Promosi Menarik!

Monday, May 12, 2014

Info Details tentang asasi Sains/Kejuruteraan UiTM Puncak Alam

CREDIT to : meltechuitm.blogspot.com   (PALAM EveningView)





       Assalamualaikum Junior2 sekalian .... Tak lupa juga kepada Abang2 dan Akak2 Alumni tercinta, Datuk2, Datin2, Tuan2, Puan2, serta pengunjung kerap yang TERCINTA... hehe ....



       Tsuji Ucapkan Selamat Datang dan ribuan Terima kasih kerana tidak henti2 dan tak jemu2 membaca blog entri yang tak seberapa ni ... haha ... Ye laa... manalah tau Tsuji suka syok sendiri kan tulisssssssss je memanjang ... Kang ada yang tetido berliur macam membaca ensiklopedia la plak hihi ...


ZzzzzZZZZzzzzzzZZZZZ lenanya dia tidoooo......


BANGUN!!!!!!


                                                       
Hoookay! Sebelum2 ni ...... Ramai pembaca2 tegar blog ni khususnya junior2 PALAM yang baru dapat tawaran Asasi PALAM ni minta request info yang lebih details sebagai persediaan belajar di PALAM ni... Maklumlah ... Budak2 mentah bergetah lagi manalah tau selok2 belok kehidupan Asasi ni kan ... Kena2 lagi first timer masuk Universiti ... Memang culture shock la jawabnyaaaa.... Kat group HALATUJU LEPASAN SPM dan group Asasi PALAM 2014/15  pun ramai junior2 yang menanyakan persoalan2 yang kerap kali ditanyakan sejak sekian lama .....




" Bayaran Yuran Pengajian dan Kolej Penginapan macam mana ek? Bayar sendiri ke?"

"Life kat asasi ni pulak macam mana? Ada orang cakap susah daripada matriks... Betul ke?"

"Lecturer kat PALAM ni sporting tak?"

"Agak2nya nak ambik medik dan pharmacy nak score at least berapa ek?"

"Lepasan asasi PALAM ni just kena sambung kat UiTM je ke?"

"Kat sini ada kokurikulum dan sukan tak?"

"Asasi Palam ngn Pasum dan Matriks mana lagi okay?"





Dan macam2 lagi laa persoalan yang semakin pelik dan details muncul haha.... kat bawah ni pulak screenshoot soalan2 typical JUNIORS yang nervous teramat sangat nak masuk PALAM ni haha... kadang2 lawak pun ada ... Relax la dik oiiii.... Asasi Palam ni okay je~


Credit to adik ni haha.. Banyak bebeno dia tanya~



Okay from here…. Tsuji akan terangkan dengan details from A to Z tentang life University Students at UiTM palam hihi

FIRST THING FIRST you guys need to know is penempatan pelajar dan program asasi dekat UiTM Kampus Puncak Alam ni Cuma sementara waktu je sementara tunggu Pusat Asasi UiTM Dengkil tu siap.. Kat Dengkil nanti semua asasi akan ditempatkan kat sana seperti Asasi Sains, Kejuruteraan, Undang2 dan juga TESL. So junior2 sekarang dan Alumni2 sebelum ni amat beruntung kerana dapat merasa UiTM Puncak Alam yang terletak jauh daripada kesibukkan Bandar dan juga KAMPUS PALAM ni akan dijadikan kampus induk menggantikan Uitm Shah Alam nanti … Kampus PALAM ni masih baru lagi dan sekarang baru masuk FASA 2 pembinaannya.. tak lama lagi masuk FASA 3 DAN 4 akan ada hospital, stadium, Hotel penginapan mewah, Kolam renang, Library mewah, dan Dewan Chancellor akan dibina untuk dijadikan status KAMPUS INDUK! Memang cantik! Korang try laa lawat2 pelan pembinaan kampus ni dekat bangunan FF1 nanti .. J



