang Asasi Sains/Kejuruteraan UiTM kat kotak atau pilihan PERTAMA sekali... Insyaa Allah terus dapat masuk sini..... TAK RUGI masuk sini haha... Banyak pengalaman best korang dapat nanti....



        Insyaa Allah ada masa Tsuji UPDATE pasal requirement untuk masuk PALAM pulak kepada yang berjaya dapat TAWARAN PALAM yee..... Semoga Berjaya isi UPU nanti... Bye... Bittaufiq Wannajah~

Jangan lupa tinggalkan komen or sebarang pertanyaan pasal PALAM akan dijawab.. Insyaa Allah~

Jangan lupa follow blog Tsuji k? TQ :)



*~Tsuji Ryuu~*

181 comments:

Unknown said...

huhu..nak msuk PALAM!! <3

Anonymous said...

FYI BUKAN PALAM JE KAT BUKIT...

Unknown said...

hahaha.... nak habis dah bang~ Final exam yuk!

Unknown said...

Owh sorry..... namanya pun dah promosikan PALAM... huhu~

Anonymous said...

nak tanya, asasi sesi 2014/2015 still kat UiTM P.Alam lagi eh ? Ada orang kate student asasi sebenarnya menumpang je kat P.Alam ..

Insan_Terpilih said...

syarat nk masuk palam nie at least 2 A- from 4 subjct nie kn (addmath, fz, kimia, or math)?
asasi kejuruteraan la,, or mcm mne?

ereenmrcn said...

batch 2014/2015 still kat palam, yg depan2 tu nanti uitm nak satukan semua asasi dekat uitm Dengkil, tapi still in progress. Walaupun asasi menumpang kejap, tapi budak2 asasi yang paling bayak memeriahkan suasana Palam ni =)

Nina Athirah said...

nice one tsuji! ni rasa macam nak buat jugak entri utk give more information kat adik2 lepasan spm 2013. hihihi

Unknown said...

betul tu~ Pelajar Asasi yang bnyk beri sumber rezeki kat cafe2, mart n Daniel'z Shoppe haha~

Unknown said...

yup at least 2A- n 2B+ daripada subjek2 sains/kejuruteraan.... tak kesah berapa A awak dapat asalkan merit awak tinggi~

Unknown said...

hahaha.... Buat je.. nanti saya komen hehehe .... Sebarkan legasi PALAMIANS hohoho~

Anonymous said...

Thx tsuji.sya ingt nak ambil asasi sains kat UMS jak..hehe....ada apa2 informasi tntg asasi sains ums?

Unknown said...

asasi sains UMS? hmmm.. x tau byk sangat ... klau masuk asasi UMS or Univ. lain selain PALAM n PASUM x boleh ambik degree tmpt lain :)

Anonymous said...

Assalamualaikum:)
saya ada baca bahagian asasi kejuruteraan...
Apa maksud "minoriti asasi palam"?
Pelajar asasi kejurutrn sikit ke?

Padat tak pelajar PALAM?
Binggung nak pilih antara PASUM atau PALAM dekat upu
:'(

Ano said...

aah pelajar engin sikit jaa. Pilihlah PALAM :) PASUM pun jeles dengan PALAM :D

Unknown said...

ahaha... Thnx for the visit... maksud minoriti? Maksudnya bilangan mereka agak sedikit dibandingkan dgn student sains.. sbgai contoh dengan ratio 3:1 ... From my opinion, dua2 punya asasi pun okay... tp masuk PASUM memang tekanan ckit laa oleh silibus mereka yg padat sdikit dan STRICT... Hope you get what I mean... padahal nanti habis isi UPU keputusan sama je xdak beza pown... yang membezakan UM tu Research Universiti je... Tapi ok la, UiTM mampu bersaing dgn asasi RU hehe!

Unknown said...

bm B+
bi B
agama A-
sejarah A-
math A+
addmath A
lk A-
kimia B
Fizik B+

nak tanye ade tak org result macamnie dapat masuk palam.saya mohon asasi kejuruteraan uitm. :)

sakura girl said...

palam pnting add math n math...so, klau add math A+ tu mhon asasi sains pun mcm bole..same with my housemate skarang nie...dpt msuk sbb add math A+ even subjek lain B...

Unknown said...

saya addmath A je kak haha.tapi boleh ke saye amik sains sedangkan saya tak mengambil bio saya ganti dengan lukisan kejuruteraan.saya nak masuk palam punye asasi kejuruteraan.ade tak org result camnie.haha

Unknown said...

hohoho... Insyaa Allah boleh tu... you know what? My result 6A6B je dulu... my scs subjects Bio A, Chem A+, Phy B+, Add maths B+ and Maths A .... Alhamdulillah PALAM grab me hahaha!!

Unknown said...

Perbanyakkan DOA, dan tawakal (solat hajat, dhuha, and ibadat khusus yg lain) ... Kalau Allah dah set PALAM sebagai rezeki belajar nanti, Alhamdulillah .... Allah knows more~

the channahc said...

tak lupa jugak lori yang kat belakang fsk 1,5. haha
tanpa bdk asasi, tak meriah palam ni.

Unknown said...

wah banyak giler subjek abg amik.average student sini mest 7A kan.tu takut sket.hopefully dapat la.InsyaAllah ade rezeki saya.

Unknown said...

seriously, SPM tak main peranan sgt when it comes to how many A's u got during SPM? Yang penting manfaat yang kita dapat daripada Ilmu yang dicurahkan oleh guru2 kita... Belajar kerana Ilmu dan Ikhlas kerana Allah Insyaa Allah survived dunia akhirat ... Banyak lagi Allah nak buktikan lebih drpd sekadar straight A's during SPM .... nanti masuk Univ./matriks tau la asam garam kehidupan.... x semestinya kita diatas, akan selamanya kat atas and vice versa ~ :)

Unknown said...

hahaha... gerai2 yang baru bukak tahun ni thanks to MPP n UiTM banyakkan lagi food sources~ lol

Unknown said...

average asasi sini mostly 8A-9A from SBP/MRSM/CLUSTER ... Sekolah Harian pun ada jugak ... nanti pandai2lah discover batch korang.. huhu

Anonymous said...

terima kasih bang

Unknown said...

assalamualaikum,,,sy mohon asasi PALAM as my first option,,tp xtau la dapat ke x,,sy mohon asasi sains kejuruteraan sebab mcm abg cakap x minat BIO,,hihu,,,so nk tanya ada can besar x nk masuk cni sebab sy dapat 5A 4B 2C,,,
Quran Sunnah:A+
Maths:A
Sejarah:A
Bm:A-
Fizik:A-
Syariah:B+
English:B+
Addmath:B
Chemist:B
Bio:C+(den malu nak koba)
Arabic:C+,,,

Merit saya dapat 72.78,,,agk2 dapat x masuk cni??huhu

Unknown said...

Waalaikumussalam warahmatullah.... Glad to hear you chose Asasi PALAM as your first choice in your UPU form.. My word is, have a great FAITH and PRAY HARD to Him and only He knows well what's the best for you and for your future.... Jangan sedih kalau xdpt tawaran PALAM... asasi yang lain pun bgs jugak depends dgn how you adapt with your surrounding... Semua yang berlaku ada hikmah :)

Unknown said...

Salam..hai...sy nak tnye.. if result sy 7A 2B.....iaitu B+ for english n B for fizik...ermm still bole msuk ka PALAM? Sy buat pilihan PALAM sbg pilihan pertama. Tq

Unknown said...

huhu thank you for meaningful advice,,,,yeah,,memang da serah kat ALLAH,,,especially dgn result SPM,,ada hikmah,,,semua yang terjadi rahsia ALLAH,,no one can expect,,,,macam result SPM sy,,,and same jgk dgn UPU ni,,:)insyaALLAH kalau takdir sy di sana,,,di sana jua sy akan berada,,:)

Unknown said...

hahaha... like me, I don't expect much time isi UPU dulu dgn result yg sebegitu... Alhamdulillah, Allah gave me second chance to prove once again I can do it.... result SPM tak pntg dah kat Univ. ... Yang penting ur CGPA huhu

Unknown said...

Wasalam..... Insyaa Allah boleh.... macam ramai je yg dpt 7A2B masuk palam.... tp jgn mengharap sgt... sebab persaingan teramat tinggi.... just keep praying REAL HARD dan kuatkan kebergantungan dengan Allah... Insyaa Allah dapat.... Kalau x dpt pun ada hikmah juga :)

Anonymous said...

nak tanya tentang dpt further oversea. ada x biasiswa utk further medic ke uk/ireland after asasi uitm..? how about the min requirements for that? thank for response. nice blog. pray. for. me.

Unknown said...

further medic oversea ada je..... jgn risau... nanti masuk sini akan exposed lebih byk bnda.... tp kena jadi best of the best laaa... get the 4.00 of course klau nak tajaan or biasiswa... Medic dalam Malaysia pun dah maju and qualified by international Medicines Degree .... sbb Malaysia guna sistem UK iaitu MBBS .. :)

Anonymous said...

okok...terima kasih

ms said...

asasi palam memang terbaik! :D

Anonymous said...

salam. mmg btol ke kalu rsult asasi kite gempak bole gi overseas? selalunye, rsult gempak tu mc mane? 4.0? 3.9? 3.8? huhu... tlg inform yek.

Unknown said...

nak gi oversea? plg terbaik dptkn 4.00 ... that's the best and pastikan aktif kokurikulum .... spnjg pgajian korang ada je iklan2 nak study oversea :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum, bru2 ni spm sya 7a2b, b+ admth, b bio. Rasa2nya lepas x nk msuk palam amek kos asasi engine? PASUM sy letak 1st tpi xdapat interview. Then,2nd bru letak PALAM asasi engine. BLeh x? dak asasi engine ada x yg B+,B SPM bila msuk palam?

Anonymous said...

*admth B+,B SPM

Unknown said...

naqibah, boleh post balik tak comment ni? ada something wrong ni... sorry mnyusahkan..

Unknown said...

daripada result awak kemungkinan besar Insyaa Allah dapat asasi Kejuruteraan PALAM tu ... sbb asasi kejuruteraan kira Fizik, Kimia, Maths dan Add maths ... Biologi tak dikira :) Teruskan usaha dan doa byk2 ..

Adiba™ said...

Saya apply asasi kejuruteraan bagi pilihan pertama. A+ both add math and math tapi biology D. Teruk sangat. Adakah kepututusan saya boleh diserap masuk ke UiTM ?

Anonymous said...

saya ade apply palam for asasi sains hayat..I got 8A 1B..unfortunatelly,my b+ is add math?jd adeke potensi saye untuk masuk palam?but palam is my 6th choice in upu..how ya?

Unknown said...

Hye Adibah! Wah.... result awak mantapp utk maths n add maths.... untuk asasi kejuruteraan, biology tak dikira, cuma akan dimasukkan dalam merit UPU ... Physics and chemist dpt apa ek? Insyaa allah awak dpt ... keep praying girl! :)

Unknown said...