PERSEDIAAN MASUK PALAM – allright! Tahniah dapat tawaran ke asasi PALAM ni.. Nak prepare masuk palam ni senang je … Baca surat tawaran elok, surat bantuan kewangan asasi, Panduan pendaftaran UiTM …. Lepas baca highlight semua dokumen yang diorg mintak… kan dah siap! Pastikan masa daftar nanti bawa dan lengkapkan semua dokumen2 penting tu termasuk medical check up ye.. Surat2 yang minta disahkan benar tu paling elok untuk pegawai GRED 40 keatas … sebab kdg2 ada yang mintak pengesahan ketua kampong ditolak KPM.. DAN Last sekali pasal YURAN! Yuran pendaftaran sebaik2nya bayar dulu guna duit korang sendiri melalui akaun Bank ISLAM kepada bendahari Uitm (Kat surat tawaran ada tu) .. Nanti lepas dapat elaun KPT baru dapat balik nilai yang korang bayar tu huhu… And bonus untuk students SABAH/SARAWAK/LABUAN akan dapat elaun Tambang Kapal Terbang dengan syarat bagi je resit rasmi tiket tambang kapal korang kepada Pejabat Asasi nanti.. Pastu diorg akan bank in duit! Hehe… Yang penting, segala kelengkapan ikut je senarai PANDUAN Pendaftaran UiTM~


SEMASA DI PALAM :
MDS – Merujuk dan singkatan kepada Minggu Destini Siswa. Nama lainnya minggu Orientasi la kan! Haha…. Ramai junior2 takut benda ni padahal biasa je pun .. MDS ni penting sbb Abg2 dan akak2 FACILITATOR akan tunjuk ajar tentang peraturan2 di PALAM, ajar lagu UiTM, Steps untuk penyerahan dokumen pendaftaran, Pendaftaran Elaun KPT dan semua laaa… minggu ni memang fun … Korang akan rindu minggu ni sebab MAKANAN SEMUA FREE~ Lepas tu jgn harap la dapat makan free dan sedap2 lagi ye… hehe .. So, dari situ korang akan rasa bersyukur sangat2 sbb Abg2 Faci tu sanggup minta tajaan UiTM provide makanan free untuk kamu … Yang terharunya, diorg sanggup masak sendiri lagi tau… so janganlah MENGOMEN rasa2 makanannya… J



KOLEJ – Sampai kat palam nanti perkara pertama korang perlu settle ialah pendaftaran kolej! So sediakan Surat Tawaran anda supaya time daftar kolej tak lah kepayahan kan… Daftar boleh je sekali dengan kawan2 satu sekolah atau kawan yang anda kenal untuk dijadikan ROOMMATE atau HOUSEMATE huhu… Pembayaran Yuran kolej pula korang boleh tunggu time elaun masuk nanti baru bayar guna elaun tu je ..simple! And lastly pasal kolej ialah kena alert bayaran pendaftaran elektronik okay! Bayar rm10 setiap elektronik/elektrik yang menggunakan elektrik yang dibawa… contoh cas hp, laptop, seterika, dan water heater kebanyakkannya~ Peraturan2 kolej pun disediakan dan wajib dipatuhi tapi tak strict sangat.. Untuk rumah kediaman kolej, ada 9 tingkat . setiap tingkat tu lebih kurang 9 rumah. Setiap rumah ada 3-4 bilik, ruang tamu, 2 bilik mandi dan satu tandas. Setiap bilik ada dua orang penghuni je dan dilengkapi tempat kabel Ethernet … (setiap bilik ada internet okay)



LUAR KAWASAN KOLEJ – Sebaik sahaja anda keluar daripada blok bangunan kolej, itu dah dikira LUAR KAW. KOLEJ Hah! Ini Tsuji amat tekankan sebab Tsuji dulu ahli Sekretariat Mahasiswa Asasi (SMA) under biro Pengangkutan dan Keselamatan. Memang akan deal2 dengan pakcik polis sometimes Tanya info peraturan dan etika pemakaian pelajar. Yang paling penting waktu kuliah kena pakai baju yang berkolar dan berkasut untuk lelaki dan perempuan kena berpakaian sopan dan bertudung (muslimah) . Hari isnin diwajibkan pakai long sleeve + necktie + PVC/SKIN black shoe untuk lelaki sebab hari korporat dan perempuan mostly pakai baju kurung yang sopan .. Luar kawasan kolej juga tidak boleh berpakaian menonjol dan menunjuk aurat paham2 je untuk lelaki dan perempuan… Kalau perempuan non-muslim dibolehkan tidak bertudung dan jangan terlampau sexy. Kalau langgar semua ni, pakcik2 polis yang garang akan saman korang tau! Paling ringan bayar RM50, paling teruk tindakan TATATERTIB DISIPLIN boleh kena buang kampus. UiTM memang strict pasal peraturan. Tu je… nanti akan diterangkan lebih details oleh faci MDS. Setiap lokasi bangunan ada wifi jangan risau la pasal internet hehe..