Hye Anonymous... Your result Quite good actually.... Indeed, you're qualified to be taken into UiTM Foundation in Science Course ... apapun, teruskan berusaha berdoa dan minta kat Allah banyak2 okay? :)

Anonymous said...

Bestnya kat sini,tp saya rasa mcm saya x layak la T.T

Adiba™ said...

Physics B+ Chemistry B
Saya cuma dapat 6A. Bila abang cakap average pelajar asasi dalah 8-9 A, rasa macam tade peluang haha. Btw, agak-agak bila keputusan UPU keluar ?

Anonymous said...

klu result saya mcam ni ada peluang untuk masuk ke asasi PALAM??

BM A+
BI B
MATH A
SEJ A+
PAI A
CHEM A-
PHY B+
ADD MATH B
LK B+
TK C+

merit UPU 77.82

Unknown said...

berapa bilangan A yg kita dpt sewaktu SPM bukan mnjadi halangan utk masuk Asasi tetapi kualiti belajar yg kita perolehi... Kebanyakkan kawan2 saya masa di asasi mst of them come from SBP n MRSM yg top tp x dpt buat sebaik mungkin di asasi.. Insyaa Allah klau ada rezeki pn dpt jugak... result SPM saya pn 6A6B dulu :)

Unknown said...

mmg best pon... tempat dan pemandangannya sesuai dan menarik utk belajar .. hehe :)

Unknown said...

urrmmm.. maaf ye... awak nak ambik asasi apa ek?

Anonymous said...

maaf lambat reply..saya ambil asasi kejuruteraan PALAM untuk first choice

JAAZ said...

Hello!!! Terima kasih bagi info ttg asasi ni,,
Tp sya nak tnya skit ttg kuriklumnya..kurikulum asasi ni lebih kurang mcm matrix atau lebih mencabar??
Sbb hritu saya check buku matrix dan a-level & tgk kurikulumnya lebih kurang sama.. Ttp asasi pulak mcmna??

Unknown said...

terima kasih kunjung blog Tsuji hehe... secara amnya, kurikulum untuk asasi UM, UiTM, Matriks PST dan A-Level adalah sama cuma mungkin hanya berbeza beberapa subtopik sahaja... Asasi dan Matriks masing2 ada pro dan cons nya.... cuma pelajar asasi akan lebih muda terdedah dan membiasakn diri dgn keadaan Univ. yg terdiri drpd berbagai ragam dan jenis pelajar tidak kira usia... Matriks pula lebih tertumpu dengan kawasan setempat dgn pelajar yg lebih krg je umur mereka... belajar mana2 pn okay .. ada pluang pergi oversea klau usaha MANTAP!

JAAZ said...

Hahahaha thanks for the reply
Saya nak tnya, ramai org cakap asasi lg senang dripd matrix, mksdnya senang dri segi pelajaran, masa atau mcmna??
Ooo klau nak study overseas, a-level bukan lah perkara wajib?
Klau asasi result gempak, still boleh gi overseas??

Unknown said...

sebenarnya klau diikutkn logic sistem kat matrikulasi lebih krg macam SPM diselaraskan mengikut graf ... jikalau ramai yang kepayahan menjawab soalan tahun tu, graphing akan turun... tetapi di IPT tidak.... sbg contoh target utk dpt A ialah 76... so, walaupn hnya sorang je yang dpt A utk subjek tu, pemarkahan ttp tidak akan berubah... that's from my experience.. cuma asasi byk je lecturer support student bg markah walaupn pemarkahan tough! :)

Unknown said...

utk study oversea A-Level dah semestinya jadi pilihan ramai sbb A-level diperakui Cambridge yang diguna pakai di seluruh IPT yang ada di dunia .... cuma ada certain2 Univ. oversea yang accept foundation/matriculation certificate ... cuba check website JPA :)

JAAZ said...

Ooo kalau graphing mcmtu.. Kiranya matrix lg senang laaa?? Hahaahhahahaaha
Lagi satu! Saya nak tnya ttg kokurikulum. Kokurikulum tu wajib ? Boleh x kalau gamti dgn kelas bahasa asing?? Bdk2 asasi boleh x ambil bahasa asing mcm bahasa jepun, cina, arab etc??
Thanks thanks saya akan check website jpa!

JAAZ said...

Sebenarnya saya minta asasi kejuruteraan uitm hahaha tapi result upu x kuar lg.. Pada masa yg sama, saya tunggu result mara & utk mara saya mintak buat a-level. Ada sesetengah kwn dah masuk Kolej persediaan etc, rsa mcm dipinggirkan wahahahahaa

Unknown said...

Assalamualaikum. Betul ke jumlah pelajar pasum dalam 100 je ?

Unknown said...

asasi blm ada bljr bahasa asing laa... kokurikulum tu wajib sgt2 sbb mnyumbang 10% markah Merit UPU... Kalau dpt 4.00 pn x aktif Kokurikulum mmg x jadi juga dik.. kena seimbang dua2 ... belajar apa pn niat krna Allah insyaa Allah success... pedulikan apa org kata... kita yg belajar bkn diorg ... lain org lain rezeki yg diberikan :)

Unknown said...

wslm Nur Shamida .. yup .. setiap asasi kat Pasum lebih kurang 100 lebih je .. cth : asasi sains hayat 100 dan asasi sains fizikal 100 mcm tu.. tp xla exact 100.. so peluang nak masuk pn lebih kecil sbb bersaing untuk temuduga lagi hehe .. ;)

Unknown said...

Owh yeke... Saya baru lepas pergi interview pasum bulan lepas. Hm probability nak masuk pasum maksudnya lebih sikit lah ni. Saya ingatkan jumlah pelajar dalam 1000 lebih.