Kriteria Pemakaian Lelaki (Waktu Kuliah)

Kriteria Pemakaian Wanita (Waktu Kuliah)




NORMA KEHIDUPAN ASASI ~

  • ·         Kuliah start 8.30 pagi hingga 6.00 petang … Tapi ada gap la in between … jangan risau … cukup masa utk korang buat revision, solat, makan-minum, gossip …hehehehe
  • ·         Selalunya LUNCH HOUR cafe2 memang akan penuh hehehe
  • ·         Bawak ID CARD pelajar sekali tau.. nanti kena sama abg POLIS ahahhaha…
  • ·         Pelajar akan dibahagikan dalam Group yang bilangan student lbih krg 30-35 org pelajar.
  • ·         Kebanyakkan students jumpa lecturer kat bilik pensyarah bertanyakan soalan (bdk2 camni jadi cth)
  • ·         Waktu gap akan ada buat revision kat Library and kebanyakkan students waktu GAP naik gi kolej dan jadi ular sawa .. ZZzzzzzzzz (yang ni jgn ikut haha).. ada jugak try nak gi Mc’Donalds adeiiiii
  • ·         Selalunya students tido malam dalam pukul 12.00am – 3.00am itu normal! Klau belajar tu alhamdulillah~
  • ·         Untuk lelaki digalakkan aktif dengan aktiviti masjid/surau dengan solat Jemaah dan ceramah ilmu. Sangat bermanfaat untk santapan rohani. Jangan asyik dok lepak makan je.. Masjid baru pun dah siap..
  • ·         Tengah2 malam akan gi DOBI basuh kain hahaha….
  • ·         Lepak2 umah member gossip sini sana… (NORMAL)

Okay 80% persoalan dah pun terjawab ….. Harap2 la takde yang tinggal kan… jenuh dah menaip ni….. adehhh…. Tinggal buku2 lagi nak terangkan… ni penjelasannya… Selepas MDS, dalam seminggu macam tu ada jual buku2 keperluan anda mengikut program course masing2 … ni senarai buku2 yang patut dibeli ….



ASASI SAINS :

·         BIOLOGY (RM88)
·         CHEMISTRY (RM88)
·         PHYSICS (RM88)
·         MATEMATIK (RM60) – Ini TSUJI tak beli pun… jimat duit hehe.. Fokus time lecture je..
·         TASAWWUR (RM15) – Semester 1
·         ENGLISH (RM40) X 2 – sem1 dan sem2
·         ISLAM DAN SAINS (RM15) – Semester 2
·         LAB MANUAL BOOK X3 (RM30~RM60) – Lab bio, chem and phy
·         Lab coat – (RM 20-RM30)
·         Lecture notes  (subjective) – Tsuji tak pernah beli/print lecture notes sebab too costly biaselah krg berkemampuanbelajar jauh2 plak tu dari SABAH selalunya salin je time kuliah J lecture notes download je kat portal pelajar simpan kat laptop.




     ASASI KEJURUTERAAN :

  • ·         Workbook Computing (RM15)
  • ·         MODUL FOUNDATION COMPUTING (RM30) – sem 2
  • ·         CHEMISTRY (RM88)
  • ·         PHYSICS (RM88)
  • ·         MATEMATIK (RM60) – again … tak disarankan beli haha… Tapi kalau nak buat rujukan boleh je..
  • ·         TASAWWUR (RM15) – Semester 1
  • ·         ENGLISH (RM40) X 2 – sem1 dan sem2
  • ·         ISLAM DAN SAINS (RM15) – Semester 2
  • ·         LAB MANUAL BOOK X2 (RM20~RM40) – Physics and Chemistry
  • ·         LAB COAT – (RM20-30)
  • ·         Lecture notes (Subjectives) – kalau rajin print la Tsuji tak print notes ni just download and simpan dalam lappy je time kuliah Tsuji just focus dan SALIN!


*p/s : sorry kalau harga tu lain drpd yang sebenar.. itu Cuma anggaran kasar sahaja mungkin hanya beza rm 2 – 8 .. Semua Universiti/matriks pun guna duit sendiri beli buku2 dan akan diganti dengan duit elaun nanti … Susah2 dahulu, senang2 kemudian … So, belajar biar pulun 4.00 … so korang akan puas duit beli buku tu tukar jadi kejayaan! Inilah cabaran korang menjadi MAHASISWA university… IPTA/IPTS lain mungkin lebih mahal bayarannya~




KEISTIMEWAAN MASUK ASASI UiTM PALAM

  • Lecturer yang sporting dan baik hati macam kat matriks.
  • Lecturer muda2
  • nak jumpa lecturer x perlu buat appointment... digalakkan pergi bilik pensyarah lagi...
  • Facility lengkap dan high class
  • cafe berlambak dan makann sedap2
  • banyak event dan program dijalankan khas untuk pelajar asasi
  • aktiviti kokurikulum yang aktif
  • klinik2 subjek kritikal sebelum exam dijalankan untuk membantu yang lemah
  • jika gagal exam akan ada exam supplement untuk beri peluang (bukan seperti Univ. lain  yg trs menerus buang /tendang pelajar keluar asasi)


Setakat ni tu je la Tsuji dapat share... Lappy dah x boleh truskan lg menaip hahaha... dah  berat bebeno dah ni hahaha.....




COMING SOON ~ Tips study ASASI/MATRIKULASI (Newbie/Intermediate)
                             ~ Perkara yang pelajar tak ambil berat ketika di IPT



Post Berkaitan : 



36 comments:

Anonymous said...

how about shoes for girls? mmg kna yg bertutup ker?

Unknown said...

shoes for girls boleh je high heels .. masalahnye, laratkah anda pakai tumit tinggi turun naik tangga 300 lbih anak tangga setiap hari?? hahaha... pakai sneaker je lagi ok ...

BaLqiS said...

Assalamualaikum.buku2 tu senior ada yg nk jual x?

Unknown said...

wasalam ada... cuma nombor pin assignment mastering dalam buku x valid dah unless klau dia belum guna... tapi mustahil laa... smua student guna buku tu utk on9 mastering ..

Anonymous said...

Camne nak byr yuran pendaftarn? Bayar msa daftar or bank in?

Unknown said...

Yuran Pendaftaran bayar melalui ATM atau pejabat bank islam (guna cek deposit) ... dan students UiTM disarakan buka akaun bank Islam utk memudahkan urusan pemindahkan kewangan bendahari UiTM ... masa daftar tu utk pengesahan surat tawaran dan dokumen2 terlibat je..

Anonymous said...

As salam..senior,saya nak tanya adakah setiap salinan sijil2 pengesahan perlu dicop setiap satunya or hanya cop pada satu salinan then potostat bnyk2?satu lagi,masa nak byr yuran pengajian kat bank perlukah kita membawa apa2 dokumen?

Unknown said...

nak tnya, buku2 tu include dalam yuran yg kita kena bank in tu ke? or buku2 tu bayar pakai duit lain?

Unknown said...

wassalam ... pasal dokumen yang minta pengesahan tu perlu dicop setiap satu... sebab saya pernah buat dulu diorg dapat detect itu cuma phostostat je ... sebaik-baiknya cop semua untuk elak masalah nanti ... pasal bayar yuran pengajian.... Bayar kat Bank Islam terdekat .. Bawa sekali surat tawaran yang mengandungi no. akaun bendahari UiTM .. dan dokumen2 diri sebab nak bukak Bank Islam sekali kalau blm ada :)

Unknown said...

buku2 tak include dalam yuran dik ... that's why saya list down kan semua harga2 yang buku yang wajib dibeli nanti ... semua IPT kat malaysia asing yuran buku dan yuran pengajian .. that's why kerajaan buat voucher buku utk student IPT.. :)

Unknown said...

assalamualaikum..sya dpat uitm palam..adakah pendaftaran online yang perlu d buat bg kemasukan uitm palam nie??..sbab kwan sya ada membuat pendftrn scara online melalui e-daftar.tapi dia masuk u lain(unimas)..jdi sya mahu tnya bg kemasukan uitm palam nie,adakah pendaftaran online yang perlu d buat??klau ada,mcmna cranya?

Unknown said...

Waalaikumusalam... Alhamdulillah ... congratz! kalau dah dpt offer tak perlu register la... nama korang dah ada dlm sistem based on UPU's data ... bayar yuran awal2 melalui Bank Islam terdekat (bawak surat tawaran sekali), dtg hari pendaftaran dgn dokumen2 penting yg diperlukan serta dokumen dan surat perjanjian bantuan kewangan asasi KPT nanti .. ;)

r0ckza Dila said...