AZNURUL SALEHA MOHAMED said...

salam , untuk degree ?? hehee

Unknown said...

yup pasum hanya ambik sikit je students mereka... and all of them among the best of the best SPM...

Unknown said...

haha... degree? tak paham laa... maksudnye degree untuk PALAM ke? :)

JAAZ said...

Alamakk ingatkan ada bahasa asing shb saya mmg minat hahaaha kokurikulum tu brpa jam seminggu? Sllnya koku hari weekdays atau weekends?? Saya nak tnya yuran pengajian asasi uitm brpa rm? Thanks tsuji layan soalan2 saya hahahaha

Anonymous said...

boleh list tak perbelanjaan di palam ni, sperti harga buku,mesin basuh,tmpt tinggal dan lain2

Unknown said...

matriks dan asasi xde bljr bahasa asing... klau nak jugak, ambik la A-level utk study oversea.. Klau tak tunggu je utk degree nanti... Untuk Kokurikulum amatlah wajib utk participate sbb mnyumbang 10% merit UPU ... sbb saingan drpd PASUM, matriks dan STPM amat2 tinggi.. even bdk 4.00 blm tntu dpt UPU klau xde markah koku .. Koku biasanya hari rabu petang je :)

Unknown said...

hahaha... terima kasih atas soalannya.. Insyaa Allah dalam masa terdekat ini akan dipost.. stay tuned :)

Anonymous said...

maaf bertanya. saya apply Asasi Kejuruteraan PALAM. result SPM saya
BM A-
Bi A-
PAI A-
Math A
Sej A
Kimia A
Bio, Fizik Kimia B

saya layak tak?
markah merit saya lebih kurang 85.78 macam tu..

Unknown said...

terima kasih kerana sudi baca entri di tengah keriuhan UPU hehe.. apa yang tsuji dapat komen, kuatkan kebergantungan kepada Allah selagi UPU blm kluar .... kot2 korang doa Allah makbulkan... Insyaa Allah ada rezeki, masuk PALAM :)

Unknown said...

Insyaa Allah.. kuatkan kebergantungan kepada Allah... sorry lambat reply.. x perasan awak komen :)

Anonymous said...

Sama sama. Saya cuma nak tahu. Ikut result saya. Layak tak?:)

Btw awak dah habis asasi ke?

Unknown said...

haha.... kalau ikut result ... merit dah okay cukup tinggi .. tapi ada 3 subject awak yang gred tak cukup tinggi .. bio, fizik dan kimia ... skrg2 krgnya B+ ... Insyaa Allah klau ada rezeki awak dapat la PALAM sbb ada second intake tak silap ... yup dah habis ..kitorang baru je dapat final result hari ni :)

Unknown said...

Salam , thankiyuuuuuuu share , hehe .. esok UPU kluar n my 1st choice asasi sains palam ne , ya Allah , dup dap dup dap jantung ne .. mcmna khidupan d palam ne ? Rasa takutt pulak maw mulakan hidup sbgai plajar U ,

Unknown said...

saya baru igt, ramai kwn2 saya yg dpt kimia dan fizik B tp masuk PALAM.... that's the fact ... harap2 dpt masuk PALAM :)

dzainor said...

Salam. Anak saya lepasan SPM 2013 dan ditawarkan masuk asasi kejuruteraan di uitm. Tempat tidak tahu lagi. Saya nak tanya tentang kos pengajiannya . Perlu buat pinjaman mara / pptn atau !!. Mohon pencerahan. Tk

Anonymous said...

Dah dpt twrn upu asasi sains uitm, perlu interview tak?

JAAZ said...

Thanks tsuji! Result upu kuar dan alhamdulillah, saya dapat tawaran asasi kejuruteraan hahaah seronok la pulak XD thanks sbb jawab soalan smua .. Kalau ada soalan, saya tanya lg hahaha :)

Unknown said...

Insyaa Allah dalam masa terdekat ni saya akan post sedikit sebanyak ragam2 studnt palam n tips2 belajar :)

Unknown said...

waalaikumsalam warahmatullah.... untuk jurusan Asasi Sains dan Kejuruteraan UiTM, Semuanya bertempat di Kampus UiTM Puncak Alam.. Kampus ni masih baru dan teramat luas dan besar.. Nanti Kampus ni jadi kampus utama induk UiTM se-Malaysia menggantikan UiTM Shah Alam. Ambik kos ni tak memerlukan PTPTN atau Loan Mara kerana semua pelajar akan diberi elaun rm1960 setiap sem,,,

Unknown said...

Alhamdulillah dapat tawaran asasi di UiTM Puncak Alam .. tak perlu interview .. just accept the offer and here you go... Be a freshmen year at PALAM!

Anonymous said...

Tak perlu nk buat pinjaman..untuk pelajar asasi dan matriks...elaun akan diberi oleh KPT dan akan ditanggung untuk satu tahun pengajian....

Unknown said...

haha.. alhamdulillah ... tumpang gembira dapat tempat belajar yang diidamkan,,, I'm sure you will never regret study there... lepas ni dah tak boleh main2 dah.. kena study betul2 ... kena rajin jumpa lecturer kalau x paham..

Unknown said...

yup betul tu :)

Anonymous said...

Boleh x tukar asasi sains ke asasi kejuruteraan?check upu saye dpt asasi sains uitm..

dzainor said...

Tk. Kerana respon pertanyaan saya. Satu lagi nak tanya selepas tamat asasi dan dpt sambung utk program ijazah berapa tahun dan kos ijazah tu macam mna ?

Unknown said...

Selepas tamat asasi nanti anak encik boleh melanjutkan pelajaran apa2 bidang khususnya sains.... boleh ambik medik, engineering, farmasi, dentistry, ahli kimia dan banyak lagi,,, yang saya sebut tu kebanyakkan sambung dalam bidang2 tu laa... tp klau nak smbg medik, farmasi atau dentistry kna score 3.8 keatas dan score MUET band 3 keatas ... kalau nak selamat ambil apa2 bidang pastikan dia score 3.5 keatas :)

Da Vya said...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah saya dapat asasi sains kat PALAM.
Nak tanya sikit senior.
Erm...masa orientasi tu, ada kena pakai t-shirt putih @ kemeja putih ke? Beli sendiri ke? Or beli dkt palam je?

Unknown said...

urrmmm... rasanya x boleh ... sbb dah masuk dlm sistem UPU ikut merit korang .. cuba try call UiTM ... :)

Unknown said...

owh t-shirt putih tu.. beli sendiri kat luar... klau dah ada xyah bli hehe.. sbnrnya t-shirt tu guna utk marathon x silap... tp kami x guna pn baju tu last year sbb masalah cuaca ... but, just in case, bawak je hehe..

Unknown said...

kebanyakkan ijazah dalam bidang sains 3-4 tahun... tetapi kalau ambil doktor perubatan selalunya 5 tahun :)

Anonymous said...

salam,alhamdulillah sya dpat tawaran ke palam. Sya nk tnya yuran pendaftran sbnyak RM 710 termasuk dengan elaun yang kerajaan bgi iaitu RM1960?

Unknown said...

yeah thanks for the info :) good job senior. hehehe 2/6 ni saya daftar kat palam. insyaAllah :)

Unknown said...

selalunya org byr yuran tu dulu then claim gna elaun balik ... rasanya tggu elaun masuk baru bayar pun x jadi masalah :)

Unknown said...

alright! All the best... jgn main2 yea... Asasi ni tough berbanding SPM ... SPM tu last minit study boleh score :)

Anonymous said...

salam, nak menyampuk..hehe. saya dapat asasi sains..
cer citer semua kos yang kena bayar.mcm yuran pendaftaran... penginapan dan pengajian pon kena bayar jugak kan? bape ek? kalo matrix free huhu..
tp betul ke elaun 1960 bkn 1250 je?

Unknown said...

Assalamualaikum , saya dpt asasi kejuruteraan palam . nak tanya sikit . klau ambik asasi kat uitm , tak semestinya degree kat uitm kan . sbb takut klau dpt degree kat uitm coz tak berminat sgt . hehe . mmg peluang tinggi kan sambung degree kat u lain such as um or ukm . as long as bila isi upu for degree letak u yg kita nak kan and pass the qualification . am i right ?

Unknown said...

actually matrix dan asasi IPTA semuanya under KPM ... yang diorg kata free tu sebab dah ditolak melalui elaun KPT ... elaun sebenar asasi/matriks rm1960 .... tapi lps ditolak yuran pengajian semua tu jadi bersih rm1250 utk mkn minum ... tp utk first timer sem 1, student2 asasi/matriks biasanya akan diminta bayar yuran pengajian dulu sblm pendaftaran ..then boleh claim duit tu guna elaun nnti dan bayar yuran penginapan guna elaun juga ...

Unknown said...

yeah betul la tu.. hanya asasi under UiTM dan UM je boleh mohon ke IPTA lain... tetapi ingat! Persaingan amat sengit sebab akan bersaing dengan students Matriks, STPM, diploma dan STAM for some courses .. nak masuk bidang2 critical kena score at LEAST .... 3.50 keatas ... nak selamat ... 3.80 keatas ... setiap tahun ramai je pointer UPU 4.00 ... semuanya drpd diri sndiri ~ Good Luck!

Unknown said...

Salam. Lecturer kat palam selalu buat kelas ke? Lecturer kat sana okay tak?

Unknown said...

waalaikumsalam .. kelas depends ngn jadual waktu awak akan dpt nntilah.. depends kalau lecturer tu nak buat kls extra sbb takut2 hari yang ada kelas kena public holiday .. Lecturer kat sana semuanya sporting dan galakkan datang personally ke bilik pensyarah untuk bertanya soalan ... cuma students ja malas nak pergi dan tuduh lecturer bukan2 tak mengajar la ... haihhhh ...

Miza said...

study macam mana eh kat sana ? satu kelas berapa orang and macam mana dia bahagikan kelas tu ? mind to share your CGPA ? hehe. Sebab saya nak buat survey sama ada masuk PALAM atau matrikulasi johor. Thanks!

Unknown said...

haha... nah ... serba sedikit info ttg palam .. http://mohdsuhaimi95.blogspot.com/2014/05/info-details-tentang-asasiPALAM.html

my results? haha... Insyaa Allah ... I'm still working on it :)

Unknown said...

oh , okay . thanks a lot for that information . :D hrp2 dpt result yg gempak . aminnn

Unknown said...

Saya dapat asasi sains uitm . Alhamdulillah. Tapi betul ke harga buku untuk 1 subject mahal?

Unknown said...

http://mohdsuhaimi95.blogspot.com/2014/05/info-details-tentang-asasiPALAM.html?showComment=1399899523628#c327914338809770782


baca entry kat link tu..hopefully membantu ... yup buku ada mahal ckit... study mana2 pun kena gna duit sendiri dulu ... then kita claim duit tu guna elaun nanti.. jangan risau ... balas susah payah tu dengan kejayaan ;)

Anonymous said...

oh, bru paham. TQ

_FAIOFFICIAL said...