Assalamualaikum... saya dapat palam. kat mane tempat2 best tuk lepak or bawak awek jalan2.. :)
saya dapt tempat yg sama dgn aweks saya... mohon pencerahan... >~<

Unknown said...

lepak ngn awek kat mana2 pn boleh... paling best awak date kat depan booth pondok polis bantuan tu... tempatnya sejuk dan lain drpd biasa.. try la ;)

Anonymous said...

Kalau nak dating, aku sarankan dating dkt tangga maut palam tu, tapi dating dlm pukul 11pm - 3am memang takde orang, aku pernah lalu sebab nk jalan jalan fakulti pukul 1 pagi and... Taraaa! Ada budak bermadu kasih dkt tangga. Kahkah.. Then ada satu bukit utk korang jogging sama sama. Kakakaka. Kalau nk sweet lagi pergi setia city mall, boleh tgk wayang , main bowling, karaoke. Nak buat ke tak tu terpulang la. Tp pointer rendah aku tak tanggung. Mwahahahaha -amzar legend f5 asasi sains 2013/2014

Unknown said...

hahaha... omg u give wrong example for ur juniors ahaha

Unknown said...

salam , thanks for sharing , 3 jun ne sy daftar :( rasa seram pulak , hoho .. org sabah ka ? naa samala kita , hee

Unknown said...

you're welcome liyana! hahaha.. yup sabahan bha! hihi

BaLqiS said...

Owh..mcm tu ke..terima kasih for the info..

Anonymous said...

Apa yang dimaksudkan dengan pernyataan pelajar asasi akan dipindahkan ke Dengkil? Betul ke?

Anonymous said...

Salam, saya tak paham pasal elaun tiket kapal terbang. Resit kapal terbang tu kena bagi time dah masuk palam ke macam mana? Paham ke soalan saya ni? :3

Unknown said...

Yup.. dengar khabar semua pelajar asasi UiTM kat Puncak Alam, Shah Alam dan Melaka akan dipindahkan dan disatukan di Pusat Asasi UiTM Dengkil ... dah nak jadi mcm matrikulasi pulak semua budak2 lepasan SPM dikumpul setempat... tapi masih environment Universiti laa...

Unknown said...

wasalam... yup saya faham... nanti sampai kat PALAM, kalau dah selesai minggu MDS tu boleh la hntr resit pembayaran tiket tu ke Pejabat Asasi kat FSK 1,5 tingkat 5 ...nnti pegawai sana akan bantu ..

Anonymous said...

Senior tsuji..kte ske bce senior pnye blog..hehe... :3 ... -junior palam to be-

Unknown said...

hahaha... thnx junior! blog biase je ni .. penuh dgn maklumat x berkaitan :P

Anonymous said...

Salam. Bila dah habis asasi, duit bantuan kpt tu kena bayar balik.ke?

Unknown said...

wslm.. x perlu... hnya pelajar yg dropout atau gagal atau yg x dpt menyempurnakan asasi je perlu bayar ;)

Anonymous said...

Ooooo Berapa ye satu semester? terima kasih share info

Anonymous said...

Kokorikulum untuk setahun tu wajib kan? kesatria negara jela?

Unknown said...

rm1960/sem...

Unknown said...

kokurikulum mmg wajib utk UPU... kesatria negara? apa tu? kat palam mmg ada berlambak kelab korang boleh join nanti

Anonymous said...

Bila dah habis asasi, boleh tak kita mohon untuk sambung degree luar negara?

Anonymous said...

Kalau nak balik kampung, mesti lah ke stesen bas kan. Stesen bas paling dekat klang sentral, macam mana nak ke sana? Kena naik bas rapid or ada bas disediakan?

Unknown said...

boleh je... tp kena rajin alert ngn biasiswa korporat atau biasiswa MyBrainSCS ... kena skor first semester jugak ..

Unknown said...

nak blik kg. mostly gi Klang Sentral la dulu.. nak gi klang sentral naik bas Rapid KL U90 dari PALAM...

Azlan Ismun said...

Semoga berjaya dalam semua kursus. Untuk semua.

https://plus.google.com/+ZazlanTonsiti/posts

Post a Comment

Rakan Iklan!