Assalamualaikum saya dpt asasi sains di uitm palam. Nak tanya pasal elaun . Saya terima tawaran elaun tapi tidak diberitahu akaun bank apa yang perlu saya buka bagi penerimaan elaun . Saya hanya diberitahu untuk menyerahkan dokumen perjanjian tu masa hari pendaftaran . Memang semua akan diberitahu kemudian ke ape? Maksudnya kena buka akaun bank lepas daftar ?

Unknown said...

semua urusan kewangan UiTM melalui Bank Islam .... so better bukak Akaun Bank Islam utk dipermudahkan urusan .. yuran dftr, bank in elaun semuanya melalui Bank Islam~

JAAZ said...

Hello!! Saya nak tanya mengenai kenderaan pelajar... Pelajar2 asasi mmg x boleh bawa kenderaan?? Walaupun motosikal? Ataupun utk sem 1 sja x blh bawak & sem 2 blh bawak?? Okok saya akan cuba yg terbaik utk asasi haahahaha

Unknown said...

Insyaa Allah.. Man Jadda wajada~

Unknown said...

hanya kereta yang tidak dibenarkan.. motor je boleh bawak ..

JAAZ said...

Okayy dan motor tu minggu pertama mmg dh boleh bawak? Curfew pkl brp? Dan motor mmg boleh bawak anytime anywhere ke? Hahaha thanks ^^

Anonymous said...

assalamualaikum. tumpang tanya yah saudara, untuk budak asasi sains, adkah kami gerenti dpat tinggl dlm kolej atau selepas satu sem kami kena duduk dekat rumah sewa ? sebabnya saya ada baca satu blog ni mengatakan kolej kediaman disediakn untuk satu sem saja. betul ke mcm mana ? saya brtnya sbb InsyaAllah saya akan masuk palam bulan 6 nanti. terim kasih !

JAAZ said...

Dan saya nak tnya adakah sahur disediakan msa bulan Ramadan? (:

Unknown said...

waalaikumusalam ... asasi kat palam ni sampai habis pengajian ada tmpt tinggal kolej .... sbb KPT yang sponsor yuran penginapan tu .. bayar melalui elaun korang dpt nnti tu je.. Tahniah masuk palam... study rajin2 tau huhu

Unknown said...

yeah motor blh bawa bila2 masa je ... sahur ramadhan? depends kena alert event2 yang dianjurkan oleh kelab rakan masjid ... kadang ada sahur percuma... mostly student sediakan sahur sndiri.. sbb time sahur x ramai yg bangun..

Unknown said...

Alhamdulillah dapat twrn msuk PALAM.. Dulu dah excited dah mse dpt twrn.. Lps bce ni btmbh excited la pulok.. haha.. Dnga cte dpt 4 flat en.. Tahniah.! Kalo boleh kongsi la tips2 blajo.. Trimas :)

Anonymous said...

alhamdulillah, nasib baik full time dapat duduk dlm kolej. kalau tak, susah sikit :D InsyaAllah. FIGHTING ! terima kasih lagi sekali saudara ^^

Unknown said...

alright! there u go... enjoy ur college life :)

Unknown said...

alright! mmg tgh planning nak buat tips belajar hehe.. stay tuned!

Anonymous said...

salam, sijil2 msa sklh wajib bwk ke? maksudnya klo xbwk pon xpe ke? leceh laa bnyk bnda nk bwk..haha

Unknown said...

wuuu , ma gazehhh aa bro ;)

Unknown said...

tak wajib, but who knows they might be useful time interview or apa2 event yg nak tgk sijil2 tu nanti?

Unknown said...

hahaha.. alright! gud luck! study bagus2 ;)

Unknown said...

salam...abang skarang sambung degree kat mane?

Unknown said...

wasalam... baru lepas habis asasi awal april 2014 tu... insyaa Allah ada rezeki pursue Chemical and Bioprocess Engineering kat UTM ;)

Anonymous said...

Salam..borg perjanjian bantuan asasi tu d mana nak dpt?? @ time pendaftrn nanti bru nak urus?? Please help..

Anonymous said...

nah amik link ni https://online.moe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php..
bca elok2 download semua document ... #peacenowar

Afif Ramlee said...

nak tanya saya dpt asasi kejuruteraan .. kat PALAM .. ada x kedai buku yg jual bku2 psai engineering ni Yang guna VOUCHER BUKU .. mohon pencerahan yerrr ...

Unknown said...

urmmmm... asasi engineering x belajar subject2 engineering sebenarnya.. dia just ajar basic2 physical science and computer science ... kat PALAM tu nanti dah ada jual buku yg perlu dibeli .. xde dijual kat luar ... so, boleh guna voucher buku korang kat situ kalau diterima :)

Unknown said...

terima kasih kerana menolong saya... surat tawaran bantuan kewangan asasi click dekat surat tawaran IPTA/UPU

Afif Ramlee said...

okay thanks ... ermm periksa kat sana dikira mcm mna ya .. tiap2 sem ada periksa???

Unknown said...

setiap sem ada TEST 1, TEST 2 and Final Exam ... TEST tu lbih krg Mid-Term

Unknown said...

wahh..nak masuk palam laa ceni, thanks abam tsuji xoxo

Unknown said...

you're welcome .... dipersilakan ;)

Anonymous said...

sesiapa yg da masuk PALAM...insyaa allah korg akan rase seronok gilerrrr...sye student asasi kejurteraan PALAM 2013/2014....seriusly skarang ni tgh palam sick...rindu sangat dgn palam...suasana die...apartment....bilik...mintak2 nnti degree dpt la kat shah alam...dkat ckit denganpalam...anyway...seriusly...nice picture bro...

Unknown said...

yeah! memang seronok gila masuk palam.. macam study oversea je environment dia... best2 sgt2 dikelilingi flora dan fauna ... waktu riada pn banyak ... mana2 boleh pergi merayau haha... BTW, thnks for the compliment ... ckit je gmbr2 saya dapat kongsikan kat sini..

Afif Ramlee said...

ouhh x bole main2 la klau dah msuk ni .. huhu .. orientasi smggu je kan .. pstu trus blajar la?? cntu???

Unknown said...

yup... ;)

Unknown said...

Assalamualaikum... Saya akan mendaftar di palam pada 1 jun ni... Untuk asasi kejuruteraan... Saya cuma nak tanya sikit.. Masa asasi ade belajar lukisan kejuruteraan tak??? Kalau ada boleh saya bawa siap2 board LK... :)

Unknown said...

waalaikumsalam.. sorry lmbt reply.. asasi kejuruteraan xde lukisan kejuruteraan... dan asasi ni lebih krg asasi sains fizikal je... bljr basic engineering science ... :)

Unknown said...

Halo,
Aku Mark Wilmer, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang
memberikan pinjaman peluang waktu hidup.
Apakah Anda perlu pinjaman mendesak untuk melunasi hutang-hutang Anda atau butuh pinjaman modal untuk meningkatkan bisnis Anda?
telah ditolak oleh
Bank dan lembaga keuangan lainnya?
Apakah Anda memerlukan pinjaman konsolidasi atau hipotek?
Mencari lagi karena kita di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda sesuatu dari masa lalu. Kami meminjamkan dana untuk Individu
membutuhkan bantuan keuangan yang memiliki kredit buruk atau membutuhkan uang
untuk membayar tagihan mereka, untuk berinvestasi dalam bisnis dalam jumlah 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa kami adalah bantuan handal dan penerima dan akan siap untuk menawarkan loan.So menghubungi kami hari ini melalui email:
(Worldwideloaninternational@gmail.com)

DATA peminjam

1) Nama Lengkap: .............................. ............... ..........
2) Negara: .............................. ................ ........... ..
3) Alamat: .............................. ................ ............
4) Kondisi: .............................. ................ ...............,
5) Jenis Kelamin: .............................. ................ .............. ....
6) Status perkawinan: .............................. ............... ....
7) Pekerjaan: .............................. ................ .. .....
8) Telepon: .............................. ................ ..
9) Posisi Saat ini di tempat kerja: .....................
10) Penghasilan Bulanan: .............................. ...............
11) Jumlah pinjaman yang dibutuhkan: .............................. .......
12) Pinjaman Jangka waktu: .............................. ............... ...
13) Tujuan pinjaman: .............................. ..............
14) Agama: .............................. ................ ..... .....
15) Apakah Anda sebelumnya ........................ .........

Terima kasih,
Mark Wilmer

Anonymous said...

Kalau result spm saya
bm A+
Sej A+
Pai A+
Bi A
phys A-
Chem B+
Mm B
Addmath B
agak2 lepas x msuk palam?

talesofzahin said...

assalamualaikum.. nak tanya kalau spm bio dan chem B english C add math E lepas tak nak masuk asasi sains . Saya letak second choice

talesofzahin said...

assalamualaikum.. nak tanya kalau spm bio dan chem B english C add math E lepas tak nak masuk asasi sains . Saya letak second choice

syeefa anonymous said...

tsuji , nak email boleh ?

syeefa anonymous said...

tsuji , nak email boleh ?

Unknown said...

anonymous, result awk lebih drpd sekadar layak... insyaa allah dpt :)

Unknown said...

zahin nazmie, kelayakan utk masuk asasi uitm kena sekurang2nya smua B utk subject scs stream... klau add maths E ssh ... sbb lps ni maths utk higher education lbih complicated and susah berbanding add maths~

Unknown said...

syeefa, saya dah balas email awk.. terima kasih :)

Anonymous said...

assalammualaikum. saya nak tanya. result saya,

BM A+
BI A-
SEJ A
FIZ B+
BIO B+
CHEM A-
MATH A+
ADDMATH B+
AGAMA A

kalau dgn result ni, boleh ke sy dapat untuk asasi kejuruteraan? ada tak pelajar yg masuk asasi kejuruteraan ni markah lebih kurang sy ni? sy takut sbb tak yakin. lagi satu sy perempuan. sbb kalau eng dia akn dahulukan lelaki kan. saya amik aliran sains tulen dekat sekolah. dia utamakan budak budak teknik dulu ke?

Unknown said...

Assalamualaikum. saya dapat 6A2B+1B untuk spm 2014. B+ tu chem and physics . B tu Bi . So better saya pilih asasi sains or asasi kejuruteraan . Sebab yelah kan ramai lagi budak straight A apply and fight for the quota kemasukan . rasanya which one better untuk saya letak sebagai first choice dalam upu and nampak macam ada harapan la nak dapat.

Anonymous said...

nak tanye , lau asasi sains nk future study kat oversea kena bape ea pointer and oversea tu mana je ? thx.

Anonymous said...

Assalamuaalaikum.Saya nak tanya kalau asasi kan dah dapat elaun.Perlu ke mohon untuk ptptn?

Unknown said...

anonymous : bagus result awk tu... doa je byk2 insyaa Allah dpt gak tu.... lgpun, yg ambil kemasukan UPU bkn org, tp sistem komputer... so, dia xtau awk lelaki ke perempuan, asal merit ok, insyaa ALLAH dpt.. :)

Unknown said...

kamarul azril : okay, dr result awk pon dh melepasi syarat kemasukkn... n lg satu, biologi awk dpt apa ek? A ke? klau bio A, disarankan ambik asasi sains :)

Unknown said...

Anonymous : ok, lpsn matrix atau asasi both are accepted to study abroad tp limited sgt tmpt tu.. blh search kt laman web KPM senarai Univ. yg menerima keputusan matriculation or foundation kt oversea... lg satu, lpsn asasi, nk g oversea kna urus sndiri smua... from cri univ smpai ke penaja... smua tu cri sndiri....

Unknown said...

Anonymous : xprlu amik ptptn sbb mmg x boleh amik pon.. just gna elaun asasi je ok :)

Unknown said...

Assalamualaikum. Sy nk tnya, kalau sy apply asasi kejuruteraan PALAM, boleh ke sy apply sarjana muda sains gunaan(geofizik) usm nanti?

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM hello there, admin..just wanna ask a little bit.,as for the 4 major subjects in spm, i got A- for physc, chemist and bio and i got b+ for addmth..and as for UPU, i put asasi sains uitm as my second choice..my question, is there any chance for me to get the offer from uitm(asasi sains) although it is my second option ?? indeed, i really got quite interested in uitm..WASSALAMUALAIKUM

sara said...

Assalammualaikum. From asasi sains boleh furher smbg degree in account or management

sara said...

Assalammualaikum. From asasi sains boleh furher smbg degree in account or management

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya minta maaf soalan saya ni kebudak-budakan sikit. Saya free hair. So nak tanya, boleh ke free hair bila masuk asasi palam nanti?

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya minta maaf soalan saya ni kebudak-budakan sikit. Saya free hair. So nak tanya, boleh ke free hair bila masuk asasi palam nanti?

Anonymous said...

nk tnya kat sana ade wifi free kan ? bole ke main ws ? or wifi dia block ws , wc , fb semua ??

Anonymous said...

Assalamualaikum , cara pembelajaran dkt sana mcm mana eh? lecterur ajar laju tak ? saya nie slow learner sikit

Anonymous said...

asssalamualaikum.sye nk tnye sikit kriteria utk apply asasi kejuruteraan uitm ni ttp sama ke utk sesi 2016.sye pelajar lepasan spm tahun 2015.sye ingin mohon pendapat agak2 result sye ni memadai tak utk apply asasi kjuruteraan.
BI A
BM A+
PAI A+
MATHMODEN A+
SJ A
KIMIA A
FZ B+
BIO B+
ADDMATH B
and result sye ni layak x utk mohon asasi sains?

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya nk tnya mcm mana yuran for whole study asasi kejuruteraan uitm ? Sebabnya saya apply uitm asasi engineering for the first choice via upu. And saya ni bukan dari keluarga yg senang. Takut yuran whole study mmbebankn parent :(

Harap harap admin dapat menjawab persoalan saya

Anonymous said...

asaki keruteraan ni ada kene mengena dengan automobil ke?

Anonymous said...

kalau x ambik sains tulin boleh ke mohon asasi kejuruteraan

Unknown said...

Assalamualaikum ... Maaf lambat balas komen anda semua.. Seperti yg sedia maklum, saya busy ckit ngn study time degree ni haha.. and email pon overloaded sgt so, x perasan notification yg masuk.. Insyaa Allah saya akan balas mana yg saya dpt bantu

Unknown said...

Okay untuk yg tanya pasal kelayakan masuk ke Asasi Sains/Jurutera UiTM ni, apa yg tsuji blh komen ialah result SPM 6A's (Solid)and above insyaa Allah akan melayakkan diri ke asasi ni.. sebab mmg byk persaingan .... lagi satu kat sekolah tu aktif2 kan diri libat Kokurikulum.. sbb KOKO ni mempengaruhi MERIT UPU korg...

Untuk yg bertanya tentang kos2 yg boleh disambung selepas asasi UiTM ni, secara generalnya semua kos BOLEH MASUK! yes.. x tipu ... ada kawan tsuji pon dulu from asasi sains dia minat LAW degree amik LAW sbb dia mnat sgt berdebat haha... So jgn risau laa.. apa kos nak masuk blh je asalkan SCORE time asasi ni.. Jangan main2 ...

Untuk Life time asasi, mmg x dinafikan agak tough sdikit sbb lecturer2 nyaa ada yg jnis bertitle "Prof. Madya" mostly mmg agak strict... So, students kna prepare laa study siap2 sblm masuk kelas... KENAPA? tu korg kna discover sndiri... xnak SPOON FEED nnti... Yang pnting korg kna pndai berdikari susun masa utk sosial dan juga study..

Yuran pengajian kt asasi alhamdulillah x semahal degree... total smua rm600++ jee.. nnti dpt elaun rm2k tu korg bayarlah yuran n dlm tgn akan dapat rm1200++ mcm tu...

GOOD LUCK

Regards,

TSUJI RYUU

Anonymous said...

Assalamualaikum,brapa benchmark merit upu yg paling minimum bg melayakkan diri utk masuk uitm asasi kjuruteraan.sekian

Anonymous said...

assalamualaikum. nak tumpang tanya. selepas habis asasi di uitm, saya bercadang nak mohon um. pointer apa yang akan diambil oleh pihak um? pointer uitm atau pointer upu? mohon pencerahan ye :)

Anonymous said...

Klau dpt 7A2B(BI & Addmths-B) boleh dpt x asasi sains kat palam ?

Post a Comment

Rakan Iklan!